![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/5c/Seal_of_the_Turkish_Navy.svg/langms-640px-Seal_of_the_Turkish_Navy.svg.png&w=640&q=50)
Tentera Laut Turki
From Wikipedia, the free encyclopedia
Angkatan Laut Turki (Turki: Türk Deniz Kuvvetlericode: tr is deprecated ), atau Tentera Laut Turki (Turki: Türk Donanmasıcode: tr is deprecated ) adalah cabang perkhidmatan peperangan laut bagi Angkatan Tentera Turki.
Angkatan Laut Turki Türk Deniz Kuvvetleri | |
---|---|
![]() Jata Tentera Laut Turki | |
Aktif | 1081 – kini[1] |
Negara | ![]() |
Jenis | Tentera laut |
Peranan | Peperangan laut |
Saiz | 48,600 anggota[2] 51 pesawat [3] |
Sebahagian daripada | Angkatan Tentera Turki |
Markas | Ankara |
Moto | "Always Ready" |
Warna | Biru, Putih & Emas |
Kawat | Turkish Navy March Fail audio "Turkish Navy March, December 2013.ogg" tidak ditemui |
Peringatan | 27 September[1] |
Laman web | dzkk.tsk.tr/ |
Komander | |
Panglima Tentera Laut | Laksamana Adnan Özbal |
Ketua Staf | Laksamana Madya Cihat Yaycı |
Tanda kebesaran | |
Bendera Markas Angkatan Laut Turki | |
Roundel Pasukan Udara Tentera Laut | ![]() |
Masthead Pennant | ![]() |
Asal-usul tentera laut ini bermula dengan armada pertama Turki yang berlayar merentasi Laut Aegia pada hujung abad ke-11, armada Anatolia beylik pada abad ke-14, dan, lebih hampir lagi, dengan Tentera Laut Empayar Uthmaniyah. Walau bagaimanapun, tradisi tentera laut moden dan adat Tentera Laut Turki boleh dikesan kembali pada 10 Julai 1920, apabila ia ditubuhkan sebagai Direktorat Hal Ehwal Tentera Laut semasa Perang Kemerdekaan Turki yang dipimpin oleh Mustafa Kemal Atatürk. Semenjak Julai 1949, perkhidmatan ini secara rasminya dikenali sebagai Angkatan Laut Turki.
Pada tahun 2008, Tentera Laut Turki dilaporkan mempunyai kekuatan berjumlah 48,600 anggota aktif; jumlah ini termasuk Briged Marin Amfibia serta beberapa Pasukan Khas dan detasmen Komando.[2] Sehingga awal tahun 2015, tentera laut ini mengendalikan pelbagai jenis kapal dan 51 buah pesawat maritim.