gerakan ketenteraan di palestin From Wikipedia, the free encyclopedia
Jihad Islam Palestin (disingkatkan JIP) atau Gerakan Jihad Islam di Palestin (Arab: حركة الجهاد الإسلامي في فلسطين , Harakat al-Jihād al-Islāmi fi Filastīn) ialah sebuah pertubuhan pejuang Islam Palestin yang beraliran Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah yang dibentuk pada 1981. JIP bersama-sama Hamas dan enam gerakan lain ialah anggota Perikatan Angkatan Palestin, yang menolak Perjanjian Oslo dan bertujuan untuk menubuhkan sebuah negara Islam Palestin yang berdaulat.[2] JIP menolak penyelesaian dua negara dan menyasarkan penentangan ketenteraan terhadap Israel.[3] JIP dan HAMAS kedua-duanya bukan anggota PLO.
Jihad Islam حركة الجهاد الإسلامي في فلسطين | |
---|---|
Tarikh operasi | 1987–kini |
Pemimpin | Fathi Shaqaqi (1981–1995) Ramadan Shalah (1995–2018) Ziyad al-Nakhalah (2018–) Abd Al Aziz Awda (1981–) |
Kawasan utama | Genting Gaza |
Ideologi | Kebangsaan Palestin Pan-Islamisme Islamisme Anti-Zionisme Jihad Anti-Penjajahan |
Status | Dilabel sebagai pertubuhan pengganas oleh Australia, Kanada, Kesatuan Eropah, Israel, Jepun, New Zealand, United Kingdom, dan Amerika Syarikat. |
Saiz | 8,000[1] |
Sekutu | Negara Sekutu : Iran Syria
Hizbullah |
Lawan | Israel |
Laman sesawang | saraya.ps |
JIP disenarai sebagai sebuah pertubuhan pengganas oleh Amerika Syarikat,[4] Kesatuan Eropah,[5] United Kingdom,[6] Jepun,[7] Kanada,[8] Australia,[3] New Zealand[9][10] dan Israel.[11].
Jihad Islam Palestin (JIP) secara rasminya dibentuk di Gaza pada tahun 1981 oleh dua aktivis Palestin: Fathi abd al-Aziz Shaqaqi, merupakan pakar perubatan di Rafah, dan Shaykh Abd al-Aziz Awda, merupakan pendakwah Islam dari kem pelarian Jabaliyya , sama seperti Ramadan Shalah, Bashir Moussa dan tiga tokoh pejuang Palestin yang lainnya. Bertempat di Mesir, Shaqaqi dan Awda sememangnya ahli anggota bagi Ikhwan Muslimin. Pandangan mereka terhadap kemusnahan dilakukan oleh Israel telah membuatkan mereka menubuhkan pakatan Islamic Jihad-Shaqaqi atau Jihad Islam Shaqaqi pada tahun 1979, merupakan cabang dari Jihad Islam Mesir[12] dan telah melakukan operasi dari luar Mesir. Pakatan Shaqaqi telah diusir dari Mesir pada tahun 1981 berikutan pembunuhan Presiden Mesir Anwar Sadat dilakukan oleh Jihad Islam Mesir. Shaqaqi and Awda kembali ke Gaza dimana secara rasminya membentuk PIJ (Palestinian Islamic Jihad atau Jihad Islam Palestin), [13][14] dimana mereka meneruskan operasi.
Matlamat organisasi ini adalah menubuhkan negara islam berdaulat Islamik Palestin dengan mengikut persempadanan geografi pra-1948 Mandatory Palestine atau Palestin Bermandat. Mereka sebulat-bulatnya menolak proses rundingan politik, Pakatan organisasi ini mengakui bahawasanya matlamat mereka hanya akan dicapai menerusi tindakan ketenteraan. [15][16]
JIP memulakan operasi bersenjata dalam melawan Israel pada tahun 1984. Dalam tahun 1988, pemimpin-pemimpinnya diusir oleh Israel ke Lubnan.Ketika di Lubnan, kumpulan ini menerima latihan, sokongan dan dokongan lain daripada Hezbollah dan kumpulan Hizbullah ini didokong oleh Iran, maka bermulalah jalinan perhubungan antara organisasi tersebut. Pada tahun 1990, ibu pejabat of PIJ dipindahkan ke Syria di kota, Damascus, dimana ianya menjadi markas.[17] dengan pejabat dibuka di Beirut, Tehran, dan Khartoum.
JIP adalah dalang disebalik beberapa senarai serangan pejuang berani mati Palestin di Israel,[18] dan telah dilabelkan sebagai pengganas oleh Israel oleh kerana cara pengoperasian dan kesungguhan mereka dalam memusnahkan dan membinasakan Israel.[19] Pada tahun 1995, JIP menurut Fisk, "mungkin yang paling ganas daripada semua musuh Israel pada zaman moden."[20] Shaqaqi telah dibunuh pada tahun 1995 di Malta, dan Ramadan Shalah dilantik menjadi Setiausaha Agung organisasi ini. [perlu rujukan] Terdapat tindakan keras seterusnya terhadap ahli JIP oleh pihak Israel dan juga Pihak Berkuasa Negara Palestindi bawah Fatah dimana membawa kepada kebangkitan agak luar biasa organisasi ini.[21]
Pada 20 Februari 2003, Professor Sami Al-Arian lepasan University of South Florida yang merupakan jurutera komputer telah ditangkap selepas dituduh berkait dengan pengganas. Peguam negara Amerika Syarikat John Ashcroft mendakwanya didalam sidang media bahawasanya Al-Arian adalah orang yang mempunyai kerakyatan Amerika dan duduk di Amerika Utara yang menjadi pemimpin JIP. Pada 6 December 2006, Sami Al-Arian dijatuhi hukuman untuk 57 bulan didalam Penjara, menurut rundingan pengakuan.[22] Pada November 2006 beliau didapati bersalah bagi penghinaan awam kerana enggan memberi keterangan di hadapan Peguamketua juri dan menjalani tempoh penjara selama 21 bulan atas pertuduhan tersebut. Pada 27 Jun 2014, kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat menjatuhkan semua tuduhan terhadap Al-Arian.[23]
Jihad Islam Palestin didakwa telah menggunakan kanak-kanak bawah umur bagi kegiatan gerakan ini. Pada 29 Mac 2004, remaja berusia 15 tahun bernama Tamer Khuweir berasal dari Rafidiya, merupakan pinggir bandar kota Palestin di Nablus di Tebing Barat, telah ditangkap oleh tentera Israel dimana merancang untuk menjalankan misi bunuh diri. Abangnya mengesahkan dia telah terpengaruh dan menuntut Pihak Berkuasa Palestin untuk menyiasat kejadian berkenaan dan menangkap pihak yang terlibat.[24]
Berikutan serangan yang dianggap pengganas ke atas penduduk di Israel, Shalah dan Awda didakwa dibawah undang-undang Amerika Syarikat dan ditambah pada 2006 dalam senarai FBI Most Wanted Terrorist.[25]
Pada Februari 2012, kerajaan Hamas di Tebing Gaza mula menjauhkan diri dari JIP. Sewaktu Konflik Israel-Gaza 2012, dengan diikuti pembunuhan yang dilakukan pihak Israel keatas pemimpin Jawatankuasa Penentang Popular atau (Popular Resistance Committees) bernama Zuhir al-Qaisi, yang mendabik dada atau bangga bagi penculikan Gilad Shalit, JIP dan Jawatankuasa Penentang Rakyat (PRC) memulakan serangan keatas Israel. Hamas menghindar daripada menyertai serangan yang didalangi JIP dan Jawatankuasa Penentang Rakyat keatas Israel.[26] Lebih ratusan rakyat Palestin telah terbunuh atau tercedera dalam keganasan yang berlaku, tetapi Israel tidak menyerang mana-mana sasaran Hamas pada masa itu.[27] Gencatan senjata akhirnya dirundingkan antara Israel dan kumpulan pejuang, bukannya Hamas.
Akhbar Arab yang bertempat di LondonAsharq al-Awsat melaporkan pada Mei 2015 bahawa Iran telahpun menghentikan pendanaan JIP susulan gerakan terbabit bersifat neutral terhadap Campur tangan Arab Saudi di Yaman, menyebabkan JIP mengalami krisis kewangan yang teruk. Ekoran tekanan yang telah diberikan Iran, kerajaan Iran telah menjangkakan tindakan mereka akan membuatkan JIP mengecam campur tangan yang diketuai Arab Saudi ke atas Yaman, yang menjadi saingan Ketua Serantau Iran. Akhbar Palestin al-Quds melaporkan bahawa Iran ketika ini mendokong gambaran gerakan jihad Syiah yang baru dibentuk olehnya di Palestin yang dipanggil Gerakan Sabireen (As-Sabirin) (Bahasa Arabnya "Orang yang sabar"). Gerakan ini diketuai oleh veteran JIP iaitu Hisham Salem yang tidak lagi percaya terhadap perjuangan JIP dan lebih memilih untuk memeluk ajaran Shia dan menyertai Gerakan Sabireen. Gerakan Sabireen ini kemudiannya telah berjaya dimusnahkan oleh Hamas pada tahun 2019[28], ini kerana pengaruh Syiahnya radikal yang memberi ancaman terhadap pemerintahannya di Genting Gaza dengan memahukan perang tanpa henti dengan Israel dan tidak mahukan perdamaian, tanpa adanya perdamaian akan menyebabkan lebih banyak kematian yang akan terjadi di Palestin.[29]
Dibawah bekas kepimpinan of Ramadan Shalah, kunpulan tersebut akan menerima kira-kira $70 Juta Dollar US setiap tahun daripada the Kor Pengawal Revolusi Islam (Iran).[30]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.