Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Stesen MRT Kwasa Damansara adalah stesen Transit Aliran Massa (MRT) di Kota Damansara, Selangor, Malaysia. Nama stesen diambil daripada bandar Kwasa Damansara yang akan dibina oleh pemaju Kwasaland. Stesen adalah salah satu stesen Laluan Kajang dan telah dibuka pada 16 Disember 2016 dibawah Fasa 1 laluan tersebut.[2] Laluan Putrajaya dibuka pada 16 Jun 2022.[3] Semasa pembinaan, stesen ini dikenali sebagai Kota Damansara.[4]
Lokasi | Stesen Kwasa Damansara, Seksyen U4, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.[1] | ||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°10′35.3″N 101°34′21.2″E | ||||||||||||||||||
Dimiliki oleh | MRT Corp | ||||||||||||||||||
Laluan | 9 Laluan Kajang 12 Laluan Putrajaya | ||||||||||||||||||
Platform | 2 platform tengah | ||||||||||||||||||
Trek | 4 | ||||||||||||||||||
Pengendali kereta api | 9 RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia) | ||||||||||||||||||
Pembinaan | |||||||||||||||||||
Jenis struktur | 9 12 Bertingkat | ||||||||||||||||||
Templat letak kenderaan | 500 petak parkir kereta dan 100 petak parkir motosikal | ||||||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||||||||||
Kod stesen | KG04 PY01 | ||||||||||||||||||
Sejarah | |||||||||||||||||||
Dibuka | 9 16 Disember 2016 12 16 Jun 2022 | ||||||||||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
Lokasi | |||||||||||||||||||
Stesen ini akan menjadi stesen terminal dan pertukaran bagi dua laluan MRT iaitu Laluan Kajang dan Laluan Putrajaya. Dua stesen termasuk stesen ini dikhaskan menjadi stesen pertukaran bagi kedua-dua laluan MRT, satu lagi adalah stesen Tun Razak Exchange. Laluan Putrajaya (nama lamanya ialah Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya) sudah dibuka pada Jun 2022 (mengikut perancangan stesen ini sepatutnya dibuka pada Julai 2021),[5] dibawah Fasa 1 laluan tersebut iaitu dari stesen ini hingga stesen Kampung Batu.[6]
Stesen ini terletak di dalam projek pembangunan Kwasa Damansara, salah satu daripada dua stesen untuk berkhidmat di perbandaran masa depan ini. Memandangkan stesen ini terletak jauh dari Jalan Sungai Buloh, jalan masuk baru dibina untuk membolehkan penumpang memandu ke stesen ini. Terletak berhampiran stesen ini adalah pangsapuri mewah Kasturi Indah Condominium, Seksyen 7 Kota Damansara dan Seksyen 8 Kota Damansara.
L2 Platform |
Platform 4 | 12 Putrajaya Terminal PY01 |
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | ||
Platform 1 | → 9 Kajang menghala ke KG35 Kajang (Kwasa Sentral) | |
L1 Platform |
Platform 3 | ← 12 Putrajaya menghala ke PY41 Putrajaya Sentral (Kampung Selamat) |
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan | ||
Platform 2 | 9 Kajang Terminal KG04 | |
G | Aras tanah | Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, kedai serbaguna, pintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dimana aras legar terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kajang dan Laluan Putrajaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[7] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang menempatkan 500 petak parkir kereta dan 100 petak parkir motosikal.[8]
Tiada perkhidmatan bas yang disediakan di stesen Kwasa Damansara.
Terdapat satu pintu masuk dan keluar stesen di Stesen MRT Kwasa Damansara. Pintu A terletak di bahagian barat stesen.
Stesen Laluan Kajang dan Laluan Putrajaya | |||
Pintu | Lokasi | Destinasi | Gambar |
---|---|---|---|
A | Bahagian barat stesen | Hentian sebelah teksi serta kenderaan peribadi. Terdapat juga parkir terbuka yang telah disediakan. | |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.