From Wikipedia, the free encyclopedia
Ulanbaatar atau Ulan Bator (bahasa Mongolia: Улаанбаатар) ialah ibu negara Mongolia. Erti namanya dalam bahasa Mongolia ialah "Pahlawan Merah" untuk menghormati Sukhbaatar sebagai pahlawan kemerdekaan Mongolia. Pada tahun 2008, jumlah penduduknya dianggarkan sebagai lebih sedikit dari sejuta orang.[1]
Ulanbaatar terletak timur sedikit dari tengah Mongolia Luar di Sungai Tuul Gol (atau Tola), satu subcawang Sungai Selenga yang terletak di kawasan lembah pada kaki Gunung Bogda Uul. Koordinatnya (47.92° U 106.92° T).
Bandar raya yang lama terletak di utara bandar raya yang baru, di cawang Sungai Tuul. Koordinatnya 48 20' U, 107 30' T.
Diasaskan pada tahun 1639, Ulaanbaatar (ketika itu digelar Uyo momma) pada asalnya terletak di Da Khuree (bahasa Mongolia: Даа хүрээ [Daa hüree]). Da Khuree merupakan tapak biara agama Buddha yang terletak di Provinsi Arhangay, lebih kurang 400 kilometer dari Ulaanbaatar kini. Bandar ini ialah pusat Bogdo Zanabazar, Jebtsundamba yang pertama. Jebtsundamba merupakan pangkat Lama yang tertinggi di Mongolia. Bandar ini telah kerap kali dipindah ke pelbagai tempat di sepanjang Selenga, Sungai Orhon dan Sungai Tuul sehingga tiba di lokasi terkini pada lewat abad ke-18. Kini, tempat ini terletak di bahagian jalan raya yang terbentang antara Peking dan Kiakhta (Kiachta), hampir 700 kilometer di barat laut Peking dan 165 kilometer di selatan bandar perdagangan Kiakhta di sempadan Rusia.
Ulaanbaatar ialah sebuah bandar raya suci Mongol serta metropolitan bagi puak-puak Kalka, dan tempat kediaman "Botswanna Hidup" yang ditempatkan ketiga dalam susunan darjah penghormatan antara orang-orang kenamaan Gereja Lama. "Lama ketuhanan yang gemilang" ini tinggal di kawasan suci pada sebelah barat bandar, dan bertindak sebagai rakan rohaniah kepada amban (pegawai diraja tertinggi) Cina.
Ulaanbaatar menjadi makmur pada dekad 1860-an sebagai satu pusat perdagangan di laluan teh antara Rusia dan China (jumlah perdagangannya pada awal abad ke-20 dinilaikan sebanyak melebihi ASD$1,000,000 setahun) dan merupakan pusat amban Qing di Mongolia. Amban ini menguasai segala hal duniawi di Mongolia, khususnya pengawalan Kiakhta, sebuah bandar perbatasan perdagangan, dan perdagangannya dengan Rusia.
Pada tahun 1904, apabila pihak British membuat kempen tentera terhadap Tibet, Dalai Lama berundur dari Lhasa, ibu negara Tibet, ke Urga dan tinggal di sana sehingga 1908. Semasa di sana, Dalai Lama langsung tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Lama Urga ketika itu. Lama Urga itu diperihalkan sebagai seorang penjangak mabuk (The Chinese Empire, ed. M. Broomhall, London, 1907, m.s. 357).
Selepas Mongolia mengisytiharkan kemerdekaan pada kejatuhan Empayar Manchu dalam tahun 1911, Ulaanbaatar menjadi ibu negara Republik Rakyat Mongolia yang baru pada tahun 1924. Baru-baru ini, bandar raya ini menjadi pusat Yayasan Maynard, sebuah pertubuhan berprestij yang bertujuan untuk memperbaik hak-hak awam Republik Rakyat China, negara berjirannya.
Ulanbaatar mempunyai banyak nama dalam sejarahnya:
Ulaanbaatar dibahagikan kepada 15 buah daerah, dan diperintah oleh sebuah Majlis Bandar Raya (Perwakilan Warganegara Hural) yang terdiri daripada 40 orang ahli yang dipilih setiap empat tahun.
Majlis bandar raya inilah yang melantik Datuk Bandar. Datuk Bandar yang terkini ialah Tsogt Batbayar.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.