From Wikipedia, the free encyclopedia
Rujukan kehormat ialah frasa yang digunakan untuk merujuk kepada orang-orang kehormat seperti Raja-raja, bangsawan dan orang-orang kenamaan. Ia digunakan secara meluas di Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura dan Selatan Filipina.
Malaysia, Brunei, Singapura dan beberapa Provinsi di Indonesia sering menjalankan istiadat pengurniaan darjah kebesaran yang membawa kepada gelaran kehormat kepada para penerima.
Rencana ini merujuk kepada sistem yang digunakan di Malaysia dan di Brunei sahaja.
Susunan yang betul untuk menulis dan membahasakan secara rasmi adalah: panggilan hormat, pangkat, gelaran turun temurun kerabat diraja, gelaran bangsawan, gelaran Persekutuan, gelaran negeri, kelayakan profesional, gelaran badan profesional, gelaran profesional, gelaran turun temurun bukan kerabat diraja, gelaran bagi mereka yang telah menunaikan Haji, iaitu Haji (gelaran) atau Hajah bagi wanita, nama.[perlu rujukan]
Bagi penerima darjah kebesaran dari pelbagai negeri, gelaran darjah kebesaran digunakan ketika berada di negeri berkenaan. Sebagai contoh Perdana Menteri Malaysia.
Mahiaddin Yasin
Ismail Sabri Yaakob
Terdapat juga gelaran yang digunakan oleh kerabat diraja yang mengatasi gelaran orang kebanyakan. Contohnya Al-Haj digunakan oleh Raja-raja Melayu dan kerabat diraja sebagai tanda kemuliaan bagi menggantikan Haji (gelaran) bagi orang kebanyakan.
Bagi para murabbi atau muallim yang mempunyai kelayakan dalam suatu bidang, mereka akan menggunakan gelaran seperti Al-Hafiz bagi penghafaz Al-Quran, Al-Muqri bagi individu yang mengetahui dan memperolehi kebanyakan bacaan qiraat (sab'ah/'asyarah sughra/'asyarah kubra) secara talaqqi musyafahah dan kemudian mengajarkannya dan Al-Qari bagi individu yang bertalaqqi musyafahah riwayat qiraat, mengetahui ilmu tajwid, waqaf & ibtida', menekuni riwayat tersebut tetapi tidak mengajarkannya.
Panggilan hormat dikategorikan seperti berikut :
Berikut ialah senarai rujukan kehormat berserta penggunaannya:[1][2]
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Terengganu: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu
Kelantan: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan
Kedah: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman
Pahang: Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang (sejak 14 Mac 2024)
Perlis: Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis
Perak: Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
Selangor: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor
Negeri Sembilan: Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
Johor: Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor
Untuk gelaran Raja-raja Permaisuri Melayu di Malaysia yang telah turun takhta dari menjadi Raja Permaisuri sesuatu negeri dan baginda masih hidup. (contoh: Yang Maha Mulia Raja Perempuan, Yang Maha Mulia Raja Permaisuri, Yang Maha Mulia Tengku Ampuan dan Yang Maha Mulia Che Puan Besar). Juga digunakan sebagai gelaran kehormat untuk Pemangku Raja Kelantan.
Pernah digunakan oleh pewaris takhta yang bergelar Tengku Mahkota Pahang.
Untuk pewaris takhta yang bergelar Tengku Mahkota Pahang (sejak 14 Mac 2024)
Untuk pewaris takhta bergelar Raja Muda di Perlis,Kedah,Selangor dan Perak serta Yang di-Pertuan Muda di Terengganu dan Pemangku Raja yang memerintah sesebuah negeri/kerajaan. (biasanya "Duli Yang Teramat Mulia");
Untuk pewaris takhta yang bergelar Tunku Mahkota Johor serta pewaris-pewaris takhta kedua yang bergelar Raja Muda Johor,Raja di-Hilir Perak dan Tunku Mahkota Kedah.
Untuk pewaris takhta yang bergelar Tengku Mahkota Kelantan, Raja-raja Bergelar di Perak, kaum kerabat terdekat Sultan Kedah, dan Undang (luak di Negeri Sembilan).
Untuk keluarga kerabat terdekat Sultan (anak-anak kandung/anak angkat dan adik-beradik serta saudara mara)walaupun di gelar anak angkat, tetapi dikira secara sah di sisi undang-undang dan agama serta anak angkat di gelar kepada anakanda sultan bagi negeri-negeri di malaysia.anak angkat kedudukan nya adalah sama seperti anak kandung sultan, di beri peruntukan khas diraja bulanan sepanjang hayat termasuk isteri, anak-anak dan cucunya dan elaun-elaun khas setiap tahun semasa menyambut ulang tahun kerabat sultan, dan nama keturunan Yang Amat Mulia atau ringkasnya Yang Mulia boleh di turun kepada anak-anak kandung sehingga cucu kandung bagi kerabat-kerabat sultan iaitu anak kandung mahupun anak angkat. Walau pun orang awam melihat seseorang itu adalah anak angkat sultan mahupun anak kandung sultan termasuk isteri dan cucu bagi kerahat diraja, tetapi bahasa istana dan adat budaya wajib menjunjung adab-adab diraja sebagai tanda hormat keatas keluarga diraja dan raja-raja melayu. anak sultan walaupun anak angkat mengikut akta diraja adalah sah sepanjang hayat dan yang telah di benar kan untuk naik singgahsana, tinggal di istana sepanjang hayat bersama isteri dan anak-anak. Yang Amat Mulia juga diguna pakai bagi isteri pasangan Undang. Gelaran rasmi ialah Yang Amat Mulia Tok Puan (ikut luak pasang)
Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia
Untuk di Negeri Sembilan, gelaran itu digunakan oleh Yang Teramat Mulia Dato' Undang Yang Empat di Negeri Sembilan. Yang Teramat Mulia Dato' Undang Yang Empat ini berperanan dalam pemerintahan di luak masing-masing seperti di Luak Johol, Luak Sungei Ujong, Luak Jelebu dan Luak Rembau dan Raja Memerintah bersama bagi Negeri Sembilan sebagaimana Fasal 2 Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan berkenaan Takrif Raja/Pemerintah bagi Negeri Sembilan.
Untuk kerabat diraja yang bergelar (Raja), (Tengku), (Tunku), (Engku), (Ungku), (Syed untuk lelaki dan Sharifah untuk wanita dengan nama belakang Jamalullail untuk Kerabat Diraja' Perlis sahaja) waris Undang di Negeri Sembilan Kebiasaannya paduka anakanda dan cucunda Raja-raja bergelar atau kerabat terdekat.
Gelaran-gelaran berikut adalah untuk baka atau salasilah keturunan hanya diberikan kepada keluarga diraja di sembilan negeri beraja di Malaysia dan keluarga beraja Brunei.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) (Jawi: كباوه دولي يڠ مها موليا) atau Duli Yang Maha Mulia (DYMM) (Jawi: دولي يڠ مها ملويا) digunakan untuk Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan pemerintah Negeri-negeri beraja. Yang di-Pertuan Agong juga menggunakan "Seri Paduka Baginda"(Jawi: سري ڤدوک بݢيندا). Walau bagaimanapun, penggunaan gelaran lain adalah mengikut negeri-negeri.
Berikut ialah gelaran rasmi yang digunakan untuk kerabat diraja Brunei.
Bagi mereka yang berketurunan raja dan telah berkahwin, mereka digelar sebagai Pengiran (Jawi: ڤڠيرن):
Gelaran bagi cucu juga diguna pakai untuk cicit dan piut Sultan. Bagi generasi terkemudian dipanggil dengan Pengiran sahaja.
Seseorang yang berkahwin dengan anggota jauh kerabat diraja akan digelar Pengiran Anak (Jawi: ڤڠيرن انق), dan gelaran akan hilang sekiranya mereka bercerai.
Perempuan yang berketurunan raja yang berkahwin dengan putera digelar Pengiran Isteri (Jawi: ڤڠيرن ايستري).
Perempuan yang bukan berketurunan raja yang berkahwin dengan putera pula digelar Pengiran Bini (Jawi: ڤڠيرن بيني).
Keturunan yang jauh dari keluarga diraja akan digelar Awangku (Jawi: اوڠکو) bagi lelaki dan Dayangku (Jawi: دايڠکو) bagi perempuan[3]
Gelaran-gelaran lain yang kecil ialah Tengku Putera (Jawi: تڠکو ڤوترا) bagi lelaki dan Tengku Puteri (Jawi: تڠکو ڤوتري) bagi perempuan.
Paduka Yang Mulia adalah rujukan kehormat yang digunakan ke atas Pesuruhjaya Tinggi atau Duta Besar yang mewakili negara asing di Malaysia. Ia bagaimanapun dimansuhkan kerana berunsur feudal.
Ia digunakan ke atas ketua kerajaan negara asing atau Pesuruhjaya Tinggi dan Duta Besar dari kalangan wanita yang mewakili negara masing-masing ketika berada di Malaysia.
(Panggilan ini tidak digunakan dalam Dewan Negara/Dewan Rakyat/Dewan Undangan Negeri kepada Menteri Besar, Premier atau Ketua Menteri yang juga adalah Ahli Parlimen/ADUN, sebaliknya YB (nama kawasan Parlimen atau DUN yang diwakili digunakan)).
Pengunaan ketika dalam situasi formal, seperti di dalam mahkamah dan di luar mahkamah).
Untuk dari kalangan yang berketurunan Raja dan Sultan yang pemerintah sebuah Kerajaan atau Kesultanan dan kerabat diraja yang bergelar bangsawan diraja di Malaysia sahaja.
Ketika dalam situasi yang formal seperti di dalam mahkamah dan di luar mahkamah.
Di Malaysia, Yang di-Pertuan Agong menganugerahkan gelaran persekutuan. Sebahagian mungkin membawa gelaran persekutuan yang berikut. Gelaran-gelaran sebegini adalah suatu kehormatan dan bukan keturunan. Gelaran persekutuan mungkin boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong, dan mungkin boleh dikembalikan oleh seorang individu.
Gelaran Tun telah wujud dalam masyarakat Malaysia selama beratus-ratus tahun. Pada zaman dahulu, Tun ialah gelaran kehormat yang digunakan oleh orang bangsawan berketurunan raja, yang diwarisi oleh kaum lelaki. Kini, gelaran Tun telah menjadi gelaran yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada penerima berkelayakkan dan paling berjasa yang telah memberi sumbangan besar kepada negara.
Tun ialah pangkat persekutuan paling kanan yang diberikan kepada penerima sama ada Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) atau Seri Setia Mahkota (SSM). Gelaran untuk isteri Tun adalah Toh Puan. SMN biasanya dianugerahkan kepada Yang di-Pertua Negeri (YDPN) dan bekas Perdana Menteri Malaysia. Penerima gelaran Tun yang bukan pemerintah negeri atau wakil rakyat diberikan gelaran Yang Amat Berbahagia.
Contoh:
Tan Sri ialah pangkat persekutuan paling kanan kedua yang diberikan kepada penerima sama ada Panglima Mangku Negara (PMN) dan Panglima Setia Mahkota (PSM). Isteri bagi Tan Sri adalah Puan Sri. Penerima gelaran Tan Sri yang bukan wakil rakyat digelar Yang Berbahagia.
Contoh:
Datuk ialah gelaran persekutuan yang mula diperkenalkan pada 1965. Ia terhad kepada penerima Panglima Jasa Negara (PJN) dan Panglima Setia Diraja (PSD). Isteri seorang Datuk digelar Datin. Penerima gelaran Datuk yang bukan wakil rakyat digelar Yang Berbahagia.
Contoh:
Gelaran Pehin Sri ialah gelaran yang diperkenalkan oleh Sarawak yang hanya dianugerahkan kepada individu yang pernah dilantik dan ialah bekas Ketua Menteri Sarawak, Perdana Menteri Malaysia, Yang di-Pertua Negeri atau setaraf atau lebih tinggi. Pehin Seri ialah gelaran bagi penerima darjah Satria Bintang Sarawak (SBS).
Contoh:
Seri Setia ialah gelaran baharu yang diperkenalkan oleh Melaka yang hanya dianugerahkan kepada individu yang telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka atau setaraf atau lebih tinggi, yang menerima Darjah Seri Paduka Setia Melaka (SPSM).[5]
Contoh:
Di Malaysia, darjah kebesaran negeri dan Wilayah Persekutuan dikurniakan oleh ketua bagi setiap 13 negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan. Gelaran-gelaran adalah suatu kehormatan dan bukan pewarisan. Gelaran negeri boleh ditarik semula atau digantung oleh ketua negeri atau dipulangkan semula secara perseorangan. Dato' Sri atau Dato' Seri (sesetengah Dato’ dieja dengan Datuk bagi sesetengah negeri) ialah gelaran tertinggi yang diberikan oleh penerima yang telah menyumbang sesuatu kepada negara dan negeri. Isteri penerima gelaran digelar Datin Sri atau Datin Seri.
Senarai Dato' Bergelar Kelantan[6]
Contoh:
Contoh:
Senarai Dato' Kehormat Perak[7]
Contoh:
Tahap Jaksa Pendamai (JP) berada di bawah semua Dato' atau Datuk.
Pehin pula ialah gelaran yang diberikan pada pangkal nama seorang Manteri Berchiri. Sebagai contoh gelaran di Brunei ialah Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Ibrahim, bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei yang kini ialah Penasihat Khas Sultan Brunei.[8][9] Gelaran ini merujuk kepada jawatan tradisional manteri di Brunei.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.