baka anjing dari Amerika Syarikat From Wikipedia, the free encyclopedia
Stephens cur,[lower-alpha 1] yang juga dikenali sebagai Stephens stock mountain cur atau hanya Stephens stock, ialah satu baka cur dari Amerika Syarikat.
Nama lain | Stephens stock Stephens stock mountain cur | ||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama ringkas | Little blacks | ||||||||||||||||||||
Negara asal | Amerika Syarikat | ||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Stephens stock ialah cur kecil dan padat jenis anjing pemburu bau yang berdiri setinggi 16–23 inci (41–58 cm) dan berukuran seberat 35–55 paun (16–25 kg).[1][2] Baka ini mempunyai lapis bulu pendek yang berwarna hitam dengan sesetengah tanda putih pada hujung-hujungnya. Ia mempunyai kepala kecil dengan muncung sempit yang memberikan kesan anjing pemburu anggun.[1][2] Sebagai baka bertenaga tinggi, Stephens stock mempunyai naluri perburuan kuat dan menyesuaikan diri dengna lemah terhadap kehidupan sebagai anjing peliharaan.[2]
Stephens stock dikembangkan oleh keluarga Stephens dari Kentucky tenggara yang selama lebih daripada satu abad mengekalkan susur galur tersendiri bagi mountain cur. Akhirnya pada tahun 1970, telah ada penentuan bahawa susur galur anjing ini begitu distingtif sehingga ia diisytiharkan sebagai baka terpisah.[1][2] Hugh Stephens dianggap sebagai pengasas baka moden.[1] Ia diiktiraf oleh United Kennel Club pada tahun 1998.[3]
Stephens stock kebanyakannya digunakan untuk memburu tupai dan rakun; oleh sebab ia terlalu kecil untuk memburu beruang hitam dan kugar secara bersendirian, apabila berburu sebagai kawanan, ia dianggap mempunyai cukkup keberanian untuk menghadap mana-mana spesies.[1][2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.