Angkatan Tentera Turki
From Wikipedia, the free encyclopedia
Angkatan Tentera Turki (Turki: Türk Silahlı Kuvvetlericode: tr is deprecated , TSK) ialah angkatan bersenjata di Republik Turki. Ia terdiri daripada tentera darat, tentera laut dan tentera udara. Gendarmerie dan Pengawal Pantai, kedua-duanya ialah penguat kuasa undang-undang dengan fungsi ketenteraan, beroperasi sebagai komponen pasukan keselamatan dalam negara semasa zaman aman, dan terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri. Semasa perang, pasukan ini akan diletakkan di bawah arahan tentera darat dan tentera laut. Presiden Turki merupakan ketua tertinggi angkatan bersenjata.
Angkatan Tentera Turki Türk Silahlı Kuvvetleri | |
---|---|
Diasaskan | |
Cabang khidmat |
|
Ibu pejabat | ![]() |
Kepimpinan | |
Pemerintah Tertinggi | ![]() |
Menteri Pertahanan Negara | ![]() |
Ketua Turus Am | ![]() |
Usia masuk tentera | 21 |
Pengerahan | 6 atau 12 bulan bergantung pada tahap pendidikan |
Sedia berkhidmat dalam tentera |
21,079,077 lelaki, usia 16–49[2] (Anggr. 2010), 20,558,696 wanita, usia 16–49[2] (Anggr. 2010) |
Sesuai untuk berkhidmat |
17,664,510 lelaki, usia 16–49[2] (Anggr. 2010), 17,340,816 wanita, usia 16–49[2] (Anggr. 2010) |
Capaian usia masuk tentera tahunan |
700,079 lelaki (Anggr. 2010), 670,328 wanita(Anggr. 2010) |
Kakitangan aktif | 735,000, termasuk:[3](Tempat ke-8)
|
Kakitangan simpanan | 410,000[4] |
Perbelanjaan | |
Bajet | $21.4 bilion (Tempat ke-15)[5] |
Peratusan KDNK | 2.2% |
Industri | |
Pembekal domestik | Senerai Pembekal Negara Utama
|
Pembekal luar | Senarai Pembekal Asing Utama
|
Import tahunan | $1,540 juta (2014)[6] |
Eksport tahunan | $1,647 juta (2014)[7] |
Rencana berkaitan | |
Sejarah |
|
Pangkat | Pangkat ketenteraan Turki |
Selepas menjadi anggota NATO pada 18 Februari 1952, Turki memulakan program pemodenan bersepadu ke atas pasukan angkatan bersenjatanya. Tentera Darat Turki dihantar berperang ke Korea, di mana mereka telah memainkan peranan penting. Menjelang akhir tahun 1980-an, proses penstrukturan semula kedua telah dimulakan. Angkatan Tentera Turki melibatkan diri dalam Kumpulan Tempur Kesatuan Eropah di bawah kawalan Majlis Eropah, dikenali sebagai Kumpulan Tempur Itali-Romania-Turki. Angkatan Tentera Turki juga menyumbang kakitangan operasi kepada kor tentera darat pelbagai negara Eurocorps yang diusahakan oleh Kesatuan Eropah dan NATO.