From Wikipedia, the free encyclopedia
Albumin (daripada istilah bahasa Latin: albumen[3] "putih (telur); putih telur kering") merupakan keluarga protein globular, antara jenis yang paling biasanya adalah albumin serum. Semua protein dalam keluarga albumin ini larut dalam air, larut sederhana dalam larutan garam pekat, serta mengalami penyahaslian haba. Albumin biasanya ditemui dalam plasma darah dan mempunyai ciri yang berbeza daripada protein darah yang lain di mana pengglikosilannya tidak berlaku. Bahan-bahan yang mengandungi albumin seperti putih telur dikenali sebagai albuminoid.
Terdapat beberapa protein pengangkutan darah yang saling berkait rapat dari segi evolusinya termasuk albumin serum, alpha-fetoprotein, protein pengikat vitamin D dan afamin.[4][5][6]
Albumin mengikat kepada reseptor permukaan sel iaitu albondin.
Albumin serum ialah protein utama dalam darah manusia.[7] Ia mengikat kation air (seperti Ca2+, Na+ dan K+), asid lemak, hormon, bilirubin, tiroksin (T4) dan farmaseutikal (termasuk barbiturat): fungsi utamanya mengawal tekanan onkotik darah. Alfa-fetoprotein (alpha-fetoglobulin) adalah protein plasma janin yang mengikat pelbagai jenis kation, asid lemak dan bilirubin. Protein-protein khas mengikat kepada vitamin D dan bahan metaboliknya serta juga asid lemak. Takat isoelektrik albumin ialah 4.9.
Albumin serum ialah protein plasma darah yang paling banyak dihasilkan dalam hati serta membentuk sebahagian besar semua protein plasma. Serum albumin membentuk kira-kira 50% daripada protein plasma manusia.
Albumin serum memainkan peranan penting dalam mengawal isipadu darah dengan mengekalkan tekanan onkotik (juga dikenal sebagai tekanan osmotik koloid) pembuluh darah. Ia juga berfungsi sebagai pembawa molekul berketelarutan air rendah dengan mengasingkan ciri hidrofobiknya, termasuk hormon, garam hempedu, bilirubin tidak berkonjugat, asid lemak bebas (apoprotein), kalsium, ion (transferin), dan beberapa jenis dadah seperti warfarin, fenobutazon, klofibrat dan fenitoin. Untuk sebab inilah albumin serum kadangkalanya disebut sebagai "teksi" molekul . Perebutan antara dadah-dadah ini untuk tapak mengikat kepada albumin boleh menyebabkan interaksi dadah dengan meningkatkan pecahan bebas salah satu dadah yang dikehendaki lalu menjejaskan keupayaan dadah tersebut.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.