3 Februari merupakan hari ke-34 dalam kalendar Gregory . Tinggal 331 hari (atau 332 hari bagi tahun lompat ) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Maharaja Meiji Jepun
1451 - Sultan Muhammad II mewarisi takhta Empayar Uthmaniyyah .
1488 - Penjelajah Portugis Bartolomeu Dias mendarat di Teluk Mossel setelah berlayar mengelilingi Tanjung Harapan di hujung selatan Afrika.
1517 - Kaherah ditawan oleh Empayar Uthmaniyyah dan menandakan kejatuhan Kesultanan Mamluk
1637 - Harga kontrak bebawang bunga tulip jarang ditemui di Republik Belanda yang berterusan meningkat selama tiga bulan jatuh mendadak, menamatkan tulip mania .
1690 - Jajahan Massachusetts mengeluarkan wang kertas pertama di benua Amerika .
1783 - Perang Revolusi Amerika : Sepanyol mengiktiraf kemerdekaan Amerika Syarikat.
1787 - Pemberontakan Shays di Massachusetts dihancurkan, namun berjaya menyebabkan Perlembagaan Amerika Syarikat dirangkakan.
1830 - Kedaulatan negara Greece disahkan dalam Protokol London .
1867 - Putera mahkota Mutsuhito (gambar) menggantikan ayahandanya Kōmei sebagai Maharaja Jepun yang ke-122, dan mengambil gelaran Meiji .
1870 - Pindaan Kelima Belas Perlembagaan Amerika Syarikat diratifikasi agar memberi hak mengundi kepada semua warganegara tanpa mengira kaum.
1908 - Panathinaikos diasaskan di kota Athens , Greece.
1918 - Terowong Twin Peaks memulakan khidmatnya selaku terowong kereta api terpanjang di dunia iaitu sepanjang 11,920 kaki (3,633 meter).
1930 - Parti Komunis Vietnam diasaskan.
1931 - New Zealand mengalami bencana alam terburuk dalam sejarah apabila gempa bumi melanda Hawke's Bay dan meragut 258 nyawa.
1941 - Perang Dunia Kedua : Jerman Nazi secara paksa mengembalikan Pierre Laval ke jawatannya di Vichy diduduki, Perancis.
1944 - Perang Dunia II: Tentera Amerika Syarikat menawan Kepulauan Marshall .
1945 - Perang Dunia II: Kesatuan Soviet bersetuju untuk menyertai perjuangan melawan Jepun di Medan Pasifik .
1945 - Perang Dunia II: Dalam Operasi Thunderclap , 1,000 buah pesawat B-17 dari Tentera Udara Kelapan membedil Berlin .
1947 - Suhu terendah di Amerika Utara dicatat di Snag, Yukon .
1958 - Kesatuan Ekonomi Benelux diasaskan, sebagai tapak ujian perintisan Kesatuan Ekonomi Eropah .
1959 - Buddy Holly , Ritchie Valens , J.P. Richardson dan Roger Peterson terkorban apabila kapal terbang yang dinaiki mereka terhempas berhampiran Clear Lake, Iowa . Tragedi ini kini dikenali sebagai "Hari Matinya Muzik ."
1966 - Kapal angkasa lepas Soviet Luna 9 (gambar) menjadi kuar angkasa lepas pertama mendarat di Bulan dan menghantar gambar dari permukaan qamari ke Bumi.
1969 - Yasser Arafat menjadi pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).
1989 - P. W. Botha meletak jawatan presiden Afrika Selatan kerana mengalami angin ahmar .
1989 - Tentera merampas kuasa Alfredo Stroessner , diktator Paraguay sejak tahun 1954 .
1996 - Gempa bumi berskala 7.0 melanda Lijiang , Yunnan , China.
1998 - Karla Faye Tucker menjadi wanita pertama yang dihukum mati di Amerika Syarikat sejak tahun 1984.
2007 - Letupan berlaku di sebuah pasar di Baghdad , mengakibatkan sekurang-kurangnya 135 orang terkorban dan 339 yang lain cedera.
2009 - Iran melancarkan Omid , satelit buatan sendirinya yang pertama.
2010 - Agensi Angkasa Iran mengumumkan berjaya melancarkan sebuah roket dengan haiwan hidup di atas kapal dan kembali ke Bumi dengan selamat.