Briged Penentangan Kebangsaan
Sayap ketenteraan Barisan Demokratik untuk Pembebasan Palestin (DFLP) / From Wikipedia, the free encyclopedia
Briged Penentangan Kebangsaan (Arab: كتائب المقاومة الوطنية, rumi: Katāʼib al-Muqāwamah al-Waṭanīyahcode: ar is deprecated ), juga dikenali dengan Briged Omar al-Qasim,[3] ialah sayap ketenteraan Barisan Demokratik untuk Pembebasan Palestin, yang beroperasi di Gaza[4] dan mengendalikan perang gerila.[5] Abu Khaled ialah salah seorang pemimpinnya.[6]
Briged Penentangan Kebangsaan كتائب المقاومة الوطنيةcode: ar is deprecated | |
---|---|
Kawasan utama | Palestin |
Ideologi |
|
Status | Aktif |
Sekutu | Sekutu negara:![]() ![]() Sekutu bukan negara:
|
Lawan | ![]() |
Pertempuran dan peperangan | Intifadah Kedua Perang Israel–Palestin 2023 |
Bendera | ![]() |
Ia dibentuk pada 1969[7] tetapi ditubuhkan pada lewat September 2000.[8] Kumpulan ini pada mulanya dikenali sebagai Briged Bintang Merah, sebelum dinamakan sebagai Batalion Penentangan Kebangsaan Palestin semasa Intifadah Kedua.[9] Mereka tetap komited kepada dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalam negeri mana-mana negara Arab.[10]
Pada 26 September 2007, mereka menyerang Sderot bersama Briged Syuhada al-Aqsa, yang mereka dakwa sebagai tindak balas terhadap jenayah Israel terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat dan Gaza.[11] Pada Oktober 2007, mereka menandatangani sebuah persetujuan dengan kumpulan Palestin yang lain, termasuk Briged Syuhada al-Aqsa (Fatah), dan antara 2010 dan 2011 mereka melakukan serangan bersama Jihad Islam Palestin.[9] Pada Mei 2017 mereka mengendalikan latihan bersama dengan Briged Abdul Qadir al-Husaini di kawasan latihan ketenteraan di Genting Gaza untuk menunjukkan taktik meriam dan peluru berpandu baharu.[12]
Mereka menyertai perang Israel–Palestin 2023 menentang Israel[13] dan tentera mereka menyertai operasi yang dilancarkan Hamas.[14]