Abang Long Fadil 3
Filem aksi komedi Malaysia 2022 arahan Syafiq Yusof / From Wikipedia, the free encyclopedia
Abang Long Fadil 3 merupakan filem aksi komedi Malaysia 2022 arahan Syafiq Yusof dengan skrip oleh Syafiq dan MF Kencana terbitan bersama Skop Productions dan Astro Shaw.[1] Kesinambungan kepada Abang Long Fadil 2 (2017) dan siri ketiga dalam francais Abang Long Fadil, filem ini mengekalkan Zizan Razak sebagai Fadil dan dibintangi bersama oleh Johan Raja Lawak, Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato' AC Mizal, Shuib Sepahtu, Kazar Saisi, Ozlynn Waty, Tania Hudson, Wak Doyok dan Daniella Sya.[2] Filem ini mengisahkan tentang Fadil yang berkhidmat sebagai ejen perisik Perkhidmatan Rahsia Negara (NSS; National Secret Service), dalam misi untuk menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, sementara dia diburu oleh King Cobra kerana dendam dahulu.
Abang Long Fadil 3 | |
---|---|
Pengarah | Syafiq Yusof |
Lakon layar |
|
Berdasarkan | KL Gangster oleh Syamsul Yusof |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Rahimi Maidin |
Disunting oleh | Syafiq Yusof |
Muzik oleh |
|
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Astro Shaw |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 105 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 6 juta |
Pecah panggung | RM 25 juta |
Penggambaran dijalankan pada Mac 2019 di Kuala Lumpur, Klang dan Cyberjaya, dan berakhir pada Jun 2019. Filem ini ditayangkan pada 8 September 2022 di pawagam seluruh Malaysia dan menerima pelbagai ulasan daripada pengkritik sekaligus memperoleh kutipan pecah panggung sebanyak RM25 juta, mengatasi kos pembikinannya sebanyak RM6 juta.[3][4][5]