From Wikipedia, the free encyclopedia
Accipitriformes adalah satu order yang dicadangkan bagi memasukkan hampir kesemua burung pemangsa seperti sewah, helang, hering dan banyak lagi, kesemuanya sekitar 225 spesies. Untuk beberapa lama, pandangan majoriti telah memasukkan burung-burung bersama-sama Falkon dalam order Falconiformes, tetapi bebrapa pihak berkuasa menerima order Accipitriformes yang berasingan.[1][2][3][4] Kajian DNA baru-baru ini menunjukkan bahawa falcon tidak ada kaitan rapat dengan Accipitriformes, sebaliknya lebih kepada parrot dan passerine.[5] Sejak itu pemisahan (tetapi bukan meletakkan falcon di dalam order parrot atau passerines) telah diterima pakai oleh Jawatankuasa Pengelasan Amerika Selatan (SACC) dari Kesatuan Ornithologis Amerika,[6] Jawatankuasa Pengelasan Amerika Utara (NACC),[7] dan Kongres Ornithologikal Antarabangsa (IOC).[8]
Accipitriformes | |
---|---|
Hawk Ekor Merah, Buteo jamaicensis | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Klad: | Accipitrimorphae |
Order: | Accipitriformes Vieillot, 1816 |
Keluarga | |
Sagittariidae |
Cadangan berdasarkan DNA dan pengelasan oleh NACC dan IOC termasuk memasukkan Hering Dunia Baru ke dalam Accipitriformes[9][7]. SACC mengelaskan Hering Dunia Baru sebagai satu order yang berasingan.[6] Kedudukan Hering Dunia Baru telahmenjadi perbahasan sejak awal tahun 1990-an.
Order Accipitriformes
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.