Akihito
From Wikipedia, the free encyclopedia
Akihito (明仁, Japanese: [akiçito]; diputerakan 23 Disember 1933) bertakhta sebagai Maharaja Jepun ke-125 (menurut perturunan takhta diraja baginda) dari 7 Januari 1989 sehingga baginda turun takhta pada 30 April 2019; zaman pemerintahan baginda digelar zaman Heisei. Baginda naik takhta kerajaan Jepun susulan kemangkatan paduka ayahanda baginda, Maharaja Hirohito. Baginda menyerahkan takhta baginda pada 1 Mei 2019 kepada paduka putera sulung baginda, Naruhito kerana usianya yang lanjut dan kegeringan.[1]
![]() | Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Jepun. (Januari 2019)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
![]() | Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Inggeris. (September 2017)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Akihito | |||||
---|---|---|---|---|---|
![]() Akihito pada April 2014 | |||||
Maharaja Jepun | |||||
Pemerintahan | 7 Januari 1989 – 30 April 2019 | ||||
Kemahkotaan | 12 November 1990 | ||||
Diikuti oleh | Putera Mahkota Naruhito | ||||
Keputeraan | Istana Maharaja Tokyo, Bandar Tokyo, Wilayah Tokyo, Jepun | 23 Disember 1933||||
Pasangan | Maharani Michiko | ||||
Anakanda | Putera Mahkota Naruhito Puteri Akishino Puteri Nori | ||||
| |||||
Kerabat | Kerabat diraja Jepun | ||||
Ayahanda | Shōwa | ||||
Bonda | Kōjun | ||||
Agama | Shinto | ||||
Tandatangan | ![]() |
Kini, baginda mendapat gelaran khas dikurniakan kerajaan baginda iaitu "Atimaharaja" ( 上皇 jōkō[2]).
Biografi
Maharaja Akihito diputerakan di Istana Maharaja Tokyo, Tokyo, Jepun dan merupakan paduka putera sulung dan juga paduka anakanda yang kelima kepada Maharaja Showa (Hirohito) dan Maharani Kojun (Nagako). Bergelar Tsugo no miya ((継宮); Putera Tsugo) semasa kanak-kanak, baginda dibesarkan dan diajar oleh guru persendirian dan kemudian menghadiri Sekolah Rendah Lelaki "Boy's Elementary" dan Jabatan Menengah "Secondary Departments" ketika itu, Peers' School (Gakushuin selepas 1947), 1940-52. Baginda dipisahkan dari ahli kaum kerabat baginda pada usia tiga tahun.
Ketika pengeboman ke atas bandar Tokyo oleh pihak Amerika pada bulan Mac 1945, baginda serta saudara mudanya, Putera Masahito (sekarang Putera Hitachi), dipindahkan dari Tokyo. Ketika pendudukan Amerika selepas Perang Dunia II, Putera Mahkota Akihito diajar dalam Bahasa Inggeris oleh Elizabeth Gray Vining. Putera Mahkota Akihito menuntut sebentar di Jabatan Sains Politik di Universiti Gakushuin di Tokyo tetapi tidak menerima ijazah. Walaupun baginda merupakan putera mahkota kepada Takhta Bunga Kekwa dari 23 Disember 1933, perlantikan rasmi sebagai Putera Mahkota (Rittaishi no Rei) hanya berlansung pada 10 November 1951 di Istana Diraja.
Pada bulan Jun 1953, Putera Mahkota Akihito mewakili Jepun di upacara pertabalan Ratu Elizabeth II dari United Kingdom. Pada 10 April 1959, baginda berkahwin dengan Michiko (lahir 24 Oktober 1934), anak perempuan sulung Shoda Hidesaburo, presiden dan pengerusi kehormat Kilang Pengisar Tepung Nisshin. Perkahwinan tersebut memecahkan tradisi diraja kerana Shoda Michiko merupakan orang awam pertama yang berkahwin dengan kerabat diraja. Putera Mahkota Akihito menaiki takhta selepas kemangkatan paduka ayahandanya pada 7 Januari 1989 dan secara rasmi menjadi maharaja Jepun yang ke-125 pada 12 November 1990.
Semenjak menaiki takhta, baginda berusaha untuk mendekati keluarga Maharaja dengan penduduk Jepun. Baginda dan Maharani telah berkenan membuat lawatan rasmi mencemar duli ke 18 negara, termasuk juga 47 wilayah (prefectures) di Jepun. Maharaja Akihito dan Maharani Michiko mempunyai tiga paduka anakanda: Putera Mahkota Naruhito (diputerakan 23 Februari 1960), Puteri Akishino (Fumihito, diputerakan 11 November 1965) dan Puteri Sayako (gelaran, Nori no miya, atau Puteri Nori, diputerakan 18 April 1969).
Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang
Terasul dan gelaran
- 23 Disember 1933 – 10 November 1952: Yang Teramat Mulia Putera Tsugu
- 10 November 1952 – 7 Januari 1989: Duli Yang Teramat Mulia Putera Mahkota
- 7 January 1989 – 30 April 2019: Kebawah Duli Yang Maha Mulia (Seri Paduka Baginda) Maharaja
- 1 Mei 2019- kini: Kebawah Duli Yang Maha Mulia(Seri Paduka Baginda) Maharaja Emeritus
Jikalau penurunan takhta berlangsung seperti yang dijangkakan, gelaran Maharaja Akihito akan jadi "Daijō Tennō", atau "Jōkō" secara ringkas.
Kurniaan
- Kurniaan kebangsaan
Kalung Raya Darjah Raya Bunga Kekwa
Kalung Raya Darjah Matahari Terbit Berbunga Paulownia (dinamakan semula sebagai Kalung Raya Darjah Bunga Paulownia dari tahun 2003)
Kalung Raya Darjah Khazanah Suci
Darjah Budaya (Jepun)
Pingat Emas Merit Palang Merah Jepun
Pingat Emas Ahli Kehormat Palang Merah Jepun
- Kurniaan asing
Negara | Anugerah |
---|---|
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() ![]() ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() ![]() ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() ![]() ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
- FR Yugoslavia berpisah menjadi Serbia dan Montenegro.
- Zaire kini dikenali sebagai Republik Demokratik Congo
- Anugerah lain
- The Royal Society King Charles II Medal
- Golden Pheasant Award Persekutuan Pengakap Jepun (1971)[20]
Lambang

Keturunan
Keturunan nasab ayahanda
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.