baka anjing dari Itali From Wikipedia, the free encyclopedia
Spinone Itali,[lower-alpha 1] atau hanya spinone, ialah satu baka anjing pemburu Itali yang secara tradisional digunakan untuk penjejakan, untuk penudingan, dan untuk pengutipan buruan.[1][3][4][5]
Nama lain |
| ||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Itali | ||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Asal usul spinone tidak diketahui.[1]:250 Anjing berbulu kasar daripada jenis anjing penuding telah hadir di semenanjung Itali sekurang-kurangnya sejak zaman Renaisans. Dalam sebuah fresko yang dilukis oleh Andrea Mantegna pada sekitar tahun 1470 di dalam Camera degli Sposi di Istana Duca di Mantova, di Lombardia, di Itali utara, seekor anjing jenis ini ditunjukkan berbaring di bawah kerusi duca, Ludovico III Gonzaga.[1]:250 Jacques Espée de Sélincourt, dalam karya beliau Le Parfait Chasseur dari tahun 1683, berkata tentang anjing grifon bahawa "yang terbaik datang dari Itali dan dari Piemonte".[6][7]:xxviii
Spinone moden berasal dari Piemonte, di Itali barat laut, pada abad kesembilan belas dan untuk suatu tempoh waktu merupakan baka pemburu paling penting di rantau itu.[1]:250 Semasa Perang Dunia Kedua, ia banyak digunakan oleh partisan, untuk menjejak musuh dan untuk membawa makanan.[1]:250 Selepas peperangan, bilangan baka ini jauh berkurangan; sebuah persatuan baka, Famiglia dello Spinone, dibentuk pada tahun 1949[8] dan baka ini dibentuk semula dari kira-kira tahun 1950 dan seterusnya.[9] Spinone diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1955.[10] Sebuah persatuan baka kedua, Club Italiano Spinoni, diasaskan pada tahun 1973.[8]
Dalam tempoh dari tahun 2010 hingga tahun 2018, pendaftaran baharu di Itali berbeza-beza daripada kira-kira 400 hingga kira-kira 650 setahun; dalam setiap tahun, pewarnaan jingga dan putih mewakili sedikit lebih daripada separuh daripada jumlah keseluruhan.[3]
Spinone kira-kira bergaris luar segi empat sama apabila dilihat dari sisi – panjang tubuh adalah lebih kurang sama dengan ketinggian pada paras kelasa. Ia merupakan anjing kuat, cukup berotot, dan bertubuh kukuh yang sesuai untuk perburuan di atas apa-apa jenis tanah. Ia berenang dengan baik dan memasuki air sejuk atau dalam tanpa teragak-agak.[9]
Lapis bulunya kasar, tebal, dan rata dengan sedikit lapis bulu bawah; ia kira-kira sepanjang 4–6 cm (1.5–2.5 in), agak lebih pendek pada kepala, kaki, dan bahagian hadapan tungkai. Bulu pada kening dan bibir adalah lebih panjang dan kaku, sehingga membentuk misai dan janggut tebal.[6] Ia mungkin berwarna: putih padu; putih dengan tompok-tompok atau tanda-tanda jingga; putih dengan tanda-tanda perang berangan; atau perang atau jingga kemerah-merahan.[6]
Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 11.9 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[11] Gangguan neurologi yang telah dikenal pasti pada baka ini termasuk abiotrofi serebelum[12]:308 dan epilepsi idiopati.[13]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.