baka anjing dari Switzerland dan Itali From Wikipedia, the free encyclopedia
Anjing Santo Bernard[lower-alpha 1] ialah satu baka anjing pekerja sangat besar dari Pergunungan Alp Barat di Itali dan di Switzerland.[4] Ia pada asalnya dibiakbakakan untuk kerja penyelamatan oleh pihak hospis di Genting Santo Bernard Raya di sempadan Itali–Switzerland.[5][6] Hospis itu, yang dibina oleh rahib Alp, Santo Bernard dari Menthon, dan dinamai sempena beliau, memperolah anjing pertamanya pada antara tahun 1660 dengan tahun 1670.[5] Baka ini telah menjadi masyhur melalui kisah-kisah penyelamatan di Pergunungan Alp, serta kerana saiz besarnya, dan perangai lembut.
Nama lain | Spaniel Alp | ||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama ringkas | Saint | ||||||||||||||||||||
Negara asal | |||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing Santo Bernard diiktiraf di peringkat antarabangsa kini sebagai salah satu baka molosser.[1][2] Ia merupakan anjing gergasi. Lapis bulu licin, rapat, dan rata. Warnanya kebanyakannya putih putih tompok-tompok merah lebih kecil atau lebih besar dengan mantel merah gelap dan mantel perang kemerah-merahan sebagai yang paling 'berharga'. Warna kemerah-merahan brindle dan warna kuning keperang-perangan kedua-duanya diizinkan tetapi kurang diingini. Ekornya panjang dan berat dan tergantung tinggi-tinggi. Warna matanya berkisar daripada perang cerah hingga perang gelap dan patut mempunyai kelopak mata yang ketat secara semula jadi, dengan kelopak mata ketiga yang hanya kelihatan sedikit.
Catatan bertulis terawal bagi anjing Santo Bernard adalah daripada para rahib di Hospis Santo Bernard Raya di Genting Santo Bernard Raya pada tahun 1707, dengan lukisan dan lakaran bagi anjing ini yang bertarikh lebih awal.[7] Keterangan awal British tentang baka ini memerihalkan baka ini sebagai Alpine spaniel ("spaniel Alp").[8] Bukti pertama bahawa anjing ini digunakan di biara adalah dalam dua lukisan yang bertarikh ke tahun 1690 oleh seniman Itali Salvator Rosa. Anjing St. Bernard paling terkenal kerana menyelamatkan orang di gentin itu ialah Barry (kadang-kadang dieja Berry), yang dilaporkan menyelamatkan antara 40 dengan 100 nyawa. Terdapat tugu untuk Barry di Cimetière des Chiens, dan jasadnya telah dipulihara di Muzium Sejarah Semula Jadi di Bern.[9]
Seekor lagi anjing terkenal ialah Rutor, teman setia milik paderi Itali Pierre Chanoux, yang dinamai sempena puncak Tête du Rutor yang terletak di atas Genting Santo Bernard Kecil. Anjing Santo Bernard klasik terlihat sangat berbeza daripada anjing Santo Bernard kini oleh sebab pembiakbakaan silang. Musim sejuk teruk dari tahun 1816 hingga tahun 1818 membawa kepada peningkatan bilangan runtuhan salji yang membunuh banyak anjing yang digunakan untuk pembiakbakaan semasa anjing-anjing itu melaksanakan penyelamatan.[4] Dalam percubaan untuk memulihara baka ini, anjing Santo Bernards yang tersisa disilangkan dengan anjing Newfoundland yang dibawa dari Koloni Newfoundland pada tahun 1850-an, serta dengan baka lain. Ini membawa kepada perubahan ketara dari segi penampilan dan keupayaannya. Bulu panjang yang diwarisi olehnya membeku dalam iklim bersalji di Pergunungan Alp, lalu membebankannya dan mengurangkan keberkesanannya sebagai anjing penyelamatan.[10]
Anjing-anjing ini tidak pernah menerima sebarang latihan khusus daripada para rahib. Sebaliknya, anjing-anjing lebih muda mempelajari cara untuk melaksanakan operasi pencarian dan penyelamatan daripada anjing-anjing lebih tua.[11]
Kelab Anjing Santo Bernard Switzerland diasaskan di Basel pada 15 Mac 1884. Anjing Santo Bernard ialah baka pertama yang dimasukkan ke dalam Buku Pembaka Switzerland pada tahun 1884 dan piawaian baka akhirnya diluluskan pada tahun 1888. Sejak itu, baka ini telah menjadi anjing kebangsaan Switzerland.[7]
Semasa Perang Dunia Pertama, anjing Santo Bernard membantu pihak Palang Merah dan digunakan untuk membawa bekalan kepada tentera di pergunungan Itali yang ditempatkan di tempat-tempat yang tidak boleh dicapai oleh baghal dan kuda.[12]
Anjing-anjing di Hospis Santo Bernard Raya merupakan anjing pekerja yang lebih kecil daripada anjing Santo Bernard kini untuk pertunjukan. Pada asalnya kira-kira bersaiz anjing gembala Jerman,[13] anjing Santo Bernard berkembang kepada saiz anjing kini kerana kelab kenel dan pertunjukan anjing menekankan penampilan berbanding dengan keupayaan kerja anjing ini, bersama-sama dengan buku pembaka tertutup.[14]
Nama "Santo Bernard" berasal daripada Hospis Santo Bernard Raya, iaitu hospis perantau di Genting Santo Bernard Raya yang kerap berbahaya di Pergunungan Alp Barat, di antara Switzerland dengan Itali.[5] Genting itu, rumah persinggahan itu, dan anjing ini dinamai sempena Bernard dari Menthon, rahib Itali dari abad ke-11 yang menubuhkan stesen itu.[perlu rujukan]
"Anjing Santo Bernard" tidak digunakan secara meluas sehingga pertengahan abad ke-19. Anjing ini dipanggil "Anjing Keramat", "Tunggangan Mulia", atau "Anjing Barry" sebelum masa itu.[perlu rujukan]
Baka ini sangat mirip dengan mastif Inggeris. Anjing Santo Bernard moden amat berbeza daripada anjing asli yang dibela di Hospis Santo Bernard Raya, paling ketara dengan saiz dan tubuh lebih besar. Sejak lewat tahun 1800-an, baka anjing Santo Bernard telah diperhalus dengan menggunakan banyak baka jenis molosser besar berlainan, termasuk anjing Newfoundland, anjing besar Pyrénées, anjing gunung besar Switzerland, anjing besar Denmark, mastif Inggeris, dan mungkin mastif Tibet dan anjing gembala Kaukasus. Ada kecurigaan bahawa banyak baka besar ini digunakan untuk mengembangkan satu sama lain semula untuk mengatasi ancaman kepupusan baka-baka tersebut selepas Perang Dunia Kedua yang mungkin menjelaskan sebab bagi peranan kesemua baka itu dalam penghasilan anjing Santo Bernard seperti yang terlihat kini.[perlu rujukan]
Empat baka sennenhund (anjing gunung Switzerland), anjing gunung besar Switzerland, anjing gunung Bern, anjing gunung Appenzell, dan anjing gunung Entlebuch, adalah serupa dari segi penampilan dengan anjing Santo Bernard dan mengongsi lokasi sama bagi asal usul dan sejarah, tetapi triwarna (hitam, sawo matang, dan putih) dan bukan pula merah dan putih atau brindle mahogani dan putih yang merupakan warna anjing Santo Bernard.[perlu rujukan]
Kenel ketenteraan Rusia membiakbakakan anjing Santo Bernard secara bersilang dengan anjing gembala Kaukasus untuk menghasilkan anjing pengawal Moscow yang masih digunakan sebagai anjing khidmat ketenteraan di Rusia kini.[perlu rujukan] Anjing Santo Bernard mempunyai banyak ciri bersama bagi baka-baka anjing penjaga haiwan ternakan.[perlu rujukan]
Anjing Santo Bernard diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa sebagai Molosser dalam Kumpulan 2, Seksyen 2.[1][2] Baka ini diiktiraf oleh The Kennel Club (United Kingdom), Canadian Kennel Club, dan American Kennel Club dalam kumpulan Kumpulan Pekerja.[15][16][17] United Kennel Club di Amerika Syarikat meletakkan baka ini dalam Kumpulan Anjing Pengawal.[18] New Zealand Kennel Club dan Australian National Kennel Council meletakkan baka ini dalam Kumpulan Utiliti.[19][20]
Anjing Santo Bernards tidak lagi digunakan untuk penyelamatan di Pergunungan Alp. Kejadian tercatat terakhir bagi penyelamatan adalah pada tahun 1955. Selewat tahun 2004, Hospis Santo Bernard Raya masih mengekalkan 18 ekor anjing atas sebab tradisi dan sentimen.[perlu rujukan]
Perayaan tahunan bagi baka ini berlangsung di Genting Santo Bernard Kecil dan di bandar Rosières-Montvalzan di sebelah Perancis. Penggemar dan pembiak baka anjing Santo Bernard berkumpul untuk pertunjukan dan perarakan anjing.[21]
Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 9.3 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[22] Sebuah kajian Sweden tahun 2005 tentang rekod insurans mendapati bahawa 74% daripada jumlah anjing Santo Bernard mati menjelang usia 10 tahun, yang lebih tinggi daripada kadar keseluruhan pada 35% daripada jumlah anjing yang mati menjelang usia 10 tahun.[23]
Osteosarkoma (kanser tulang) telah ditunjukkan sebagai penyakit keturunan pada baka ini.[24]
Sebuah kajian mendapati bahawa mutasi pada gen ARHGEF10 sangat berkait dengan polineuropati terwaris permulaan juvenil yang serupa dengan penyakit Charcot-Marie-Tooth.[25]
Anjing Santo Bernard cenderung terhadap beberapa keadaan kulit termasuk: dermatitis jilatan akral, intertrigo, arteritis dermis, higroma, dan dermatitis piotrauma.[26]
Sebuah kajian rekod veterinar Amerika mendapati bahawa anjing Santo Bernard cenderung terhadap kardiomiopati terdilat (DCM), dengan 2.6% daripada jumlah anjing yang menghidap berbanding dengan 0.2% untuk baka kacuk.[27] Sebuah kajian di England mendapati bahawa 20 daripada 369 kes DCM berlaku pada anjing Santo Bernard dengan 72% daripada itu yang kesemuanya hadir untuk pemfibrilan atrium.[28]
Sebuah kajian Amerika yang menyemak lebih daripada sejuta kes yang dibentangkan kepada 27 buah hospital pengajar veterinar di Amerika Utara mendapati anjing Santo Bernard sebagai yang kedua paling cenderung terhadap displasia pinggul anjing dengan 14.70% daripada jumlah anjing yang menghidap keadaan ini berbanding dengan 3.52% secara keseluruhan. Anjing Santo Bernard juga didapati cenderung terhadap kekurangan ligamen krusiat anjing (CCLD) dengan 3.57% daripada jumlah anjing yang menghidap keadaan ini berbanding dengan 2.55% secara keseluruhan. Anjing Santo Bernard mempunyai prevalens ketiga tertinggi untuk anjing dengan kedua-dua keadaan pada 1.19% berbanding dengan kadar keseluruhan 0.3%.[29]
Semakan terhadap 1,934 kes volvulus pendilatan gastrik (GDV) mendapati bahawa anjing Santo Bernard amat cenderung terhadap keadaan ini nisbah kemungkinan 4.2.[30] Tinjauan kesihatan di United Kingdom mendapati bahawa 4.6% daripada jumlah anjing menghidap keadaan ini dan 15.1% daripada jumlah anjing telah terkorban akibat keadaan ini.[31] Sebuah kajian di California mendapati bahawa 3.76% daripada jumlah anjing yang hadir menghidap GDV.[32]
Anjing Santo Bernard, yang dikenali sebagai contoh klasik bagi gergasi lembut, adalah tenang, sabar, dan manis dengan orang dewasa, dan terutamanya kanak-kanak. Secara keseluruhan, ia merupakan baka lembut, setia, dan penyayang dan jika tersosialisai, patut sangat mesra. Walaupun pada umumnya tidak bersifat pelindung menurut naluri, anjing Santo Bernard mungkin menyalak terhadap orang asing dan saiznya menjadikannya penghalang baik terhadap penceroboh berpotensi.[33][34]
Anjing Santo Bernard dibiakbakakan untuk menjadi teman kerja dan sehingga kini ia hidup untuk menggembirakan tuannya dan merupakan pekerja peramah lagi rajin. Anjing Santo Bernard telah mengekalkan keupayaan semula jadinya untuk kerja bau dan, bergantung pada kemahiran jurulatih dan bakat anjing berkenaan, ia dapat menyertai acara pengesanan atau bahkan terlibat dalam kerja pencarian dan penyelamatan.[35]
Anjing Santo Bernard kerap digambarkan, terutamanya dalam komedi aksi langsung lama seperti Swiss Miss, siri televisyen Topper, dan kartun klasik (seperti tayangan singkat Merrie Melodies tahun 1938 "Cracked Ice"), sambil memakai tong brandi kecil di sekeliling lehernya. Mangsa runtuhan salji kononnya meminum brandi untuk kekal panas sementara menunggu penyelamatan, walaupun ini tidak sihat dari segi perubatan. Para rahib di Hospis Santo Bernard menafikan bahawa mana-mana anjing Santo Bernard pernah membawa tong kayu atau tong kecil di lehernya; mereka mengatributkan imej itu kepada sebuah lukisan tahun 1820 oleh Edwin Landseer, Alpine Mastiffs Reanimating a Distressed Traveler ("Mastif Alp Menyemangati Pengembara Cemas") (yang menjadi ukiran popular pada tahun 1831 oleh Charles Landseer).[36] Para rahib memang menyimpan tong kayu di sekeliling untuk pergambaran oleh para pelancong.[37]
Rupa-rupanya terdapat sekurang-kurangnya seekor anjing yang benar-benar membawa brandi. Dalam The Percy Anecdotes, oleh Thomas Byerley, yang diterbitkan pada tahun 1823, anekdot berikut muncul dan kerap dipetik dalam buku-buku lain pada abad ke-19:
[Terjemahan] Baka anjing yang dibela oleh para rahib untuk membantu mereka ... telah lama diraikan kerana kebijaksanaan dan kesetiaannya. Semua yang tertua dan paling teruji antara mereka lewatr dikebumikan, bersama dengan beberapa orang pengembara malang; namun tiga atau empat ekor anak anjing penuh harapan ditinggalkan di rumah di biara dan masih bertahan. Yang paling diraikan antara anjing-anjing itu yang kini tiada lagi ialah seekor anjing bernama Barry. Haiwan itu berkhidmat kepada hospital selama jangka masa dua belas tahun, yang semasa itu ia menyelamatkan nyawa empat puluh individu. Semangatnya tidak pernah lesu. Setiap kali gunung itu diselubungi kabus dan salji, ia pergi mencari pengembara hilang. Ia terbiasa dengan berlari sambil menyalak sehingga ia kehilangan nafas, dan akan kerap meneroka tempat-tempat paling berbahaya. Apabila ia mendapati bahawa kekuatannya tidak mencukupi untuk menarik seorang pengembara yang mati rasa kesejukan daripada salji, ia akan berlari kembali ke hospital untuk mencari para rahib….
Apabila usia tua mencabut kekuatannya, Ketua Biara memencenkannya di Berney, sebagai ganjaran. Selepas kematiannya, kulitnya disumbat dan disimpan di muzium bandar itu. Bebuli kecil, yang di dalamnya ia membawa minuman yang menghidupkan semula untuk para pengembara cemas yang ditemukan olehnya di antara pergunungan, masih tergantung dari lehernya.[38]
Kartun majalah Punch dari tahun 1949 menggambarkan seorang lelaki dengan seekor anjing Santo Bernard dan beberapa ekor anak anjing, kesemuanya memakai tong kayu leher. Lelaki itu menjelaskan, "Sudah tentu, saya hanya membiakbakakan anjing-anjing ini untuk brandi".[perlu rujukan]
Jenaka yang kerap dalam tayangan-tayangan singkat lama MGM dan Warner Brothers ialah penggambaran anjing-anjing ini sebagai penagih alkohol kompulsif yang kerap menggigit tong kayu mereka sendiri.[perlu rujukan]
Anjing Santo Bernard masyhur, Barry, menemukan seorang anak kecil di dalam salji dan memujuk anak itu untuk memanjat di atas belakangnya. Anjing itu kemudiannya membawa anak itu ke tempat yang selamat.[10]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.