Lotus F1
From Wikipedia, the free encyclopedia
Rencana ini mengenai pasukan Formula Satu yang bertanding sebagai Lotus bagi musim 2012. Untuk pasukan yang bertanding dari tahun 1954–1994, sila lihat Team Lotus. Untuk pasukan yang bertanding pada tahun 1995 sebagai Pacific Team Lotus, sila lihat Pacific Racing. Untuk pasukan yang bertanding pada musim 2010 sebagai Lotus Racing dan 2011 sebagai Team Lotus, sila lihat Team Lotus (2010–11).
Lotus F1 Team ialah sebuah pasukan Formula Satu yang berpangkalan di United Kingdom. Pasukan ini bertanding di bawah nama Lotus buat kali pertama pada musim 2012, berikutan pertukaran nama pasukan Renault yang dahulunya bertapak di Enstone, Oxfordshire. Lotus F1 Team dimiliki oleh Genii Capital.[2] Pasukan ini dinamakan sempena penjenamaan rakan kongsi mereka, Group Lotus. Pasukan mendapat tempat keempat dalam Kejuaraan Pengeluar Dunia dalam musim pertama mereka di bawah nama Lotus.
Fakta Segera Nama penuh, Pangkalan ...
![]() | |
Nama penuh | Lotus F1 Team |
---|---|
Pangkalan | Enstone, Oxfordshire, United Kingdom |
Ketua pasukan | Éric Boullier[1] |
Pengarah teknikal | Nick Chester |
Laman sesawang | www |
Nama terdahulu | Lotus Renault GP |
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu | |
Penampilan pertama | Grand Prix Australia 2012 |
Perlumbaan terkini | Grand Prix Abu Dhabi 2023 |
Perlumbaan disertai | 26 |
Kejuaraan Pengeluar | 0 |
Kejuaraan Pemandu | 0 |
Kemenangan | 2 |
Pusingan terpantas | 4 |
Kedudukan 2012 | Ke-4 (303 mata) |
Tutup