![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/54/Spa-Francorchamps_of_Belgium.svg/langms-640px-Spa-Francorchamps_of_Belgium.svg.png&w=640&q=50)
Grand Prix Belgium 2012
From Wikipedia, the free encyclopedia
Grand Prix Belgium 2012 (nama rasmi: 2012 Formula 1 Shell Belgium Grand Prix),[2] ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang telah berlangsung di Circuit de Spa-Francorchamps di Spa, Belgium pada 2 September 2012.[3] Ia merupakan perlumbaan pertama selepas cuti musim panas selama lima minggu. Ia merupakan perlumbaan ke-12 bagi musim 2012, dan merupakan Grand Prix Belgium yang ke-77.
Maklumat perlumbaan | ||
---|---|---|
Perlumbaan ke-12 daripada 20 dalam Formula Satu musim 2012. | ||
![]() Circuit de Spa-Francorchamps | ||
Tarikh | 2 September 2012 | |
Nama rasmi | 2012 Formula 1 Shell Belgian Grand Prix[1] | |
Lokasi | Circuit de Spa-Francorchamps, Spa, Belgium | |
Litar | Litar perlumbaan tetap 7.004 km (4.352 batu) | |
Jarak | 44 pusingan, 308.052 km (191.415 batu) | |
Petak pertama | ||
Pemandu | ![]() |
McLaren-Mercedes |
Masa | 1:47.573 | |
Pusingan terpantas | ||
Pemandu | ![]() |
Williams-Renault |
Masa | 1:52.822 pada pusingan ke-43 | |
Podium | ||
Pertama | ![]() |
McLaren-Mercedes |
Kedua | ![]() |
Red Bull-Renault |
Ketiga | ![]() |
Lotus-Renault |
Jenson Button bermula dari petak pertama dan berjaya memenangi perlumbaan ini.[4] Sebastian Vettel mendapat tempat kedua, manakala Kimi Räikkönen mendapat tempat ketiga. Romain Grosjean, Lewis Hamilton, Fernando Alonso dan Sergio Pérez terlibat dalam sebuah kemalangan pada permulaan perlumbaan dan mereka berempat terpaksa bersara dari perlumbaan. Pastor Maldonado pula bersara selepas pusingan ketiga kerana mengalami kerosakan akibat perlanggaran dan kereta Narain Karthikeyan terbabas selepas pusingan ke-30, dan meninggalkan hanya 18 kereta pada 14 pusingan terakhir perlumbaan. Selepas tamatnya perlumbaan, Alonso terus menerajui kejuaraan musim ini dengan 164 mata. Vettel berada di tangga kedua dengan 140 mata dan Mark Webber di tangga ketiga dengan 132 mata. Red Bull-Renault masih menerajui Kejuaraan Pengeluar dengan 272 mata. McLaren-Mercedes berada di tangga kedua dengan 218 mata manakala Lotus-Renault berada di tangga ketiga dengan 207 mata.