From Wikipedia, the free encyclopedia
Hezbollah (Arab: حزب الله, rumi: Ḥizbu 'llāh,, lit. 'Penolong Allah' ). Kumpulan ini merupakan sebuah parti politik Islam di Lubnan.[9][10] Parti ini terbentuk hasil inspirasi kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979 pimpinan mullah terkenal Ayatollah Ruhullah Khomeini yang mana peniruan fahaman ini dijadikan tindak balas terhadap serangan rejim Israel terhadap 1982 atau dikenali sebagai Perang Lubnan ialah meniru cara dan gaya kepimpinan ulama dalam Revolusi Islam Iran. Kebetulan pula ramai orang Islam Mazhab Syafii di Lubnan, Syria dan Jordan dan Iraq sendiri. Parti ini juga mempunyai pasukan tentera dan kegiatan awam yang berkesan di Lubnan.
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Hezbollah حزب الله Ḥizbu 'llāh | |
---|---|
Fail:Hezbollah political militia logo.png | |
Ditubuhkan | 1985 | (official)
Ibu pejabat | Beirut, Lubnan |
Sayap parlimen | Loyalty to the Resistance Bloc |
Sayap separa tentera | Majlis Jihad Briged Pemberontak Lubnan |
Ideologi |
|
Kedudukan politik | Haluan Kiri |
Agama | Islam Syiah |
Penggabungan kebangsaan | Gabungan 8 Mac |
Warna |
|
Slogan | فَإِنَّ حِزْبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلْغَالِبُونَ "Kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang"[7] |
Parlimen[8] | 13 / 128 (10%)
|
Bendera parti | |
Fail:Flag of Hezbollah.svg | |
Laman sesawang | |
www.moqawama.org | |
Politik Lubnan Parti politik Pilihan raya |
Hezbollah merupakan salah satu parti utama dalam gabungan politik yang memerintah Lubnan sejak 8 Mac 2005. Walaupun Hizbullah telah menyertai kerajaan baharu, parti tersebut masih menjadi lawan bagi March 14 Alliance.[11]
Semasa awal perang saudara di Syria pada tahun 2011, Hizbullah tidak menunjukkan sokongan terbuka kepada kerajaan Syria pimpinan Bashar al-Assad. Walaupun diketahui bahawa Hizbullah dan Syria adalah sekutu kuat kerana berpegang pada mazhab yang sama, Syiah. Tetapi pada tahun 2013, akibat tekanan dan tentangan kuat Free Syrian Army, menyebabkan kerajaan Syria hampir tewas. Hizbullah tanpa teragak- agak telah menunjukkan sokongan terbuka kepada Bashar al-Assad. Tidak cukup dengan itu, ribuan tentera Hizbullah dikerahkan untuk memerangi Tentera Bebas Syria terutamanya di bandar Al-Qusayr, Homs. Bandar ini menjadi medan pertempuran penting kerana kedudukannya bersempadan dengan Lubnan. Bandar Al-Qusayr akhirnya ditawan Kerajaan Syria atas bantuan Hizbullah. Kini Hizbullah melatih tentera-tentera kerajaan Syria untuk menawan bandar kedua terbesar Syria pula, Aleppo.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.