From Wikipedia, the free encyclopedia
ΔT, Delta T, delta-T, deltaT, atau DT merupakan perbezaan waktu yang diperoleh dengan menolak Waktu Sejagat (UT) dari Waktu Bumi (TT): ΔT=TT−UT.
Waktu Sejagat merupakan skala waktu yang berasaskan putaran Bumi yang agak berubah-ubah lajunya sepanjang tempoh-tempoh tertentu (baik berhari-hari mahupun seabad), maka sebarang waktu yang berasaskannya tidak boleh lebih persis daripada 1 : 108. Tetapi kesan utamanya adalah pada jangka masa lama: selama berabad-abad, geseran pasang surut melambatkan kadar putaran Bumi tanpa tersekat pada sekitar +2.3 ms/hari/abad. Bagaimanapun, juga terdapat daya-daya lain yang mengubah kadar putaran Bumi; yang paling pentingnya dipercayai merupakan kesan peleburan lembaran ais benua di penghujung zaman glasier terakhir. Dengan itu, tersingkirnya berat yang besar sekali untuk membolehkan daratan di bawah lembaran itu untuk kembali timbul di kawasan kutub yang masih berterusan dan akan berterusah hinggalah tercapainya keseimbangan isostasi. "Lantunan pascaglasier" ini merapatkan jirim dengan paksi putarn Bumi agar Bumi berputar dengan the lebih laju (hukum pemeliharaan momentum sudut): kadar yang diperoleh dari model adalah sekitar −0.6 ms/hari/abad. Maka pecutan bersih (yang sebenarnya nyahpecutan) putaran Bumi, atau perubahan dalam jangka masa hari suria min (HSM), adalah +1.7 ms/hari/abad. Sesungguhnya inilah kadar purata seperti yang diamati selama 27 abad yang lalu.[2]
Waktu Bumi merupakan teori skala masa seragam yang ditakrifkan untuk menyediakan kesinambungan dengan Waktu Efemeris (ET) yang terdahulu. ET merupakan pembolehubah masa berdikari yang diusulkan (lalu dipersetujui penerimaannya) pada tahun-tahun 1948–52[3] dengan tujuan untuk membentuk skala masa yang seragam dengan graviti sebaik mana yang boleh dicapai ketika itu, dan mengikut takrifkannya dalam Tables of the Sun oleh Simon Newcomb (1895), ditakrifkan dengan cara yang baru untuk menampung kemusykilan dalam pemerhatian yang tertentu.[4] Jadual-jadual Newcomb merupakan asas kepada semua efemeris astronomi Matahari dari 1900 ke 1983: pada asalnya, ia dinyatakan (dan disuratkan) dalam Waktu Min Greenwich dan hari suria min,[5] tetapi kemudian pada tempoh 1960–1983, ia dinyatakan dalam ET,[6] selaras dengan usul ET yang diterima guna pada 1948–52. ET pula kini boleh dilihat (dari segi hasil masa kini)[7] sebagai membundari waktu suria min purata antara 1750 dan 1890 (bertitikpusatkan 1820) kerana pada zaman itulah dilakukannya pencerapan yang menjadi asas kepada jadual-jadual Newcomb. Biarpun TT betul-betul seragam (iaitu berasaskan saat SI], namun setiap saat adalah bersamaan dengan setiap saat yang lain), namun secara amali, ia dizahirkan oleh Waktu Atom Antarabangsa (TAI) dengan kepersisan sekitar 1 : 1014.
Kadar putaran Bumi mesti disepadukan untuk memperoleh waktu, iaitu kedudukan sudut Bumi (terutama sekali orientasi meridian Greenwich berbanding dengan matahari min yang direka-reka). Penyepaduan +1.7 ms/hari/abad serta pemusatan hasil parabolanya pada tahun 1820 menghasilkan (pada anggaran pertama) 31×((Tahun − 1820)/100)2 saat untuk ΔT. Sukatan kemas ΔT terdahulu yang menggunakan jumlah gerhana matahari adalah sekitar +16800 s pada tahun −500 (501 SM), +10600 s pada tahun 0 (1 SM), +5700 s pada tahun 500 (M), +1600 s pada tahun 1000, dan +180 s pada tahun 1500. Selepas terciptanya teleskop, sukatan dibuat dengan mencerap the invention of the telescope, measurements were made by observing penghijaban Bulan ke atas bintang-bintang yang membolehkan perolehan nilai-nilai yang lebih rapat dan lebih jitu untuk ΔT. ΔT terus merosot ia mendatar pada +11±6 s antara 1680 dan 1866.
Selama sekitar tiga dekad hingga tahun 1902, ΔT adalah negatif dan mencapai −6.64 s. Kemudian, ia meningkat ke +63.83 s pada tahun 2000. Ia akan terus meningkat pada kadar yang lebih cepat pada masa depan. Ini akan memerlukan penambahan lebih banyak saat lompat kepada UTC asalkan UTC tidak menyimpang lebih satu saat dari UT1. (Saat SI yang kini digunakan oleh UTC, sudah lebih singkat sedikit ketika diterima guna daripada nilai semasa sesaat waktu suria min.[8])
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.