baka anjing dari Switzerland From Wikipedia, the free encyclopedia
Anjing gunung Appenzell atau anjing lembu Appenzell[lower-alpha 1] ialah satu baka anjing pekerja bersaiz sederhana Switzerland. Ia berasal dari rantau Appenzell di Switzerland timur laut dan merupakan salah satu daripada empat baka rantauan sennenhund atau anjing gunung Switzerland, kesemuanya bercirikan lapis bulu triwarna distingtif.
Nama lain |
| ||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Switzerland | ||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing gunung Appenzell ialah anjing pekerja tradisional bagi Sennen – penggembala lembu dan penternak tenusu Alp[2] – dari kawasan Appenzell di Switzerland timur laut. Penerangan bertulis terawal mengenainya adalah daripada Friedrich von Tschudi dalam Das Thierleben der Alpenwelt, yang diterbitkan pada tahun 1853.[3][4]:553 Pada lewat abad kesembilan belas, Max Sieber, seorang rimbawan yang pernah melihat anjing ini dalam pertunjukan lembu di Switzerland timur, meminta agar Schweizerische Kynologische Gesellschaft mengiktiraf baka ini;[5] sebuah suruhanjaya ditubuhkan dengan pembiayaan daripada kanton St. Gallen[5] dan anjing gunung Appenzell diiktiraf sama ada pada tahun 1896[6] atau tahun 1898.[3][7]:88 Lapan ekor anjing baka ini ditunjukkan pada pertunjukan anjing antarabangsa di Winterthur pada tahun 1898; mereka dimasukkan ke dalam kelas sennenhund baharu.[5]
Pada tahun 1906, sebuah persatuan baka, Appenzeller Sennenhunde Club, diasaskan atas desakan ahli kinologi Albert Heim, yang pada tahun 1914 merangka piawaian baka penuh pertama.[5] Baka ini diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1954.[8]
Ia telah tersebar dari Appenzell ke bahagian lain di Switzerland dan ke negara-negara lain di Eropah.[3] Sebuah kajian yang diterbitkan pada tahun 2004 mendapati bahawa ia merupakan baka paling berdaftar di kanton Appenzell, dengan 259 daripada sejumlah 1358 pendaftaran di kanton itu, atau kira-kira 19%; di seluruh Switzerland, ia menyumbangkan 360 daripada sejumlah 33470, atau kira-kira 1.1% daripada semua anjing yang didaftarkan oleh Schweizerische Kynologische Gesellschaft.[9]:226
Ia merupakan satu-satunya baka anjing Switzerland yang dianggap berisiko oleh ProSpecieRara, yang menyenaraikannya sebagai gefährdet, "terancam". Angkanya stabil tetapi takungan gennya sempit; persatuan itu bekerjasama dengan persatuan baka, Schweizerischer Club für Appenzeller Sennenhunde, untuk memperluasnya.[1][10]
Anjing gunung Appenzell ialah sennenhund atau anjing gunung Switzerland ketiga terbesar dalam kumpulannya, yang juga menyertakan anjing gunung besar Switzerland, anjing gunung Bern, dan anjing gunung Entlebuch. Ia merupakan anjing bersaiz sederhana: jantannya berdiri kira-kira setinggi 52–56 cm (20–22 in) pada paras kelasa, betinanya kira-kira kurang 2 cm (0.79 in);[11][12] beratnya berada dalam julat 22–32 kg (49–71 lb).[13]:66
Lapis bulunya ganda dan lapis bulu atasnya tebal, lurus, dan berkilat. Ia sentiasa triwarna: warna utamanya mungkin sama ada hitam atau warna perang Havana, dengan tanda-tanda putih di dada, di muka dan di kaki, dan kawasan-kawasan perang kemerah-merahan antara warna-warna itu dengan warna asas.[11][12]
Ekornya terletak tinggi-tinggi dan terangkat dalam lingkaran ketat di atas belakang apabila anjing berkenaan bergerak.[11][12] Telinganya terletak tinggi-tinggi dan berbentuk segi tiga dan agak kecil; teliganya tergantung dekat dengan pipi apabila anjing berkenaan berehat dan ternaik dan berpaling ke arah hadapan apabila ia berjaga-jaga.[11][12] Antara kecacatan yang menyingkirkan anjing daripada pendaftaran ialah mata dinding, ekor bengkok, lapis bulu tunggal, dan lapis bulu yang tidak triwarna.[7]:88 Anjing dapat dijangka hidup selama kira-kira 12–14 tahun.[14]:290
Menurut piawaian baka, anjing gunung Appenzell adalah cergas, bersemangat tinggi, atletik, dan curiga terhadap orang asing.[8][11][12]
Anjing gunung Appenzell secara tradisional digunakan oleh penggembala lembu dan penternak tenusu Alp di rantau Appenzell untuk menggembala lembu dan untuk menjaga harta benda.[3] Ia kerap dipelihara sebagai anjing teman.[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.