Briged Izzuddin al-Qassam
sayap ketenteraan gerakan Hamas / From Wikipedia, the free encyclopedia
Briged Izzuddin Al-Qassam (Arab: كتائب الشهيد عز الدين القسام, lit. 'Batalion Sang Syahid Izzuddin al-Qassam'code: ar is deprecated , kadang kala diringkaskan kepada Briged Al-Qassam) ialah sayap bersenjata kepada pertubuhan Palestin, Gerakan Perjuangan Islam (Hamas).[1][2][3] Kini ia diketuai oleh Mohammed Deif dan timbalannya, Marwan Issa. Briged Al-Qassam hari ini ialah kumpulan bersenjata lengkap terbesar yang menjalankan operasi di wilayah Israel, Lubnan dan khususnya di Gaza.[1][4]
Briged Izzuddin al-Qassam | |
---|---|
كتائب الشهيد عز الدين القسام | |
Ditubuhkan pada | 1992 (umur 31–32) |
Negara | Negara Palestin |
Kesetiaan | Hamas |
Pangkalan | Genting Gaza |
Pemimpin | |
Jurucakap | Abu Ubaidah |
Pengasas | Saleh al-Aruri |
Sekutu | Sekutu bukan negara:
|
Lawan | Lawan negara:
Lawan bukan negara:
|
Dibentuk pada1992,[5] ia merupakan pada masa bagi menghalang rundingan Perjanjian Oslo.[6][7] Antara 1994 hingga 2000, Briged Al-Qassam banyak mendakwa bertanggungjawab terhadap sejumlah serangan ke atas orang Israel.[8]
Briged Al-Qassam telah tersenarai secara khusus sebagai pertubuhan pengganas oleh Kesatuan Eropah,[9] Australia,[10] New Zealand,[11] Mesir,[12] dan United Kingdom.[13][14] Walaupun tidak menyebut Briged Al-Qassam, Amerika Syarikat[15][16] dan Kanada[17] menyenaraikan pertubuhan penaungnya, Hamas sebagai pertubuhan pengganas;[18] pemimpin Briged Mohammed Deif juga disenarai sebagai Pengganas Global Tentuan Khas oleh Amerika Syarikat di bawah Perintah Eksekutif 13224.[19][20] Memandangkan Briged ini menjalankan kegiatan ketenteraan bagi pihak Hamas, "aktiviti pengganas terancang yang dikaitkan dengan Hamas boleh dianggap dikaitkan dengan Briged."[10]