From Wikipedia, the free encyclopedia
Bendera Kanada ataupun dikenali sebagai Maple Leaf (dalam bahasa Inggeris) dan l'Unifolié (Bahasa Perancis) merupakan bendera kebangsaan Kanada. Sebelum 1965, Kanada menggunakan bendera yang terdapatnya Union Jack seperti Bendera Australia dan New Zealand. Bendera Merah Kanada telah digunakan secara rasmi sejak 1890an dan telah diluluskan oleh Perlembagaan Kanada pada tahun 1945 dan untuk "di mana terdapat satu majlis rasmi, di situ megahnya bendera Kanada".
Nama | Daun Maple, l'Unifolié |
---|---|
Kegunaan | Bendera kebangsaan dan bendera kapal awam dan kerajaan |
Nisbah | 1:2 |
Diterima pakai | 15 Februari 1965 |
Rekaan | Jenis menegak yang mempunyai warna merah, putih dan merah dengan nisbah 1:2:1, di bahagian tengah terdapat daun maple. |
Direka oleh | George F.G. Stanley |
Pada tahun 1964, Perdana Menteri ketika itu Lester B. Pearson merancang untuk mengubah bendera Kanada sebagai bendera yang baru. Daripada tiga pilihan, reka bentuk daun maple dari George Stanley[1] berdasarkan bendera Maktab Tentera Diraja Kanada. Bendera tersebut telah digunakan secara rasmi pada 15 Februari 1965 dan pada tarikh tersebut, seluruh rakyat Kanada meraikan Hari Kebangsaan Bendera Kanada.
Warna-warna merah dan putih dijadikan warna rasmi negara Kanada setelah pengisytiharan Jata Diraja negara tersebut pada tahun 1921, masing-masing diambil daripada Salib Santo George milik England dan jata Kerajaan Perancis yang wujud sejak zaman pemerintahan Charles III dari Perancis[2] lalu mewakili sejarah para peneroka yang menduduki dan menjajah kawasan lingkungan Kanada sebelum penyatuan jajahan-jajahan dalam satu "Gabungan Kanada".
Daun mapel telah dijadikan suatu simbol mewakili Kanada sejak abad ke-18,[3] di mana ia pertama kalinya digunakan pada jata-jata negeri Ontario dan Quebec.[4] Daun ini kemudiannya dimasukkan dalam rekaan jata negara Kanada pada tahun 1921.[4] Bilangan bucu pada daun tersebut tiada makna signifikannya[5] serta ditetapkan setelah ujian angin kencang dijalankan bagi melihat rekaan daun mana yang paling mudah dilihat apabila dikibar dengan lajunya.[6]
Jabatan Warisan Kanada (Canadian Heritage Department menyenaraikan jenis warna yang dibolehkan untuk menghasilkan bendera rasmi seperti berikut:[7]
Keperluan adanya suatu bendera melambangkan jajahan Kanada yang baharu semakin digesa dengan tertubuhnya Gabungan Kanada pada tahun 1867. Suatu Bendera Merah Brtish yang menampilkan Jata kecil dominion Kanada dipersetujui untuk pengunaan tidak rasmi pada tahun 1870.[8] rekaan jata kecil ini sendirinya berubah-ubah dengan bertambahnya provinsi yang masuk dalam gabungan dominion Kanada sehingga suatu jata ringkas ditampilkan pada rekaan ketiga bendera ini, seperti di bawah:
Bendera ini tidak begitu mendapat perhatian sehingga tahun 1963 apabila Lester B. Pearson dari Parti Liberal menjadi Perdana Menteri sebuah kerajaan minoriti. Beliau mendapat ilham mahu menukar rupa bendera Kanada yang dilihat tidak mencerminkan imej kebangsaan sendiri semasa pengalamannya terlibat dalam Krisis Suez 1956[9] di mana beliau mengetahui kerumitan dihadapi para pengaman arahannya yang dihalang pihak Mesir kerana bendera lama Kanada mempunyai Union Jack iaitu simbol pihak United Kingdom yang dimusuhi Mesir,[9] maka Pearson berijtihad mahu adanya bendera kebangsaan yang betul-betul menunjukkan pengelanan atau jatidiri sebenar Kanada yang asing daripada Empayar British itu sendiri. Tindakan ini mula diperdebatkan secara hebat pada tahun berikutnya.[10]
Terdapat dua rekaan utama yang akhirnya mendapat perhatian Parlimen Kanada:
Suatu jawatankuasa memilih rekaan bendera baru Kanada dianggotai semua parti dibentuk pada September 1964 untukmmebincangkan pendapat mengenai pilihan rekaan baru yang sesuai.[8] Satu jawatankuasa yang berasing turut dibentuk untuk mempertimbangkan sebanyak 2,000 rekaan yang dicadangkan daripada orang ramai.[8]
Jawatankuasa yang pertama ini akhirnya mengundi memilih antara dua rekaan yang dicadangkan sama ada rekaan Beddoe dan rekaan Stanley. Wakil-wakil Parti Konservatif kesemuanya mengundi untuk rekaan Stanely atas jangkaan pihak Parti Liberal akan mengundi rekaan yang berlawanan; namun pihak Liberal turut memilih rekaan sama - maka undian sebulat suara diputuskan memihak kepada rekaan Stanley dengan 14 undian setuju.[8]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.