Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Stesen MRT Semantan (atau sebelumnya Stesen MRT Manulife-Semantan atas sebab penajaan)[1][2] ialah stesen transit aliran massa (MRT) di Damansara Heights, Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena pusat perniagaan Semantan yang terletak berhampiran stesen. Stesen ini dibuka pada 16 Disember 2016 di bawah pembukaan Fasa 1 laluan ini.[3]
Lokasi | Stesen Semantan, Jalan Semantan, 50490 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°8′36.28″N 101°39′44.07″E | ||||||||||
Dimiliki oleh | MRT Corp | ||||||||||
Laluan | 9 Laluan Kajang | ||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Pengendali kereta api | RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia) | ||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: T818, T819, T820, T821, T850, T852 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | SBK14 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 16 December 2016 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen ini terletak di sepanjang Lebuhraya Sprint Lebuhraya Sprint atau Jalan Semantan berhampiran Persimpangan Semantan di Kuala Lumpur, Malaysia. Terdapat banyak pejabat di sekitar stesen seperti Wisma HRDF, Menara Manulife Insurans, Plaza Zurich, Wisma Chase Perdana, Wisma UOA Damansara, Wisma HELP, Menara Yayasan ECM Libra, bangunan MRT Corp dan bangunan Indah Water Konsortium. Juga terletak berhampiran stesen adalah Taman Damansara Endah, Semantan Villas, Idamansara dan Gereja Pentecostal Calvary.
L2 Platform |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | |
SBK Arah Selatan | → 9 Laluan Kajang menghala ke SBK35 Kajang (Muzium Negara) | |
SBK Arah Utara | ← 9 Laluan Kajang menghala ke SBK01 Sungai Buloh (Pavillion-Pusat Bandar Damansara) | |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | ||
L1 | Aras legar | Kedai serbaguna, mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[4]
Bas RapidKL laluan T818, T819, T820, T821, T850, dan T852 berkhidmat di stesen ini.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.