Stesen MRT Taman Mutiara

From Wikipedia, the free encyclopedia

Stesen MRT Taman Mutiaramap
Remove ads

Stesen MRT Taman Mutiara ialah stesen transit aliran massa (MRT) di tenggara Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena kawasan perumahan Taman Midah yang terletak di selatan stesen. Stesen ini dibuka pada 16 Julai 2017 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan ini.[1] Semasa pembinaan, stesen ini dikenali sebagai Leisure Mall.[2]

Fakta Segera Taman Mutiara تامن موتيارا‎, Lokasi ...
Remove ads
Remove ads

Ciri-ciri Stesen

Lokasi

Stesen ini terletak di atas LP 1 Jalan Cheras, Cheras, Kuala Lumpur. Terdapat dua pusat membeli-belah terletak berhampiran stesen iaitu Cheras Leisure Mall dan EkoCheras Mall dimana kedua-dua pusat membeli-belah mempunyai laluan pejalan kaki terus ke aras legar stesen ini. Terletak berhampiran stesen adalah Taman Mutiara Barat, Taman Mutiara Timur, Taman Tanyton View, Taman Segar, Pangsapuri Segar Court dan Kondominium Segar View.

Pelan stesen

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
KG Arah Selatan 9 Laluan Kajang menghala ke  KG35  Kajang (Taman Connaught)
KG Arah Utara 9 Laluan Kajang menghala ke  KG04  Kwasa Damansara (Taman Midah)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, laluan pejalan kaki ke EkoCheras Mall dan Cheras Leisure Mall Akses OKU
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[3]

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan 400, T408, T409 dan 450 berkhidmat di stesen ini.

Remove ads

Insiden

  • Seorang wanita telah disamun oleh seorang lelaki di sebuah lif di stesen ini. Kejadian jam 6.45 pagi itu dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) dalam lif berkenaan dan tular di media sosial.[4]

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads