From Wikipedia, the free encyclopedia
Erhard Milch (30 Mac 1892 – 25 Januari 1972) ialah seorang Fil Marsyal Jerman dan penjenayah perang yang menyelia pembangunan Luftwaffe sebagai sebahagian daripada persenjataan semula Jerman semasa zaman antara perang. Beliau adalah pengarah yang mengasaskan Deutsche Luft Hansa (Sistem Penerbangan Jerman) dan antara segelintir pegawai kanan Wehrmacht yang berketurunan campur (Mischling). Bapa Milch adalah seorang Yahudi tetapi fakta ini telah disembunyikan oleh Hermann Göring. Semasa Perang Dunia II, beliau bertanggungjawab terhadap pengeluaran kapal terbang; pengurusannya yang tidak berkesan mengakibatkan kemerosotan tentera udara Jerman dan penguasaan udaranya hilang semasa perang sedang berjalan. Milch menjadi salah seorang dari 12 Jeneral yang dinaikkan pangkat dalam Upacara Fil Marsyal 1940 dan merupakan pegawai kanan ke-2 dalam senioriti Tentera Udara Jerman. Beliau telah disabitkan dengan jenayah perang semasa Perbicaraan Milch yang berlangsung di hadapan mahkamah tentera A.S. pada tahun 1947 dan dihukum penjara seumur hidup; beliau telah dibebaskan pada 1954.
Fil Marsyal Erhard Milch | |
---|---|
Nama samaran | Yahudi Nazi (selepas perang) |
Kelahiran | Wilhelmshaven, Jerman | 30 Mac 1892
Meninggal dunia | 25 Januari 1972 79) Düsseldorf, Jerman | (umur
Kesetiaan | Empayar Jerman (hingga 1918) Republik Weimar (hingga 1933) Jerman Nazi |
Tahun perkhidmatan | 1910–1922 1933–1945 |
Pangkat | Generalfeldmarschall |
Unit | Luftwaffe |
Arahan | Inspektor Jeneral Luftwaffe Luftflotte 5 |
Pertempuran | Perang Dunia I Perang Dunia II |
Anugerah | Knight Cross of the Iron Cross Lencana Emas Parti |
Hubungan | Werner Milch (adik) Joachim Schlichting (menantu) |
Tugas lain | Menghabiskan masa di penjara Landsberg kerana terlibat dalam jenayah perang |
Fil Marsyal dan Laksamana Besar Jerman
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Erhard Milch |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Erhard Milch |
Pegawai tentera | ||
---|---|---|
Didahului oleh tiada |
Panglima Luftflotte 5 12 April 1940 – 10 Mei 1940 |
Diikuti oleh: Generaloberst Hans-Jurgen Stumpff |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.