peperiksaan awam di Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM ialah sejenis peperiksaan yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Usia purata pelajar semasa mengambil SPM ini ialah 17 tahun, iaitu semasa Tingkatan 5[1]. Ia merupakan ujian terakhir pendidikan sekolah menengah[2].
Rencana ini nampaknya ditulis seperti menggalakkan penunjukan prestasi kedudukan sekolah-sekolah di Malaysia. (Jun 2023) |
SPM merupakan syarat untuk pelajar di Malaysia untuk menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.[3][4] Pelajar mempunyai pilihan sama ada untuk mengambil STPM[5], Matrikulasi[6][7] atau Asasi. Pelajar juga boleh mengambil kursus luar negara seperti A-level.[8]
Untuk peperiksaan SPM mulai tahun 2021, Kementerian Pendidikan Malaysia mula menggunakan format baharu KSSM menggantikan format lama KBSM[9][10][11]. Bagi kertas Bahasa Inggeris pula, Kementerian Pendidikan mula menjajarkan format peperiksaan Bahasa Inggeris agar sejajar dengan Common European Framework of Reference (CEFR)[12] yang digunakan diperingkat antarabangsa.
Subjek-subjek tertentu adalah wajib. Antaranya ialah :
Kod Subjek | Nama Subjek | Bahasa Perantaraan | Syarat Khas |
---|---|---|---|
1103 | Bahasa Melayu | Bahasa Melayu | |
1119 | Bahasa Inggeris | Bahasa Inggeris | |
1223 | Pendidikan Islam | Bahasa Melayu | Diambil oleh pelajar beragama Islam sahaja |
1225 | Pendidikan Moral | Bahasa Melayu | Diambil oleh pelajar bukan Islam |
1249 | Sejarah | Bahasa Melayu | |
1449 | Matematik | Bahasa Melayu dan Inggeris | |
1511 | Sains** | Bahasa Melayu dan Inggeris |
*Subjek Pendidikan Islam tidak wajib diambil bagi pelajar Aliran Sains Agama atau Aliran Agama Tulen. Pelajar dikehendaki menduduki peperiksaan subjek elektif bagi aliran mereka.
**Subjek Sains tidak wajib diambil bagi pelajar Aliran Sains Tulen. Pelajar dikehendaki menduduki peperiksaan subjek elektif bagi aliran mereka
Para pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM boleh memilih untuk mengambil subjek-subjek elektif seperti di bawah. Namun begitu, ia perlu bersesuaian dengan kerjaya yang ingin diceburi selepas tamat pendidikan menengah[18]. Ada juga beberapa subjek yang tidak boleh diambil kerana waktu peperiksaan yang berlaku serentak seperti subjek-subjek dalam bidang kesusasteraan. Pelaksaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada tahun 2020 telah menyebabkan beberapa perubahan bagi subjek elektif[19].
Kod Subjek | Nama Subjek | Bahasa Perantaraan |
---|---|---|
2361 | Bahasa Arab (اللغة العربية[20]) | Bahasa Arab |
6351 | Bahasa Cina * (华文[21][22][23][24][25]) | Bahasa Cina (Cina Ringkas) |
6354 | Bahasa Tamil (தமிழ்மொழி[26][27][28]) | Bahasa Tamil |
6356 | Bahasa Iban (jaku Iban) | Bahasa Iban |
6357 | Bahasa Kadazandusun (Boros Momogun) | Bahasa Kadazandusun |
6358 | Bahasa Semai (Engrok Semai) | Bahasa Semai |
*Bahasa Cina[29] merupakan mata pelajaran yang wajib dipelajari dan diambil oleh setiap pelajar sekolah conforming (SMJK)[30][31][32][33]
Kod Subjek | Nama Subjek | Bahasa Perantaraan | Syarat Khas |
---|---|---|---|
2280 | Geografi | Bahasa Melayu | |
2611 | Pendidikan Seni Visual | Bahasa Melayu | |
2621 | Pendidikan Muzik | Bahasa Melayu | |
3754 | Pengajian Keusahawanan | Bahasa Melayu | Hanya ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik |
3756 | Prinsip Perakaunan | Bahasa Melayu | |
3766 | Perniagaan | Bahasa Melayu | |
3767 | Ekonomi | Bahasa Melayu | |
2216 | Kesusasteraan Melayu Komunikatif | Bahasa Melayu | |
2206 | Kesusasteraan Inggeris (English Literature) | Bahasa Inggeris | |
9216 | Kesusasteraan Cina (华文文学) | Bahasa Cina (Cina Ringkas)[34] | |
9217 | Kesusasteraan Tamil (தமிழ் இலக்கியம்) | Bahasa Tamil |
Kod Subjek | Nama Subjek | Bahasa Perantaraan |
---|---|---|
5226 | Tasawwur Islam | Bahasa Melayu |
5227 | Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah | Bahasa Melayu |
5228 | Pendidikan Syariah Islamiah | Bahasa Melayu |
Subjek elektif pengajian Islam turut dibahagi kepada subjek Kurikulum Bersepadu Dini (KBD)[36] dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT).[37]
Kod Subjek | Nama Subjek | Bahasa Perantaraan |
---|---|---|
5401 | Usul Al-Din | Bahasa Arab |
5402 | Al-Syariah | Bahasa Arab |
5403 | Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu'asirah | Bahasa Arab |
5404 | Al-Manahij Al-Ulum Al-Islami | Bahasa Arab |
5405 | Al-Adab wa Al-Balaghah | Bahasa Arab |
Kod Subjek | Nama Subjek | Bahasa Perantaraan |
---|---|---|
5301 | Hifz Al-Quran | Bahasa Arab |
5302 | Maharat Al-Quran | Bahasa Arab |
5303 | Turath Al-Quran wa Al-Sunnah | Bahasa Arab |
5304 | Turath Dirasat Al-Islamiah | Bahasa Arab |
5305 | Turath Bahasa Arab | Bahasa Arab |
Subjek-subjek dalam bidang ini termasuk dalam pembelajaran Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Para pelajar yang mengambil subjek-subjek di bawah boleh menjawab sama ada dalam bahasa Melayu atau Inggeris.
Kod Subjek | Nama Subjek | Bahasa Perantaraan |
---|---|---|
3472 | Matematik Tambahan | Bahasa Melayu dan Inggeris |
4532 | Fizik | Bahasa Melayu dan Inggeris |
4541 | Kimia | Bahasa Melayu dan Inggeris |
4551 | Biologi | Bahasa Melayu dan Inggeris |
Kod Subjek | Nama Subjek | Bahasa Perantaraan | Syarat Khas |
---|---|---|---|
3729 | Pertanian | Bahasa Melayu | |
3759 | Lukisan Kejuruteraan | Bahasa Melayu | Hanya ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik |
3760 | Pengajian Kejuruteraan Mekanikal | Bahasa Melayu | |
3761 | Pengajian Kejuruteraan Awam | Bahasa Melayu | |
3762 | Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik | Bahasa Melayu | |
3763 | Reka Cipta | Bahasa Melayu | |
3768 | Asas Kelestarian | Bahasa Melayu | |
3769 | Sains Rumah Tangga | Bahasa Melayu | |
3770 | Sains Komputer | Bahasa Melayu | |
3771 | Grafik Komunikasi Teknikal | Bahasa Melayu | |
4561 | Sains Tambahan | Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris | |
4572 | Sains Sukan | Bahasa Melayu |
Kebiasaannya, subjek-subjek dalam bidang ini ditawarkan kepada para pelajar yang mengikuti pendidikan teknikal dan vokasional[38].
Kod Subjek | Nama Subjek | Bahasa Perantaraan |
---|---|---|
7101 | Pembinaan Domestik | Bahasa Melayu |
7103 | Kerja Paip Domestik | Bahasa Melayu |
7104 | Pendawaian Domestik | Bahasa Melayu |
7105 | Kimpalan Arka dan Gas | Bahasa Melayu |
7106 | Menservis Automobil | Bahasa Melayu |
7107 | Menservis Motosikal | Bahasa Melayu |
7108 | Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyaman Udara | Bahasa Melayu |
7109 | Menservis Peralatan Elektrik Domestik | Bahasa Melayu |
7110 | Pembuatan Perabot | Bahasa Melayu |
7201 | Rekaan dan Jahitan Pakaian | Bahasa Melayu |
7202 | Katering dan Penyajian | Bahasa Melayu |
7203 | Pemprosesan Makanan | Bahasa Melayu |
7205 | Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak | Bahasa Melayu |
7207 | Penjagaan Muka dan Penggayaan Rambut | Bahasa Melayu |
7208 | Gerontologi Asas dan Geriatik | Bahasa Melayu |
7301 | Landskap dan Nurseri | Bahasa Melayu |
7302 | Akuakultur dan Haiwan Rekreasi | Bahasa Melayu |
7303 | Tanaman Makanan | Bahasa Melayu |
7403 | Produksi Multimedia | Bahasa Melayu |
7405 | Produksi Reka Tanda | Bahasa Melayu |
7406 | Hiasan Dalaman | Bahasa Melayu |
7407 | Reka Bentuk Grafik Digital | Bahasa Melayu |
Gred | Pencapaian | Purata | Markah |
---|---|---|---|
A+ | Cemerlang Tertinggi | 0 | 90 - 100 |
A | Cemerlang Tinggi | 1 | 80 - 89 |
A- | Cemerlang | 2 | 70 - 79 |
B+ | Kepujian Tertinggi | 3 | 65 - 69 |
B | Kepujian Tinggi | 4 | 60 - 64 |
C+ | Kepujian Atas | 5 | 55 - 59 |
C | Kepujian | 6 | 50 - 54 |
D | Lulus Atas | 7 | 45 - 49 |
E | Lulus | 8 | 40 - 44 |
G | Gagal | 9 | 0 - 39 |
Tahun | Nama | Sekolah | Keputusan SPM |
---|---|---|---|
2000 | Ong Jin Hock | SMK Ibrahim | 12 1A |
2001 | Alvin Choong Ching Yek
Lee Shen Han Joy Wee Xin Ning |
SMK Penang Free
SMK Ibrahim SMK Convent |
12 1A
12 1A 12 1A |
2002 | Yap Sui Lin[40][41] | SM (P) Kuen Cheng | 14 1A, 1 2A |
2003 | Ahmad Atiq Abdul Hamid | SMK La Salle Klang, Klang | 14 1A, 1 2A |
2004 | Nur Amalina Che Bakri
Anushree Lalitha A/P Subramaniam |
SMK Ulu Tiram, Johor
SMK Perempuan Sri Aman |
17 1A
14 1A |
2005 | Chong Huey Ee
Chin Shiang Jin Esther Elizabeth Jack |
SMK (P) Treacher Methodist, Taiping
Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu SMK Raja Lumu, Klang |
15 1A. 1 2A
15 1A 15 1A |
2006 | Siti Fatimah Mukhtar
Yeo Jie Ming Melissa Sia Yin Ying |
Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu
SMK Bukit Mertajam SM Kian Kok, Kota Kinabalu |
17 1A, 1 2A
16 1A 16 1A |
2007 | Azali Azlan
Quek Khai Ren |
SMK Agama Yan
SMJK Hwa Lian, Mentakab |
20 1A, 1 2A
16 1A |
2008 | Nik Nur Madihah Nik Mohamad Kamal
Lim Shu Yong Tan Chin Huat Akira Wong Neng Chun |
SMA (Ugama) Maahad Muhammadi (Perempuan)
SMJK Yoke Kuan, Sekinchan SMJK Yoke Kuan, Sekinchan SMJK Tung Hua, Sibu |
19 1A, 1 2A
16 1A 16 1A 16 1A |
2009 | Grace Kiew Sze-Ern
Gladys Tan Yee Kim |
SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya
SMK Green Road |
15 A+
10 A+ |
2010 | Muhammad Putera Farid Iskandar | SMS Tuanku Munawir | 10 A+ |
Bermula SPM 2011, tiada pengumuman pelajar terbaik dibuat. Bagi SPM 2010-2014, seramai 30 pelajar (SPM 2009,2010) dan 50 pelajar (SPM 2011-2014) paling cemerlang (semua A+) dalam SPM diberikan Biasiswa Nasional secara automatik.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.