From Wikipedia, the free encyclopedia
Burung (Jawi: بوروڠ) merupakan haiwan vertebrata bersayap, berkaki dua, berdarah panas dan bertelur dalam kelas Aves yang besar dan pelbagai terdapat di serata dunia, dari kawasan gurun sehinggalah di Kutub Utara, juga di kawasan hutan hujan Amazon, dan Greenland. Terdapat lebih daripada 8,600 spesies burung yang telahpun dikenal pasti yang dibahagikan kepada 27 order. Selain itu, terdapat banyak subspesies yang jika dikira berserta dengan spesies yang diketahui mengandungi lebih 3,200 jenis.
Burung Julat zaman: Asal Zmn Bt Kapur Awal atau awal Zmn Bt Kapur Akhir munasabah berdasarkan jam molekular[3][4] | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Klad: | Ornithurae |
Kelas: | Aves Linnaeus, 1758[5] |
Subkelas & order | |
|
Burung merupakan homoioterma, berdarah panas, dengan suhu tetap 40-44 °C. Tulang burung adalah ringan dan berongga di kebanyakan tempat untuk mengurangkan ketumpatan dan beratnya. Semua burung mempunyai paruh, yang berbeza hanyalah bentuk dan saiz paruh mereka. Kebanyakan burung mempunyai bulu pelepah kecuali sedikit yang tidak mempunyai bulu pelepah. Burung jenis teropod dipercayai berevolusi daripada reptilia, seperti dinosaur, yang hidup kira-kira 180 juta tahun yang lampau. Burung berubah dan kehilangan gigi dan ciri reptilia yang lain, semasa mengalami proses evolusi yang mengambil masa berjuta-juta tahun. Pada masa yang sama, bulu pelepah tumbuh pada ekornya dan sayapnya.
Walaupun kebanyakan burung mampu terbang, terdapat beberapa spesies yang tidak mampu seperti burung unta, rea, emu, kiwi dan penguin. Kesemua burung mempunyai sayap walaupun pada burung yang tidak dapat terbang, sungguhpun ia mungkin kecil dan tidak berguna. Burung boleh mengeluarkan telur. Pada kebiasaannya burung betina akan mengeram telur, kadangkala kedua-dua pasangan akan bergilir, dan dalam sesetengah spesies burung hanya burung jantan yang akan mengeramkan telur tersebut. Terdapat juga spesies burung yang bertelur dalam sarang burung lain untuk dieramkan oleh keluarga burung angkat.
Ciri-ciri utama burung adalah seperti berikut :-
Burung hidup dan berkembang biak di sebahagian besar habitat darat dan pada tujuh benua sehingga membentuk koloni di kawasan ekstrem mereka seperti di pedalaman Antartika.[6] Taburan biokepelbagaian tertinggi burung adalah di wilayah tropika. Keadaan ini juga sudah diduga sebelumnya bahawa kepelbagaian burung paling ketara adalah hasil daripada penspesiesan di daerah tropika; walau bagaimanapun, kajian baharu menemukan penspesiesan tahap tertinggi di kawasan latitud tinggi yang diimbangi dengan darjat kepupusan lebih besar daripada kawasan tropika.[7] Beberapa keluarga burung telah beradaptasi dalam menjalani hidup di lautan dunia, dengan beberapa spesies burung laut datang ke darat hanya demi tujuan pembiakan[8] dan beberapa penguin telah tercatat menyelam sedalah 300 meter (980 ka).[9]
Banyak spesies burung yang telah membentuk populasi di wilayah kerana dibawa atau diperkenalkan oleh manusia ke kawasan-kawasan baharu. Beberapa kes memang disengajakan seperti Phasianus colchicus yang diperkenalkan dan dibiak sebagai burung buruan.[10] Selain itu, ada beberapa kes yang berlaku secara tak sengaja seperti pembentukan populasi Myiopsitta monachus liar di beberapa bandar Amerika Utara setelah melepaskan diri daripada kurungan.[11] Beberapa spesies, termasuk burung bangau kendi,[12] Milvago chimachima[13] dan burung galah,[14] telah membiak meluas merentasi kawasan habitat asal berikutan amalan-amalan pertanian yang membentuk habitat baharu yang sesuai.
Kelas burung (Class:Aves) pula terbahagi kepada beberapa aturan seperti berikut :-
Senarai nama burung-burung Malaysia
Antara spesies burung ialah :-
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.