15 Februari merupakan hari ke-46 dalam kalendar Gregory . Tinggal 319 hari (atau 320 hari bagi tahun lompat ) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Meteor Chelyabinsk
590 - Khosrau II dimahkotakan selaku raja Parsi .
1764 - Bandar raya St. Louis, Missouri diasaskan.
1862 - Perang Saudara Amerika : Jeneral Ulysses S. Grant menyerang Fort Donelson , Tennessee .
1879 - Hak wanita : Presiden Amerika Syarikat Rutherford B. Hayes menandatangani rang undang-undang yang membenarkan peguam wanita berhujah di Mahkamah Agung Amerika Syarikat .
1898 - Kapal tempur Tentera Laut Amerika Syarikat USS Maine meletup dan karam di Havana , Cuba, membunuh lebih 260 anak kapal hingga mencetuskan Perang Amerika-Sepanyol .
1906 - Parti Buruh ditubuhkan di United Kingdom .
1942 - Perang Dunia Kedua : Tentera Jepun pimpinan Jeneral Tomoyuki Yamashita menawan "kubu British yang kononnya kebal" Singapura .
1946 - ENIAC (Electronic Numerical Integrator and Computer ), komputer elektronik kegunaan am yang pertama, diperkenalkan di Universiti Pennsylvania .
1950 - Kesatuan Soviet dan Republik Rakyat China menandatangani perjanjian pertahanan bersama.
1965 - Reka bentuk daun mapel merah putih diterima sebagai bendera Kanada , menggantikan speanduk Panji Merah Kanada yang lama.
1971 - Paun sterling British dan Paun Ireland "didesimalkan " pada Hari Perpuluhan .
1972 - Rakaman bunyi diberi perlindungan hak cipta persekutuan Amerika Syarikat buat julung kalinya.
1976 - Perlembagaan Cuba 1976 diterima hasil pungutan suara kebangsaan.
1980 - Television One dan Television Two (dahulunya South Pacific Television ) bersiaran buat julung kalinya di bawah kendalian Television New Zealand .
1989 - Kesatuan Soviet mengumumkan secara rasmi bahawa semua askarnya telah berundur dari Afghanistan (gambar) .
1999 - Abdullah Öcalan , pemimpin PKK (Parti Buruh Kurdistan yang diiktiraf ramai sebagai pertubuhan pengganas), ditahan di Kenya .
2003 - Jutaan orang di seluruh dunia mengambil bahagian dalam gerakan bantahan anti-perang yang terbesar dalam sejarah menentang pencerobohan Iraq yang bakal berlaku.
2005 - YouTube , laman web perkongisan video yang popular di Internet, dilancarkan di Amerika Syarikat.
2009 - Gunung berapi Andes Galeras meletus di Colombia, memaksa 8,000 orang berpindah.
2010 - Dua kereta api bertembung berhampiran Halle , Belgium, membunuh 18 orang dan mencederakan 162 yang lain.
2013 - Di tengah Rusia, gelombang kejutan dari sebutir meteor (gambar) —terbesar sejak 1908—mencederakan 1,200 orang manakala 3,000 buah bangunan rosak.