Herpes
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Herpes ataupun Herpes Genital ialah sejenis penyakit kelamin yang disebabkan oleh virus simpleks herpes (HSV)[1], sejenis virus yang menjangkiti mulut, kulit, termasuklah organ pembiakan. Virus ini menyebabkan kulit melepuh dan sakit-sakit. Ia masih tidak dapat diubati tetapi dapat dikawal.
Remove ads
Penyebaran
Kebanyakan penyakit herpes disebabkan oleh HSV 1 dan HSV 2. HSV 1 disebar melalui:
- Berkongsi perkakas makan
- Bercium dengan mereka yang mengalami ulser(cold sore)
HSV 2 pula disebar melalui hubungan seks.
Virus ini boleh disebarkan kepada orang lain walaupun tiada ulser di bahagian kemaluan.
Tanda atau gejala herpes
- Gejala timbul antara 3 sampai 10 hari setelah berhubungan intim dengan penderita penyakit ini
- Gejala awal muncul seperti lecet yang kemudian terbuka menjadi lubang kecil dan berair. Dalam 5 sampai 10 hari gejala hilang
- Virus menetap dalam tubuh dan dapat timbul lagi pada bila-bila masa
- Wanita kerap kali tidak sedar bahawa ia dijangkiti herpes karena lecet terjadi di dalam vagina
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
