Sayap ketenteraan Barisan Rakyat untuk Pembebasan Palestin (PFLP) From Wikipedia, the free encyclopedia
Briged Abu Ali Mustafa (Arab: كتائب الشهيد أبو علي مصطفى, rumi: Katāʾib Al-Shaheed Abū ʿAlī Muṣṭafā ) ialah sayap bersenjata Barisan Rakyat untuk Pembebasan Palestin (PFLP), parti beraliran Marxisme–Leninisme di wilayah Palestin.
Briged Abu Ali Mustafa كتائب الشهيد أبو علي مصطفى Katāʾib Abū ʿAlī Muṣṭafā | |
---|---|
Tarikh operasi | 1967–kini |
Motif | Penubuhan sebuah negara merdeka, sekular dan sosialis di wilayah Palestin. |
Kawasan utama | Israel, Genting Gaza, Tebing Barat |
Ideologi |
|
Sekutu | Sekutu negara: Iran Syria Sekutu bukan negara: |
Lawan | Israel |
Bendera | Palestin |
Laman sesawang | abuali |
Pada asalnya dinamakan sebagai Briged Helang Merah (Arab: كتائب النسر الأحمر, rumi: Katā’ib al-Nasr al-Aḥmar ), mereka menukar nama pada 2001 sempena nama Abu Ali Mustafa, pemimpin PFLP, yang dibunuh Israel pada Ogos 2001. Mereka giat menyerang tentera Israel semasa Intifadah Kedua
Pada 16 Julai 2007, Presiden Mahmud Abbas meminta semua kumpulan penentangan di Palestin untuk menyerahkan senjata mereka kepada Pihak Berkuasa Palestin. Walaupun beberapa anggoota sayap bersenjata Fatah, Briged Syuhada al-Aqsa mematuhi, Briged Abu Ali Mustafa menolaknya, dan menyatakan bahawa mereka tidak akan berhenti menentang sehingga Israel keluar dari semua bahagian Tebing Barat dan Genting Gaza.
Briged Abu Ali Mustafa menyertai perang Israel–Palestin 2021. Mereka turut menyertai perang Israel–Palestin 2023 menentang Israel dan tentera mereka menyertai operasi yang dilancarkan Hamas.[6]
PFLP, dan Briged Abu Ali Mustafa, menerima sokongan kewangan dan ketenteraan dari Iran. Hubungan ini mungkin bermula sekitar 2013, dan walaupun tahap sebenar sokongan ini tidak jelas, PFLP dan Briged Abu Ali Mustafa berulang kali mengaku mereka bersekutu dengan Iran, Syria dan Paksi Perjuangan.[7][8]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.