From Wikipedia, the free encyclopedia
Cyberjaya merupakan tulang belakang Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia. Bandaraya yang dibangunkan daripada ladang kelapa sawit ini mempunyai keluasan 2,890 hektar dan terletak di daerah Sepang, Selangor. Cyberjaya berada kira-kira 50 km di selatan Kuala Lumpur, iaitu bersebelahan dengan Putrajaya. Bandar ini diasaskan sebagai bandar pintar mengikut konsep Lembah Silikon di Amerika Syarikat.
Upacara perasmian telah diadakan pada 17 Mei 1997 oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad. Setia Haruman Sdn Bhd merupakan pemaju utama Cyberjaya dan merupakan hasil buah fikiran Mahathir.[1]
Cyberjaya merupakan satu daripada bandar siber MSC Malaysia yang diharap dapat memacu negara Malaysia ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan. Antara syarikat multinasional yang beroperasi di Cyberjaya ialah BMW, HSBC, DHL Express, Shell, Nokia, Ericsson dan Motorola.
Cyberjaya menempatkan beberapa institusi pendidikan, antaranya:
Walaupun bermula dengan konsep yang baik, pengkritik mengatakan bandar Cyberjaya tidak banyak berubah sejak ia mula dibuka pada tahun 1997. Visi asal Cyberjaya untuk menjadi bandar pintar yang moden dan unik dikatakan gagal kerana bandarnya yang masih kelihatan kosong tanpa perancangan yang baik, kereta yang diletakkan bersepah-sepah dan penguatkuasaan yang lemah.[2]
Mahathir menggesa agar memberikan status Penduduk Tetap kepada pekerja asing yang layak selain mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi mereka. Orang asing digalakkan tinggal di sini dalam satu persekitaran yang diwujudkan untuk mereka. Antaranya mewujudkan kelab, tempat untuk beristirahat, kawasan sukan, lebih banyak rumah dan berjalan kaki sahaja ke pejabat.[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.