Ahli politik Jepun From Wikipedia, the free encyclopedia
Tarō Asō (麻生 太郎 , Asō Tarō, lahir 20 September 1940) ialah seorang ahli politik dari Jepun yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan negara tersebut sehingga Oktober 2021. Beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri Jepun ke-94 dari September 2008 hingga September tahun yang berikutnya setelah beliau dikalahkan dalam pilihan raya umum Jepun pada Ogos tahun tersebut.
Taro Aso | |
---|---|
Timbalan Perdana Menteri Jepun | |
Dalam jawatan 26 Disember 2012 – 4 Oktober 2021 | |
Perdana Menteri | Shinzō Abe Yoshihide Suga |
Didahului oleh | Katsuya Okada |
Digantikan oleh | Tiada |
Perdana Menteri Jepun | |
Dalam jawatan 24 September 2008 – 16 September 2009 | |
Raja | Akihito |
Didahului oleh | Yasuo Fukuda |
Digantikan oleh | Yukio Hatoyama |
Menteri Hal-Ehwal Luar Negeri | |
Dalam jawatan 31 Oktober 2005 – 27 Ogos 2007 | |
Perdana Menteri | Junichiro Koizumi Shinzō Abe |
Didahului oleh | Nobutaka Machimura |
Digantikan oleh | Nobutaka Machimura |
Menteri Hal-Ehwal Dalaman dan Komunikasi | |
Dalam jawatan 22 September 2003 – 31 Oktober 2005 | |
Perdana Menteri | Junichiro Koizumi |
Didahului oleh | Toranosuke Katayama |
Digantikan oleh | Heizō Takenaka |
Menteri Ekonomi dan Polisi Kewangan | |
Dalam jawatan 23 Januari 2001 – 26 April 2001 | |
Perdana Menteri | Yoshirō Mori |
Didahului oleh | Fukushiro Nukaga |
Digantikan oleh | Heizō Takenaka |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Iizuka, wilayah Fukuoka | 20 September 1940
Parti politik | Parti Demokratik Liberal (LDP) |
Pasangan | Chikako Suzuki |
Pertalian | Lihat: Salasilah keluarga |
Pekerjaan | Ahli perniagaan, ahli politik |
Laman web | Laman rasmi |
Beliau telah berkhidmat dalam Dewan Perwakilan Jepun sejak tahun 1979. Beliau merupakan Menteri Hal-Ehwal Luar Negeri dari tahun 2005 hingga 2007, dan merupakan Setiausaha Am[1] Parti Liberal Demokrat (LDP) dalam tempih yang singkat pada 2007 dan 2008. Beliau dinaikkan pangkat menjadi Presiden[1] parti tersebut dari tahun 2008 hingga 2009 di mana beliau digantikan oleh, Sadakazu Tanigaki pada 28 September 2009.
Taro Aso berumur 68 tahun , lahir pada 20 September 1940 di Iizuka, Fukuoka. Taro Aso berugama Roman Katolik. Bapanya Takakichi Aso, merupakan pengerusi syarikat Aso Cement Company dan mempunyai hubungan yang intim dengan Perdana Menteri Jepun, Kakuei Tanaka. Ibunya pula anak perempuan kepada Perdana Menteri Jepun, Shigeru Yoshida. Taro Aso juga cucu kepada Toshimichi Okubo . Isteri Taro Aso pula anak ketiga kepada Perdana Menteri Jepun, Zenko Suzuki. Adiknya Nabuko berkahwin dengan Putera Tomohito dari Mikasa, sepupu Maharaja Akihito.
Taro Aso belajar ekonomi dan politik di Universiti Gakushuin. Kemudian belajar di Universiti Stanford , Amerika Syarikat dan dibimbangi cenderung berbudaya Amerika / Barat. Kemudian beliau belajar di Sekolah Ekonomi London.
Beliau pernah bekerja dalam lombong permata di Sierra Leone, Afrika. Ketika perang saudara di Sierra Lieone, Taro Aso kembali ke Jepun. Aso bekerja dalam syarikat bapanya pada 1966 dan menjadi presiden syarikat dari 1973-1979.
Pada Oktober 1979, Taro Aso terpilih dalam Dewan perwakilan Jepun dan sejak itu terpilih 8 kali. Pada 1988 beliau menjadi Timbalan Menteri Pelajaran di Parlimen.
Beliau menjadi Menteri Dalam Negeri , Pos dan Telekomunikasi semasa Perdana Menteri Junichiro Koizumi yang berkuasa pada 2003. Pada 31 Oktober 2005, beliau menjadi Menteri Luar Negeri. Beliau menyertai kelab elit iaitu Kono Group - caucus LDP yang dipimpin oleh Yohei Kono.
Pada 2006 sepatutnya Taro Aso menggantikan Koizumi sebagai Perdana Menteri Jepun. Tetapi ditewaskan oleh Shinzo Abe . Shinzo Abe dilihat lebih moderat berbanding dengan Aso yang konservatif.
Pada 14 September 2007, apabila Shinzo Abe mengumumkan meletak jawatan, Taro Aso mengumumkan akan bertanding jawatan perdana menteri. Tetapi Yasuo Fukuda mendahuluinya kerana lebih 'dovish' dan disokong pula oleh Nobutaka Machimura, Fukushiro Nukaga dan Koizumi.
Pada 1 Ogos 2008, Fukuda melantik Taro Aso sebagai Setiausaha Agung LDP . Apabila Fukuda meletak jawatan, Taro dipilih menjadi Presiden LDP pada 22 September 2008. Beliau menerima 351 undi dari keseluruhan 527 undi. Saingan beliau ,Kouru Yasano mendapat 66 undi . Yuriko Koike mendapat 46 undi.
Pada 24 September 2008, beliau dilantik menjadi Perdana Menteri ke-92 selepas dilantik oleh Dewan Rakyat Jepun. Dewan Tertinggi Parlimen Jepun dikuasai oleh pembangkang dan pembangkang memilih Ichiro Ozawa. Taro Aso mendapat 337 undi sementara Ichiro Ozawa mendapat 117 undi.
Beliau disukai oleh golongan muda kerana ucapan selamba / bersahaja dan minat budaya pop Jepun.
Ketika belajar di Universiti Stanford, keluarganya mengirim majalah Manga - sejenis buku komik kartun yang agak panjang . Beliau membaca 10 ke 20 majalah Manga setiap minggu. Pada 2007, ketika menjadi Menteri luar Negeri, Taro Aso memperkenalkan Anugerah Manga Antarabangsa kepada pelukis komik Manga yang bukan berbangsa Jepun. [2]
Ōkubo Toshimichi | Mishima Michitsune | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Makino Nobuaki | Mineko | Takichi Aso | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Yukiko | Shigeru Yoshida | Taro Aso | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kenichi Yoshida | Kazuko | Takakichi Aso | Zenko Suzuki | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Prince of Mikasa | Princess of Mikasa | Taro Aso | Chikako | Shunichi Suzuki | |||||||||||||||||||||||||||||||||
Princess Akiko | Princess Yōko | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Taro Aso memperolehi 351 dari 525 undi dalam pemilihan ahli Parlimen LDP dan perwakilan parti cawangan tempatan.
Saingan beliau ialah Menteri ekonomi Jepun, Kaoru Yosano hanya mendapat 65 undi. Manakala Menteri Pertahanan Jepun, Yuriko Kaoke hanya mendapat 46 undi , hanya kerana beliau wanita pertama Jepun. Nobuteru Ishihara mendapat 37 undi . Sementara Shigeru Ishiba mendapat 25 undi.
Sebagai strategi memperkukuhkan LDP, Taro Aso akan melantik Yoriko Koike dalam kabinetnya nanti, Taro juka akan melantik pencabar-pencabarnya dalam jawatan penting kabinet. Harapan beliau agar semua bersatu di bawah kepimpinannya nanti.
Beliau dijangka lebih tegas berhubung dasar luar terutama berhubung kedaulatan dan kemajuan kuasa ekonomi dan pasaran China.
Taro Aso merupakan tokoh yang konservatif yang menyokong perbelajaan kerajaan memulihkan ekonomi negara terbesar Asia itu. Taro pernah 3 kali tewas dalam pemilihan Perdana Menteri Jepun. Mulanya ramai ahli ekonomi Jepun tidak setuju campur tangan kerajaan dalam perjalanan ekonomi negara. Mereka lebih senang dengan ekonomi bebas, yang bergantung penuh kepada kuasa pasaran - permintaan dan penawaran . Perbelanjaan kerajaan akan membazirkan wang cukai rakyat dan mendedahkan kepada ketidaktentuan ekonomi.
Tetapi Menteri Ekonomi , Kaoru Yasano mahu belanjawan berimbang menjelang 2012 bagi mengurangkan saiz hutang Jepun. Sehingga 2008, hutang Jepun sepatuh daripada Keluaran Dalam Negara Kasar Jepun itu sendiri.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.