From Wikipedia, the free encyclopedia
Serigala kelabu (Canis lupus) ialah ahli buas terbesar famili Canidae. Ia merupakan pemandiri Zaman Air Batu yang berasal dari zaman Pleistosen Akhir sekitar 300,000 tahun dahulu.[3] Kajian penjujukan DNA dan hanyutan genetik mengesahkan bahawa serigala berkongsi leluhur sama dengan anjing bela jinak (Canis lupus familiaris). Walaupun aspek tertentu kesimpulan ini telah dipersoalkan, termasuk baru-baru ini,[4] jasad utama bukti mengesahkannya. Beberapa subspesies serigala telah dikenal pasti, meskipun bilangan sebenar subspesiesnya masih terbuka untuk perbincangan. Serigala lazimnya merupakan pemangsa apeks dalam ekosistem yang didudukinya. Walaupun tidak dapat menyesuaikan diri sebaik spesies canid umum,[4] serigala boleh hidup biak di hutan beriklim sederhana, padang pasir, gunung, tundra, taiga, padang rumput, dan malahan kawasan bandar.[5]
Serigala kelabu Julat zaman: Akhir Pleistosen–kini | |
---|---|
Audio raungan serigala | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | |
Tribus: | Canini[2] |
Genus: | |
Spesies: | C. lupus |
Nama binomial | |
Canis lupus Linnaeus, 1758 | |
Peta taburan. Hijau, kini; merah, dahulu. |
Perkataan "serigala" yang secara umum merujuk kepada spesies ini dalam bahasa Melayu berasal daripada perkataan Sanskrit: सृकाल sṛkāla yang merujuk kepada haiwan yang kini lebih dikhususkan sebagai "jakal".[6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.