Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sultan Mahmud Riayat Shah III (24 Mac 1756 - 12 Januari 1811 [catatan 1]) atau nama panjang baginda Paduka Sri al-Wakil al-Imam Sultan Mahmud Riayat Syah Zilullah fil-Alam Khalifat ul-Muminin ibni al-Marhum Sultan Abdul Jalil Syah merupakan sultan Johor-Riau-Lingga ke-16 pada 1761-1812 Masihi.
Sultan Mahmud Riayat Syah III (Mahmud Syah III) محمود شاه | |
---|---|
Sultan Johor XV | |
Fail:- | |
Sultan Johor XV (Bendahara V) | |
Pemerintahan | Januari 1770 – 1811 |
Kemahkotaan | February 1770 |
Didahului oleh | Sultan Ahmad Riayat Shah |
Diikuti oleh | Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah (Sultan Johor & Riau-Lingga) Sultan Ahmad Hussein Muazzam Shah (Sultan Johor & Sultan Pahang) |
Keputeraan | 24 Mac 1756 Kota Tanjung Pinang, Riau |
Kemangkatan | 12 Januari 1811 54) Daik, Lingga, Empayar Johor | (umur
Pemakaman | - Masjid Sultan Lingga, Daik, Lingga, Lingga Kepulauan Riau |
Pasangan | lihat di bawah |
Anakanda | Hussain Shah dari Johor Abdul Rahman Muazzam Shah dari Lingga |
Kerabat | kerabat diraja Johor |
Wangsa | Bendahara Johor |
Ayahanda | Abdul Jalil Muazzam Syah dari Johor |
Bonda | Tengku Puteh binti Daeng Chelak |
Agama | Sunni Islam |
Pekerjaan | - |
Tandatangan | Tandatangan Sultan Mahmud Riayat Syah III (Mahmud Syah III) محمود شاه |
Mahmud Syah III diputerakan pada tarikh bersamaan 24 Mac 1756; kepada Sultan Abdul Jalil Muazzam Syah dengan isteri keduanya, Tengku Puteh binti Daeng Chelak.[1] Baginda merupakan putera bongsu di mana baginda merupakan adinda kepada Ahmad Riayat Syah (berkuasa dari tahun 1761-1770).[2]
Mahmud Syah III naik takhta pada usia sekitar 14 tahun menggantikan kakandanya, Ahmad Riayat Syah]] (1752-1770, naik takhta pada bulan Februari 1761 saat berusia 9 tahun).[1][3] Pelantikan Mahmud Syah III sebagai sultan digambarkan dalam Tuhfat al-Nafis dengan suasana yang sangat meriahL babginda a digendong menuju kursi kebesaran Kesultanan Johor-Pahang-Riau-Lingga oleh seorang Bugis yang bernama To Kubu.[2] Sambil itu juga, Yang Dipertuan Muda Daeng Kemboja diceritakan terlibat dengan meriba Raja Mahmud. Semasa pelantikan ini, Daeng Kemboja berucap yang maksudnya, "Barang diketahui kiranya oleh suku-suku sebelah Melayu dan Bugis, bahawa sesungguhnya Raja Mahmud inilah Raja Johor dan segala daerah takluknya yang dilantik oleh Bugis sebagaimana melantik nendanya Sultan Sulaiman, iapun demikian jualah. Maka barang siapa yang tiada mematuhi aturan ini, maka pada hari dan waktu inilah kita berhabis-habisan." Daeng Kemboja menghunus pedangnya. Dan tidak ada seorang pun yang hadir berani membantah keinginan Daeng Kemboja. Lalu Raja Mahmud pun dilantik menjadi Yang Dipertuan Besar atau Sultan Johor-Riau-Lingga-Pahang. Oleh kerana baginda masih bayi, maka pemerintahannya dipangku oleh Yamtuan Muda Daeng Kemboja dengan dibantu oleh penolongnya Raja Haji.
Daeng Kemboja menunjukkan kekuatan melantik Raja Mahmud sebagai Sultan kerana wujudnya perebutan kuasa antara pembesar Bugis dengan pembesar Melayu. Pembesar Melayu mahukan salah seorang daripada saudara-saudara Al Marhum Sultan Abdul Jalil (Raja di Baroh), sama ada Tengku Abdul Kadir atau Tengku Buang, dilantik Sultan. Sedangkan pembesar Bugis yang dipimpin Yamtuan Muda Daeng Kemboja mahukan adinda Al Marhum Sultan Ahmad Riayat Shah yang baru mangkat, iaitu Raja Mahmud. Sejak pelantikan Mahmud Syah III sebagai Sultan, pihak Bugis dan Melayu sepakat untuk mengakui Mahmud Syah III sebagai Raja Johor-Riau-Lingga yang harus disegani.[4]
Pada awal masa pemerintahannya, jabatan Yang Dipertuan Muda dipegang oleh kepala suku Bugis yang kuat, Daeng Kemboja (menjabat 1745-1777).[5] Baru pada tahun 1777 jabatannya digantikan oleh Raja Haji Fisabilillah (menjabat 1777-1784).[2]
Pada bulan Ogos 1784, tentera Belanda mulai menyerang pusat pemerintahan Johor di Hulu Riau. Kemudian pada Oktober 1784, kapal Utrecht dan 6 buah kapal perang yang dipimpin oleh laksamana Jacob Pieter van Braam datang menyerang Riau. Pertempuran meletus antara Johor dan Belanda di Hulu Riau yang berakhir dengan kemenangan Belanda atas Johor. Yamtuan Muda Raja Ali (pengganti Raja Haji Fisabilillah yang syahid di Teluk Ketapang) kemudian meninggalkan Pulau Bintan ke Sukadana.[6] Sultan Mahmud yang berada di Riau kemudian menandatangani perjanjian dengan VOC di kapal Utrecht pada tanggal 10 November 1784.[7]
Di antara isi perjanjian tersebut mencatatkan bahawa pelabuhan Riau menjadi milik Belanda,[6] menyerukan berakhirnya monopoli Bugis di atas kantor Yamtuan Muda, hingga melarang orang Bugis lainnya untuk memegang jabatan di pemerintahan Johor.[7]
Pada bulan Jun 1785, Belanda mengirim David Ruhde ke Hulu Riau untuk memegang jabatan Residen Belanda. Kehadiran Belanda di Riau-Lingga tersebut tidak disenangi oleh baginda sultan.[6] Baginda kemudian secara diam-diam mengirim utusannya, Encik Talib, ke Tempasuk jauh di Sabah di mana bantuan dipinta kepada Raja Tempasuk, Raja Ismail asal Johor untuk memerangi Belanda di Riau-Lingga. Raja Tempasuk mengirim tiga anaknya (Raja Tebuk, Raja Alam, dan Raja Muda Umak) serta Datuk Sikolo, dengan Raja Ismail sebagai panglima besarnya.[8]
Pada tanggal 13 Mei 1787, pasukan Sultan Mahmud (beserta pasukan Raja Ismail dari Tempasuk) menyusup ke selatan Terusan Riau melalui Penyengat dan Senggarang. Saat malam tiba, pasukan Sultan mulai menampakkan diri dari benteng kecil di bukit, kemudian maju dari arah gunung merapat ke kapal besar yang mengangkut barang dagangan sehingga pertempuran tidak terelakkan lagi.[9][10] Sultan Mahmud pura-pura membantu Belanda dalam usaha mereka cuba menepis serangan "lanun-lanun" Tempasuk, tetapi meriam yang digunakan untuk menyerang mereka didapati tidak berpeluru. Oleh itu, pihak baginda sultan mengambil peluang dari kekeliruan ini menggempur dan menghabisi satu garnisoen Belanda di Hulu Riau. Bantuan ini berhasil mengalahkan Belanda di Kota Tanjung Pinang, Riau-Lingga pada bulan Mei 1787; banyak pasukan Belanda terpaksa meninggalkan kota itu dengan tangan kosong melarikan diri ke Melaka termasuk residen Belanda Hulu Riau, David Ruhde.[10] Tentang peristiwa tersebut, Raja Ali Haji menguncinya di dalam Tuhfat al-Nafis:[11]
“ | Seekor Holanda pun tiada lagi tinggal dalam Negeri Riau setelah diserang pasukan Sultan Mahmud Riayat Syah itu. | ” |
Rasa kekhuatiran dengan barangkalinya Belanda datang semula untuk menyerang balas menyebabkan Sultan Mahmud beserta para pembesar baginda berangkat meninggalkan Kota Tanjung Pinang menuju Pulau Lingga di mana baginda menitahkan agar pusat pemerintahan baru dibangunkan di tempat baru ini; kawasan ini dipilih kerana kedudukan strategiknya dikelilingi pulau-pulau kecil dan bukit-bukau.[12]:137-140 Sejumlah 200 perahu mengiringi baginda ke Pulau Lingga. Sementara itu, Bendahara Abdul Majid yang ketika itu masih berada di Kepulauan Riau (Kota Tanjung Pinang) bertolak meninggalkan tempat itu bersama 150 buah perahu pulang ke Pahang. Setelah itu, ramailah orang-orang Melayu meninggalkan Riau menuju Bulang, Selangor, Terengganu, Kalimantan dan pulau-pulau lain di daerah Riau. Yang tinggal hanya orang-orang Cina yang bekerja di ladang gambir dan lada hitam. Kebanyakan ladang yang ditinggalkan oleh tuan punya yang terdiri daripada orang Melayu dan Bugis diambil alih oleh orang-orang Cina. Sejak itu semakin ramailah orang Cina tinggal di pulau itu.
Tidak lama kemudian orang Belanda datang semula ke Kota Tanjung Pinang untuk memperkuatkan semula pertahanan mereka. Kompeni Belanda menempatkan 312 orang tenteranya. Belanda berpendapat jika mereka tidak menguasai Kepulauan Riau (Kota Tanjung Pinang), kedudukan mereka akan terancam, tambahan pula ketika itu Inggeris telah membuka Pulau Pinang pada 1786.
Pada tahun 1795, Inggeris yang mentadbir Melaka bagi pihak Belanda semasa Perang Napoleon telah mengembalikan semula semua wilayah takluk Sultan Mahmud seperti Riau, Johor dan Pahang kepada Baginda.
Sultan Mahmud membuka Lingga dan menjadikannya pusat pemerintahan Riau-Johor-Lingga-Pahang. Namun akhirnya dengan campur tangan penjajah dan musuh-musuh politik dalaman maka akhirnya pusat kesultanan di Lingga mengecil hanya untuk berkuasa di Riau-Lingga sahaja di bawah naungan kuasa Belanda, manakala Johor-Pahang bernaung pula di bawah kuasa Inggeris. Akibat daripada perpecahan itu juga, pentadbiran kerajaan Riau-Johor-Lingga dibahagi kepada tiga negeri dan diperintah oleh pemerintah yang berlainan, iaitu Singapura diperintah Bendahara, Riau diperintah Yamtuan Muda dan Lingga diperintah Sultan.
Sultan Mahmud Shah III tetap bersemayam di Lingga dan mangkat pada 12 Januari 1812, setelah bertakhta selama 50 tahun. Baginda digantikan oleh Tengku Abdul Rahman dan Tengku long Hussein.
Berkat peran dan perjuangannya bagi negara, Joko Widodo selaku Presiden Indonesia kemudian menganugerahi gelar Pahlawan Nasional Indonesia kepada Sultan Mahmud Riayat Syah (Sultan Mahmud Syah III). Upacara penganugerahan tersebut dilakukan di Istana Negara Jakarta pada tanggal 9 November 2017. Penganugerahan ini diputuskan melalui Kepres RI No 115/TK/tahun 2017 tentang Penganugerahan Gelar Pahlawan. Keputusan ini diambil setelah sebelumnya Dewan Gelar, Tanda Jasa, dan Tanda Kehormatan bersidang pada Oktober 2017 lalu.[13]
Bersamaan dengan Sultan Mahmud III, gelar pahlawan nasional juga dianugerahkan kepada tiga tokoh lainnya, yaitu Muhammad Zainuddin Abdul Madjid (pendiri Nahdlatul Wathan), Lafran Pane (pendiri Himpunan Mahasiswa Islam), dan Malahayati (pejuang dari Kesultanan Aceh).[14]
Semasa menjadi Sultan Riau-Johor-Lingga-Pahang, Sultan Mahmud mempunyai beberapa orang isteri:-
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.