From Wikipedia, the free encyclopedia
Moritz Albrecht Franz Friedrich Fedor von Bock (3 Disember 1880 – 4 Mei 1945) ialah seorang Fil Marsyal (Generalfeldmarschall) tentera darat Jerman yang berkhidmat dalam Perang Dunia Kedua. Oleh kerana sebagai pemimpin yang memberi ceramah kepada askar-askarnya tentang kebaikkan berkorban untuk tanahair Jerman, beliau telah digelar "Der Sterber" (secara literal, tidak jelas dan ironinya bermaksud: "The Dier", "The Grim Reaper" atau "Malaikat Maut"). Bock bertugas sebagai Panglima Kumpulan Tentera Darat Utara dalam Pencerobohan Poland pada tahun 1939, Panglima Kumpulan Tentera Darat B dalam Pencerobohan Perancis pada tahun 1940, Panglima Kumpulan Tentera Darat Tengah dalam serangan keatas Kesatuan Soviet pada Jun 1941 dan kemudian sebagai Panglima Kumpulan Tentera Darat Selatan pada Januari 1942; jawatan pemerintahannya yang terakhir ialah Kumpulan Tentera Darat B pada Julai 1942. Bock adalah salah seorang dari 12 Jeneral yang dinaikkan pangkat dalam Upacara Fil Marsyal 1940 dan merupakan pegawai kanan ke-4 dalam senioriti Tentera Darat Jerman.
Fil Marsyal Fedor von Bock | |
---|---|
Nama lahir | Moritz Albrecht Franz Friedrich Fedor von Bock |
Nama samaran | "Holy Fire of Küstrin" dan "Der Sterber" |
Kelahiran | Küstrin, Empayar Jerman | 3 Disember 1880
Meninggal dunia | 4 Mei 1945 64) Oldenburg, Jerman Nazi | (umur
Kesetiaan | Empayar Jerman (hingga 1918) Republik Weimar (hingga 1933) Jerman Nazi |
Tahun perkhidmatan | 1898–1945 |
Pangkat | Generalfeldmarschall |
Unit | Infantri |
Arahan | Kumpulan Tentera Darat Utara, 1939 Kumpulan Tentera Darat B, 1940 dan 1942 Kumpulan Tentera Darat Tengah, 1941 Kumpulan Tentera Darat Selatan, 1942 |
Pertempuran | Perang Dunia I
|
Anugerah | Pour le Merite Knight Cross of the Iron Cross |
Tandatangan |
Bock terkenal kerana Operasi Typhoon iaitu satu percubaan yang gagal untuk menawan Moscow semasa musim sejuk tahun 1941. Penyerangan Jerman telah diperlahankan oleh tentangan sengit Soviet disekitar bandar Mozhaisk, dan juga oleh Rasputitsa, iaitu musim hujan dan lumpur di Rusia. Sebaik saja musim sejuk Rusia melanda dengan teruk, yang paling sejuk dalam masa lebih 50 tahun, pasukan tentera darat Jerman dengan cepat tidak boleh melakukan lagi operasi pertempuran, dengan lebih banyak askar terkorban disebabkan oleh cuaca sejuk berbanding dari pertempuran. Penyerangan balas cepat Soviet memaksa tentera Jerman berundur, dan Bock - yang meminta pengunduran awal - kemudian telah dipecat oleh Adolf Hitler.
Seorang pegawai lama dalam tentera darat Jerman, Bock telah dianggap sebagai jeneral yang sangat "meminati buku". Beliau juga mendapat reputasi sebagai seorang pensyarah yang berapi-api, memberikan beliau gelaran "Holy Fire of Küstrin" ("Api Suci dari Kustrin"). Bock bukanlah dianggap ahli teori yang pintar, tetapi mempunyai sifat keazaman yang kuat, merasakan bahawa kemuliaan yang paling besar bagi askar Jerman adalah berkorban di medan perang demi tanahair.
Pendukung sistem pemerintahan beraja, Bock secara peribadi tidak menyukai fahaman Nazi dan tidak pernah terlibat langsung dalam politik. Bagaimanapun, beliau juga tidak bersimpati dengan rancangan untuk menggulingkan Hitler dan tidak pernah mempersoalkan layanan buruk orang awam oleh pihak Schutzstaffel (SS). Bock juga lantang bersuara, satu keistimewaan yang Hitler berikan padanya hanya kerana beliau pernah berjaya dalam pertempuran. Bock - bersama-sama dengan isteri dan anak perempuan tunggalnya - telah terbunuh dalam satu serangan tembakan pesawat pejuang tempur British pada 4 Mei 1945 sewaktu mereka menaiki kereta kearah Hamburg.
Fil Marsyal dan Laksamana Besar Jerman
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Fedor von Bock |
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)Pegawai tentera | ||
---|---|---|
Didahului oleh tiada |
Panglima Heeresgruppe Nord 27 Ogos 1939 – 20 Jun 1941 |
Diikuti oleh: Generalfeldmarschall Wilhelm Ritter von Leeb |
Didahului oleh tiada |
Panglima Heeresgruppe Mitte 22 Jun – 19 Disember 1941 |
Diikuti oleh: Generalfeldmarschall Gunther von Kluge |
Anugerah dan pencapaian | ||
Didahului oleh Sir Claude Auchinleck |
Kulit Depan Majalah Time 8 Disember 1941 |
Diikuti oleh: Husband E. Kimmel |
Didahului oleh Sir Harold Alexander |
Kulit Depan Majalah Time 21 September 1942 |
Diikuti oleh: William Francis Gibbs |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.