Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Nurgayah Abdullah atau lebih terkenal sebagai Nana Nurgaya (lahir 13 Disember 1973)[a] ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1] Memulakan kerjaya hiburan sejak 1990, beliau dikenali sebagai penyanyi hip hop solo wanita pertama Malaysia.[2][3][4] Selain itu, beliau turut berkecimpung dalam bidang lakonan.[5][6]
Nana Nurgaya | |
---|---|
Kelahiran | Nurgayah binti Abdullah 13 Disember 1973 |
Pendidikan | Kajian Seni Lukis dan Seni Reka |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 1990–kini |
Pasangan | Muhamad Azwan Mohd Yusof Teh (k. 2016) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Hip hop, rap |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | EMI Music Malaysia |
Pengkarya berkait | Sandii Suzuki |
Penglibatan Nana Nurgaya dalam bidang muzik bermula apabila beliau dinobatkan sebagai johan dalam satu pertandingan rap di Piccadilly Damansara, seterusnya menghantar pita demo kepada EMI.[7] Nasib menyebelahinya apabila dilamar sebagai artis naungan EMI. Album sulungnya, R.R.A.P: Rentak Rancak Ala Puisi dikeluarkan pada 12 April 1993 dan diterbitkan oleh Azman Abu Hassan.[8][9][10] Menerusi album ini, beliau dicalonkan bagi kategori Artis Baru Terbaik (Solo) di Anugerah Industri Muzik Pertama, namun dimenangi oleh Ning Baizura. Antara lagu yang dikeluarkan sebagai single ialah "Takkan Melayu Hilang Di Dunia", "Inikah Cinta" dan "That's All I Need".
Pada tahun 1994, Nana menyumbangkan suaranya menerusi lagu "Fantasia Soul" untuk album kompilasi Bunyi Yang Dilihat terbitan M. Nasir.[11][12] Beliau juga menyumbangkan lirik rap untuk lagu "Hai Hai Hai" nyanyian penyanyi Jepun, Sandii Suzuki yang dimuatkan dalam album Dream Catcher pada tahun yang sama.[13]
Nana kemudian memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Cinta Metropolitan (1996) yang dibintangi oleh kumpulan KRU,[14][15] seterusnya membintangi drama Arus Hidup, namun lebih dikenali menerusi drama Idaman di mana beliau melakonkan watak sebagai Nadia.[16][17][18][19] Selepas berlakon dalam Idaman, beliau berlakon dalam telefilem Menumpang Kasih Mengharap Sayang di TV3.[20] Beliau juga aktif dalam pembuatan kek dan pastri menerusi jenama Nana Nurgaya Cookies.[11]
Nana Nurgaya ialah anak sulung daripada dua beradik dan merupakan lulusan dalam bidang Kajian Seni Lukis dan Seni Reka di Institut Teknologi MARA (ITM; kini Universiti Teknologi MARA atau UiTM). Beliau berkahwin dengan Mohd Azwan Mohd Yusof Teh pada 13 Disember 2015, iaitu bersempena dengan ulang tahun kelahirannya ke-42.[21]
Tajuk | Butiran album |
---|---|
R.R.A.P: Rentak Rancak Ala Puisi |
|
Tajuk | Tahun |
---|---|
"Takkan Melayu Hilang Di Dunia" | 1993 |
"Inikah Cinta" | |
"That's All I Need" | |
"Fantasia Soul" | 1994 |
"Hai Hai Hai" (bersama Sandii Suzuki) | |
Tahun | Tajuk | Peranan |
---|---|---|
1996 | Cinta Metropolitan | Sara |
1999 | KLU | Sarah |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2000 | Menumpang Kasih Mengharap Sayang | TV3 | |
2001 | Emak | ||
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1993 | Anugerah Industri Muzik Pertama | Artis Baru Terbaik (Solo) | Dirinya sendiri | Tercalon |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.