From Wikipedia, the free encyclopedia
Teruntum putih atau beluntas (nama botani: Lumnitzera racemosa)[3]:10[4][5][6] adalah sejenis pokok teruntum yang terdapat di kawasan tepi paya bakau tropika. Taburannya terbentang dari Polinesia dan timur laut Australia melalui Asia Selatan hingga ke selatan Tanah besar China dan Asia Tenggara sehingga Madagaskar dan pinggir laut Afrika Timur. Di Asia Tenggara, spesies ini hampir tidak ditemukan sepanjang pesisiran pantai yang menghadap ke Lautan Hindi.[7]
Teruntum putih | |
---|---|
Pokok teruntum putih yang berbunga di Kung Krabaen, wilayah Chanthaburi, Thailand | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | Combretaceae |
Genus: | |
Spesies: | L. racemosa |
Nama binomial | |
Lumnitzera racemosa | |
Sinonim | |
Senarai
|
Spesies ini boleh dikenalpasti daripada pokok teruntum lain dengan bunga yang berwarna putih.[8]:587
Tumbuhan ini juga dikenali dengan nama-nama setempat rantau Nusantara lain antaranya:[4]
Pokok teruntum putih boleh tahan kandungan garam tanah yang tinggi berbanding pokok teruntum merah.[5] Ia tumbuh sehingga tinggi 8–9 meter. Kulitnya merekah dan berwarna perang kemerahan, ia mengandungi 15-19% tanin tetapi kayunya tidak mempunyai begitu banyak. Ranting-ranting yang muda kemerahan atau abu-abu, kadang-kadang sedikit berambut, bulu-bulunya gugur apabila pokok tumbuh menua.[7]
Daun-daunnya berkumpul di hujung ranting dengan tangkai pendek yang berukuran hingga 10 milimeter. Helai daunnya berbentuk bujur seperti telur dengan ukuran 2–10 × 1–2.5 sm, hujungnya melengkung dan bergerigi dengan sedikit lekukan. Permukaan helai daun licin dan keras tetapi ia sedikit tebal.[7]
Pokok teruntum putih menumbuhkan bunga jantan dan betina di ketiak daun sebanyak 5 kuntum dalam satu jambak, setiap kuntum bunga berukuran 2–7 sm panjang dengan kelopak berwarna putih, berbau agak harum dan sarat nektar yang menjadi tarikan serangga. Tabung kelopak agak gepeng dan memanjang, lk. 6–8 mm, hijau muda, di pangkalnya dilindungi sepasang anak daun bentuk bundar telur melebar 1.5 mm; taju kelopak melebar, tinggi lk. 1 mm, kadang-kadang dengan kelenjar di hujungnya. Taju mahkota bentuk jorong, 4 × 2 mm, putih. Kuntum bunga mempunyai benang sari 10 helai yang sama banyak dengan kelopak bunga, ukuran semua benang ini sama atau sedikit lebih panjang.[7][8]:587
Buahnya 10–12 × 3–4 mm yang keras dan penuh serat teradaptasi mengapung atas air lautan.[7]
Cecair torehan batang pokok ini telah dilaporkan digunakan untuk rawatan herpes serta rasa gatal. Analisa kimia menunjukkan bahawa pokok ini mengandungi banyak sebatian, termasuk alkohol polisoprenoid di dalam daunnya, serta flavonoid, asid lemak rantai panjang, dan karbohidrat berat molekul rendah.
Kayunya berat dan keras, kuat serta awet. Cocok digunakan sebagai konstruksi bangunan, jembatan, kapal, dan perabotan rumah tangga.[7] Akan tetapi kayu ini jarang didapat dan ukurannya kecil-kecil, batang bebas cabang jarang melebihi 5 m, sementara batang yang tua acap bergeronggang.[4] Kayu teruntum juga merupakan kayu bakar yang baik.[4] Pepagannya kadang-kadang digunakan sebagai bahan penyamak.[7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.