Pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Diyana Mastura Jaafar atau lebih dikenali sebagai Ana Dahlia (lahir 21 Jun 1983) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia, berasal dari Taiping, Perak. Kerjaya hiburannya bermula selepas menjadi salah seorang dari 20 finalis Pilih Kasih musim pertama, sejak itu, beliau telah membintangi beberapa drama dan filem.[1]
Ana telah berkahwin sebanyak tiga kali. Beliau sebelum ini pernah berkahwin dengan anak kepada cef selebriti terkenal, Chef Wan, Chef Nazri "Riz" Redzuawan pada 2011 dan memfailkan perceraian pada 2012.[2] Beliau kemudian menyatakan kekesalannya berkahwin secara terburu-buru dalam satu temubual bersama Sinar Harian: "Saya mohon masyarakat jangan menilai saya dari berita yang tidak benar itu. Ia hanya mengeruhkan lagi keadaan".[3]
Beliau berkahwin dengan anak kepada pengarah dan penerbit drama, Jurey Latiff Rosli, Mohd Ashraff pada 31 Ogos 2016.[4][5][6]
Sebelum menceburi bidang lakonan, Ana memulakan kerjaya awalnya sebagai pramugari di syarikat penerbangan tambang murah AirAsia.
Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2009 selepas bakatnya dicungkil oleh Datuk Rosyam Nor menerusi rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan, Pilih Kasih musim pertama yang mana beliau merupakan salah seorang finalis, bersama-sama dengan Zulin Aziz, Bella Dally dan Emelie Hanif. Beliau memulakan kerjaya filem pada 2010 dengan membintangi filem seram Mantra arahan Azhari Zain.
Ana menyertai barisan pelakon drama kepolisan Metro Skuad terbitan Skop Productions termasuk Salina Saibi, Adam Corrie Lee, Azad Jazmin dan Kamal Affandi Hashim yang bersiaran di TV2 dari 2 Mac 2012 hingga 29 Mac 2013.[7]
Pada 21 Mac 2013, Ana memegang watak pensyarah dan guru tari dalam filem Gila-Gila Remaja 2 yang dibintangi oleh Hairul Azreen dan Faralyna Idris, ia juga merupakan kesinambungan daripada filem asal 1985 dengan judul sama yang dibintangi oleh Faizal Hussein.[8] Beliau memegang watak sebagai Zafirah seorang wanita yang cacat penglihatan dalam Cinta Yang Satu di TV2.[9][10]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2010 | Mantra | Rindiani | Filem pertama |
2011 | Sekali Lagi | Ikin | |
2013 | Gila-Gila Remaja 2 | Cikgu Mona | |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2010 | Loga Maya | Drama pertama | ||
Arjuna | Sutera | TV3 | ||
2011 | Gerak Khas (Musim 13) | TV2 | Episod: "Orang Hilang" | |
Keranamu Laila | Mazni (20 tahun) | TV3 | ||
Nora Elena | Azira | |||
Cinta Yang Satu | TV1 | |||
Dia Tetap Ayah | Astro Prima | |||
2011–2013 | Roda-Roda Kuala Lumpur | TV2 | Pelakon undangan | |
2012 | Mat Cepat | |||
Bukan Untukmu | Marlia | TV9 | ||
3 Janji | Sufi | TV3 | ||
7 Ramadan | Anna | |||
Cinta Itu Milikku | Dini | |||
2012–2013 | Metro Skuad | Inspektor Rohana | TV2 | |
2013 | Kerana Lelaki Itu | Munirah | TV3 | |
Cinta Yang Satu | Zafirah | TV2 | ||
2014 | Janji Jaslina | Atira | TV3 | |
Tanah Kubur (Musim 11) | Ana Dahlia | Astro Oasis | Episod: "Bookie" | |
2015 | 3 Campur 2 | Mona | Astro Ceria | |
2016 | Menongkah Kasih | Reffa | TV9 | |
Budak Magik | Suraya | TV3 | ||
Marhaban Kome Oi | Mak Dara | |||
Cinta PhD | ||||
2017 | Alahai Cucu Atuk | TV2 | ||
Kias Ramadan | Tini | TV3 | Episod: "Asid Si Fasik" | |
2022 | Biarkan Ia Pergi | Fadzilah | ||
2024 | Pengantin Pasti Jadi | Afida |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2009 | Pilih Kasih (Musim 1) | Dirinya sendiri/Peserta | TV2 |
2017 | Kelana Pulau | Dirinya sendiri/Pengacara | TV1 |
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2014 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 | Pelakon TV Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.