Yudea
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Yudea[1] atau Yahuda[2] (Bahasa Ibrani: יהודה, Baku Yəhūda Tabariyah Yehūḏā; Yunani: Ἰουδαία , Ioudaía; Latin: Iudaea ) ialah sebuah kawasan pergunungan di Masyrik. Dahulu dikuasai oleh kota Baitulmuqaddis, ia kini sebahagian daripada Palestin dan Israel. Namanya bersejarah dan telah digunakan dari zaman dahulu dan sehingga kini; ia berasal daripada Yehudah, satu nama Ibrani. Yehudah dalam Alkitab ialah anak lelaki Nabi Yaakub, yang kemudiannya dinamakan "Israil" dan semua anak Nabi Yaakub menjadi penghulu Dua Belas Suku Israel. Keturunan Yehudah daripada bani Israel menjadi suku Yehuda, yang kemudiannya menjadi Kerajaan Yehuda. Nama-nama yang serupa terus digunakan di bawah pemerintahan Babylonia (wilayah Yehud), Parsi (wilayah Yehud), Yunani (Kerajaan Hasmonea), dan Rom (Kerajaan Herod dan wilayah Yudea).[3] Di bawah Hasmonea, Herod, dan Rom, nama Yudea digunakan untuk kawasan yang lebih besar daripada kawasan asal Yudea. Pada 132 TM, Yudea sebagai wilayah Rom digabungkan dengan Galilea menjadi wilayah Syria Palaestina yang lebih besar.[4][5][6]
Yudea | |
---|---|
Lokasi | Masyrik Selatan |
Koordinat | 31°40′N 35°00′E |
Sebahagian dari | |
Highest point – elevation | Gunung Hebron 1,020 m atau 3,350 ka |
Geologi | Kawasan |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.