From Wikipedia, the free encyclopedia
Cinta Metropolitan ialah sebuah filem aksi romantik Malaysia 1996 yang ditayangkan pada tahun 1996. Filem ini telah diarahkan oleh Zulkifli M. Osman. Filem Cinta Metropolitan diterbitkan dalam bentuk filem warna.
Cinta Metropolitan | |
---|---|
Pengarah | Zulkifli M. Osman |
Dihasilkan oleh | Julie Dahlan |
Dibintangi | |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan | 1996 |
Masa tayangan | 90 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Haris dan Irwan adalah adik beradik, Haris bekerjaya sebagai jurugambar di sebuah syarikat akhbar tempatan, Irwan pula wartawan. Haris sebagai abang, kurang gemar dengan perangai adiknya yang suka menjalin hubungan dengan ramai wanita. Irwan turut mempunyai sugar mummy yang selalu membiayai gaya hidupnya dalam masa yang sama tidak tahu Irwan itu playboy.[1]
Di majlis makan malam kilang Nurul dimana Haris bertugas, Irwan turut dijemput di situ dia terserempak dengan Haris, Haris bengang dengan adiknya yang menghilangkan diri tanpa khabar berita itu. Budak liar bernama Rizal, pencuri sepenuh masa telah membawa lari beg tangan Azlin. Mereka berjaya menangkap Rizal. Azlin adalah adik kepada samseng, Farouk. Sebagai adik dia tidak setuju dengan kegiatan jenayah berprofail tinggi abangnya itu.
Rizal yang telah menyeluk poket Haris terkejut kerana wang ihsan diberi oleh Azlin itu adalah wang palsu kerana nombor siri semuanya sama. Rizal yang berjaya mencuri masuk ke tempat operasi Farouk telah ditangkap dan Haris ditipu oleh kumpulan Farouk kononnya Irwan berada dalam tawanan mereka, tetapi sebenarnya Rizal. Mereka berdua dibawa lari ke Sumatera,Indonesia.
Bersama-sama dengan Nurul,Monisa mereka lari ke luar negara dari diburu orang Farouk. Mereka melarikan diri ke Indonesia & Thailand. Di Indonesia, Rizal dan Haris berjaya menyelamatkan diri dengan terjun ke dalam sungai dan menelefon ke Malaysia untuk meminta bantuan Nurul. Dengan bantuan orang-orang Nurul mereka dibawa pergi ke Medan untuk menginap di hotel milik bapa Nurul.
Mereka mendapat berita Farouk telah ditangkap dan untuk sementara waktu mereka berasa lega. Malangnya sewaktu makan malam mereka dikejutkan dengan kedatangan Farouk, rupa-rupanya Farouk telah menghantar berita palsu tentang penangkapannya. Dalam pergelutan itu mereka berjaya lari tapi Monisa tercedera dan ditawan oleh Farouk. Mereka meneruskan perjalanan ke Bangkok,Thailand.
Haris,Nurul dan Rizal berjaya menceroboh masuk ke markas Farouk dan mengumpul bahan bukti tetapi ditangkap. Irwan dan Azlin pula membuat laporan polis tetapi Azlin ingin memujuk abangnya. Rizal pula mengugut Farouk untuk mengebom tempat itu tetapi dia tersalah sangka alat peledak itu sebenarnya radio. Farouk berjaya ditangkap setelah polis mengepung tempat itu.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.