Mohammed Deif (Arab: محمّد ضيف; lahir 1965 di Khan Yunis), lahir sebagai Mohammed Diab Ibrahim al-Masri,[2] ialah seorang warga Palestin, dan komander tentera tertinggi Briged Izzuddin Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas. Dia merupakan orang 'paling dikehendaki' oleh Israel selama 24 tahun sejak 1995 di atas keterlibatan langsung dalam serangan terhadap Israel seperti membunuh tentera IDF, pengeboman berani mati dan penculikan.[3] Cubaan terakhir Israel untuk membunuh Deif berlaku dalam sebuah serangan udara pada 19 Ogos 2014.[4] Hamas menafikan Deif terbunuh. Isteri, bayi lelaki dan anak perempuan Deif meninggal dunia dalam serangan tersebut.[5][6]

Fakta Segera Mohammed Deif, Kelahiran ...
Mohammed Deif
Kelahiran
Mohammed Diab Ibrahim al-Masri

1965 (umur 5859)
Warganegara Negara Palestin
Nama lainAbu Khaled
Tahun aktif2002–kini
Terkenal keranaKomander Tentera Tertinggi Briged Izzuddin Al-Qassam
PasanganWidad (2007–2014[1])
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan Hamas
PerkhidmatanBriged Izzuddin Al-Qassam
PangkatKetua
Tutup

Jabatan Negara Amerika Syarikat menambah Deif dalam senarai 'Pengganas Global Khas Ditetapkan' pada 8 September 2015.[7][8]

Kerjaya Hamas

Deif mempelajari kemahiran memasang alat letupan reka ganti daripada Yahya Ayash.[9] Selepas pembunuhan Ayyash, beliau mula memainkan peranannya dalam Briged Izzuddin al-Qassam.[9]

Deif menjadi komander Briged Izzuddin Al-Qassam selepas Israel membunuh Solah Syahadah pada Julai 2002.[10] Israel mengesyaki beliau menjadi pembuat bom dan mempertanggungjawabkan beliau terhadap kematian orang awam akibat pengeboman berani mati sejak 1996, termasuk pengeboman bas Jalan Jaffa di Baitulmaqdis. Beliau dianggap sebagai pereka roket Qassam bersama dengan Nidal Fat'hi Rabah Farahat dan Adnan al-Ghoul. Beliau berada dalam tahanan Palestin dari Mei 2000 hingga April 2001. Deif merupakan orang yang paling dikehendaki Israel selama beberapa tahun.

Percubaan membunuh terhadap Deif

Deif telah terselamat daripada empat serangan Israel, yang menyebabkan beliau mengalami kecacatan. Pada Ogos 2001, sebuah helikopter Apache Israel menembak peluru berpandu ke kereta yang dinaikinya.[11]

Beliau dilaporkan maut dalam satu lagi serangan udara pada 27 September 2002, namun disahkan selamat oleh seorang pegawai Israel.[12]

Pada 2003, Israel cuba menyerang Deif dalam sebuah apartmen, namun beliau dan rakannya melarikan diri pada saat-saat terakhir.[11]

Pada pagi 12 Julai 2006 pula, pesawat Israel meletupkan sebuah rumah di mana para pemimpin Hamas bermesyuarat. Deif terselamat, namun tulang belakangnya cedera.[13] Selepas peristiwa ini, Ahmad al-Ja'bari menjadi komander sementara sayap tentera Hamas.[14]

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.