Filippo Inzaghi
From Wikipedia, the free encyclopedia
Filippo "Pippo" Inzaghi, Ufficiale OMRI (sebutan bahasa Itali: [fiˈlippo inˈtsaːɡi]; lahir 9 Ogos 1973) merupakan seorang bekas pemain bola sepak profesional Itali dan kini menjadi seorang pengurus bagi kelab Venezia.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Filippo Inzaghi | ||
Tarikh lahir | (1973-08-09) 9 Ogos 1973 (umur 50) | ||
Tempat lahir | Piacenza, Itali | ||
Ketinggian | 1.81 m (5 ka 11 5⁄16 in) | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Venezia (pengurus) | ||
Kerjaya remaja | |||
1982–1985 | San Nicolò | ||
1985–1991 | Piacenza | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1991–1995 | Piacenza | 39 | (15) |
1992–1993 | → AlbinoLeffe (pinjaman) | 21 | (13) |
1993–1994 | → Hellas Verona (pinjaman) | 36 | (13) |
1995–1996 | Parma | 15 | (2) |
1996–1997 | Atalanta | 33 | (24) |
1997–2001 | Juventus | 120 | (57) |
2001–2012 | Milan | 202 | (73) |
Jumlah | 466 | (197) | |
Pasukan kebangsaan | |||
1993–1996 | Itali BB21 | 14 | (3) |
1997–2007 | Itali | 57 | (25) |
Pasukan diurus | |||
2013–2014 | Milan Primavera | ||
2014–2015 | Milan | ||
2016– | Venezia | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Inzaghi bermain di posisi penyerang untuk beberapa kelab Itali dan kebanyakannya beliau menghabiskan kariernya di Juventus dan Milan selain memenangi dua gelaran Liga Juara-Juara Eropah (2003, 2007) dan tiga kejuaraan "Scudetto" (1998, 2004, 2011). Beliau dikenali salah satu penyerang prolifik sepanjang zaman dan beliau berada di tempat kelima sebagai penjaring terbanyak di Itali dengan mencetak 313 gol dalam perlawanan-perlawanan rasmi. Inzaghi juga kini menjadi penjaring gol keempat tertinggi di perlawanan-perlawanan Eropah dengan menghasilkan 70 gol, di belakang Raúl, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Selan itu, beliau juga merupakan penjaring terbanyak Milan di peringkat antarabangsa dengan menjaringkan 43 gol. Oleh itu, tidak hairanlah beliau turut memegang rekod hatrik terbanyak di Serie A dengan 10 kali.
Dalam penyertaan antarabangsa, Inzaghi telah melakukan 57 kaps bersama pasukan kebangsaan Itali di antara tahun 1997 dan 2007 selain menjaringkan 25 gol. Di samping itu, beliau turut mewakili negaranya di tiga edisi Piala Dunia dan satu Kejohanan Eropah.