ulama dan ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Ustaz Dato' Haji Taib Azamudden Mohd Taib (Jawi: طيب عزام الدين بن محمد طيب) ialah seorang agamawan dan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Baling, Kedah bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS[1][2]. Beliau juga merupakan mantan Imam Besar Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Ustaz Dato' Haji Taib Azamudden Mohd Taib DSDK (Kedah); JBS (Sarawak), AMN | |
---|---|
Ahli Majlis Syura Ulamak PAS | |
Memegang jawatan 2015 | |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Baling | |
Dalam jawatan 2008 – 2013 | |
Didahului oleh | Mashitah Ibrahim |
Digantikan oleh | Abdul Azeez Abdul Rahim |
Dalam jawatan 1999 – 2004 | |
Didahului oleh | Raja Ariffin Raja Sulaiman |
Digantikan oleh | Mashitah Ibrahim |
Imam Besar Masjid Negara ke-8 | |
Dalam jawatan 1993 – 1999 | |
Didahului oleh | Arifin Harun |
Digantikan oleh | Abdul Jalil Sindring @ Perangreng (Memangku hingga 2001) |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 19 Oktober 1951
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Anak-anak | Afnan Hamimi Taib Azamudden Akram Ikrami Taib Azamudden |
Kediaman | Baling, Kedah |
Pekerjaan | Ahli politik |
Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti al-Azhar, Mesir pada tahun 1987 dan Ijazah Sarjana Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 1989.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999, beliau telah bertanding dalam kawasan parlimen Baling, Kedah mewakili parti PAS. Beliau menang dengan 21468 undi. Sementara calon Barisan Nasional mendapat 20074 undi. Tetapi dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 beliau tewas kepada seorang ustazah, Dato' Dr Mashitah Binti Ibrahim.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Abd. Azeez Abdul Rahim dengan majoriti sebanyak 7,613 undi. Beliau memperolehi 36,074 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 28,461 undi.
Tahun | Pakatan Rakyat | Undi | % | Barisan Nasional | Undi | % | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | Taib Azamudden Md Taib (PAS) | 21,468 | 50% | Bahador Shah Md Isa (UMNO) | 20,074 | 47% | ||
2004 | Taib Azamudden Md Taib (PAS) | 28,432 | 46% | Mashitah Ibrahim (UMNO) | 32,661 | 53% | ||
2008 | Taib Azamudden Md Taib (PAS) | 36,074 | 55% | Abdul Azeez Abdul Rahim (UMNO) | 28,461 | 43% |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.