Sepanyol (Jawi: سڤاڽول - Sepanyol: España ) atau nama rasminya Kerajaan Sepanyol, ialah sebuah negara yang terletak di Semenanjung Iberia di barat daya Eropah. Negara ini bersempadan dengan Portugal, Perancis, Andorra, Gibraltar dan Maghribi.
Kerajaan Sepanyol كراجأن سڤاڽول | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: Plus ultra (Latin) ("Semakin ke Hadapan") | |||||
Lagu kebangsaan: Marcha Real (Sepanyol)[1] (English: "Kawad Diraja") | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Madrid 40°26′N 3°42′W | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Sepanyol[lower-alpha 2] | ||||
Kerakyatan (2020) |
| ||||
Agama (2020)[4] | |||||
Kerajaan | Raja berperlembagaan berparlimen unitari | ||||
• Raja | Felipe VI | ||||
Pedro Sánchez | |||||
Badan perundangan | Cortes Generales | ||||
Senat | |||||
Kongres Perwakilan | |||||
Pembentukan | |||||
• De facto | 20 Januari 1479 | ||||
• De jure | 9 Jun 1715 | ||||
• Perlembagaan pertama | 19 Mac 1812 | ||||
• Perlembagaan kini | 29 Disember 1978 | ||||
1 Januari 1986 | |||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 505,990[5] km2 (195,360 bt2) (ke-51) | ||||
0.89 (2015)[6] | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2023 | 47,325,360[7] (ke-31) | ||||
94/km2 (243.5/sq mi) (ke-120) | |||||
KDNK (PPP) | 2022 | ||||
• Jumlah | ▲ $2.20 trilion[8] (ke-16) | ||||
▲ $46,511[8] (ke-37) | |||||
KDNK (nominal) | 2022 | ||||
• Jumlah | ▲ $1.389 trilion[8] (ke-16) | ||||
▲ $29,198[8] (ke-40) | |||||
Gini (2021) | 33.0[9] sederhana | ||||
HDI (2021) | ▲ 0.905[10] sangat tinggi · ke-27 | ||||
Mata wang | Euro[lower-alpha 4] (€) ( EUR ) | ||||
Zon waktu | UTC±0 to +1 (Waktu Eropah Barat dan Waktu Eropah Tengah) | ||||
UTC+1 to +2 (Waktu Musim Panas Eropah Barat dan Waktu Musim Panas Eropah Timur) | |||||
Nota: Kebanyakan kawasan Sepanyol menggunakan waktu Tengah, kecuali Kepulauan Canary dengan waktu Barat. | |||||
Format tarikh | dd/mm/yyyy | ||||
Arah memandu | right | ||||
Kod panggilan | +34 | ||||
Kod ISO 3166 | ES | ||||
DPT internet | .es[lower-alpha 5] |
Negara ini mempunyai kawasan jajahan yang masih berada di bawah pemerintahanya seperti Kepulauan Balear di Mediteranean, Kepulauan Canaria jauh di Lautan Atlantik, bandar-bandar Ceuta dan Melilla di utara Afrika, dan beberapa pulau tidak berpenghuni di Selat Gibraltar seperti kepulauan Chafarine, pulau berbatu Velez, pulau berbatu Alhucemas dan Pulau Perejil.
Sepanyol merupakan sebuah negara raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Negara ini menyertai Kesatuan Eropah sejak 1986 dan merupakan negara maju dengan ekonomi ke-8 terbesar di dunia.
Penamaan
Nama "Sepanyol" diserap daripada Portugis: Espanhol yang merupakan bentuk kata sifat dan demonim nama tempat Espanha,[11][12] nama "Espanha" ini pula turunan nama Latin Hispania iaitu nama merujuk kepada kawasan ditadbir Republik Rom meliputi semenanjung Iberia semasa zaman mereka dahulu. Nama "Hispania" in pula diamati datang daripada akar bahasa Samawi dan bahasa Phoenicia.[13][14]
Sejarah
Kawasan Sepanyol hari ini pernah didiami oleh penduduk Celt, Iberia dan Basque sebelum penjajahan oleh Empayar Rom pada 412 M. Sepanyol menjadi salah satu negara bekas jajahan Empayar Rom pada 218 SM–400 Masihi dalam misi mereka untuk memperluas wilayah kekuasaan. Selama menjadi tanah jajahan, pengaruh Rom terserap dalam masyarakat Sepanyol seperti budaya dan bangunan. Contohnya adalah pemakaian nama-nama Rom, penggantian hukum adat setempat dengan hukum Rom, dan pembangunan saluran air Rom di kota Segovia, yang dianggarkan dibangunkan pada akhir abad pertama Masihi oleh pihak Rom. Pada tahun 1985, saluran air ini dijadikan sebagai salah satu warisan dunia UNESCO.
Semasa pemerintahan Bani Umaiyyah, bandar-bandar seperti Cordoba dan Granada telah menjadi pusat keilmuan dan kesenian agama Islam. Namun, kerajaan-kerajaan Kristian Aragon dan Castilla berjaya menjajah semula bandar-bandar Moor pada abad ke-15.
Kerajaan Sepanyol dibentuk melalui penyatuan kerajaan-kerajaan Aragon, Léon, Castilla dan Navarra. Pada Zaman Penjelajahan, kerajaan Sepanyol berjaya menjajah wilayah-wilayah Amerika dan Asia. Tanah jajahan ini telah membawa kekayaan dan kuasa politik kepada Sepanyol, namun Zaman Kegemilangan ini semakin merosot menjelang abad ke-20.
Gerakan republik dan antimonarki telah mengusir keluar Raja Alfonso XIII, dan mendirikan Republik Sepanyol. Dalam Perang Saudara Sepanyol 1936-1939, Jeneral Francisco Franco, dengan sokongan Fasis Itali dan Nazi Jerman berjaya merampas kuasa dan mengisytiharkan diri sebagai Ketua Negara. Sepanyol dipulaukan oleh negara-negara Berikat selepas Perang Dunia Kedua kerana menyokong kuasa-kuasa Paksi. Namun, pemulauan ini ditamatkan oleh Amerika Syarikat pada 1953, dan ekonomi Sepanyol mengalami kemajuan yang pesat.
Sepanyol menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1955.
Selepas Franco meninggal dunia pada 1975, Juan Carlos I telah menaiki takhta dan meneruskan monarki Sepanyol. Baginda telah memperkenalkan pembaharuan demokrasi. Perlembagaan yang baru juga diluluskan pada 1978.
Geografi
Pada keluasan 194,884 mi² (504,782 km²), Sepanyol ialah negara yang ke-51 terbesar di dunia. Saiznya serupa dengan Turkmenistan dan lebih besar berbanding negeri California di Amerika Syarikat.
Spain bersempadan dengan Portugal di barat, Gibraltar (sebuah wilayah seberang laut British) dan Maghribi di selatan, melalui kota-kotanya di Afrika Utara (Ceuta dan Melilla). Di timur laut sepanjang pergunungan Pyrene, Sepanyol bersempadan dengan Perancis dan kerajaan kecil Andorra. Wilayah Sepanyol juga termasuk Kepulauan Balearic di Laut Mediterranean, Kepulauan Canary di Lautan Atlantik dan sebilangan pulau yang tidak dihuni di sisi Mediterranean selat Gibraltar, dikenali sebagai Sepanyol: Plazas de soberanía , seperti kepulauan Chafarina, Pulau Alborán, "batu-batan" (Sepanyol: peñones ) Vélez dan Alhucemas, serta Pulau Perejil yang kecil. Di barat laut sepanjang banjaran tersebut pula terdapat sebuah pekan terpisah bernama Llívia di Catalonia yang dikelilingi wilayah milik Perancis.
Tanah besar Sepanyol didominasi oleh penara dan banjaran gunung yang tinggi, seperti Sierra Nevada. Dari gunung-gunung ini mengalirnya beberapa batang sungai utama seperti Tajo, Ebro, Duero, Guadiana dan Guadalquivir. Tanah lanar dijumpai sekitar kawasan pantai, antaranya yang terbesar ialah kawasan Guadalquivir di Andalusia.
Oleh sebab keadaan geografi dan orografi Sepanyol, iklmnya amat pelbagai; sehingga boleh dibahagi kepada tiga kawasan:
- Iklim kebenuaan yang sederhana terjadi dalam kawasan pedalaman Semenanjung (bandaraya terbesar, Madrid).
- Kawasan iklim Mediterranean yang terbentang lebih kurang dari dataran Andalusia sepanjang pantai selatan dan timur hingga ke banjaran Pyrene, pada sebelah banjaran gunung sepanjang tepi kawasan pantai yang menghadap laut (bandaraya terbesar, Barcelona).
- Iklim lautan terjadi di Galicia dan the jalur pantai di tepi Teluk Biscay (bandaraya terbesar, Bilbao). Kawasan ini sering bergelar Sepanyol Hijau.
Politik
Sebagai negara raja berperlembagaan, Raja Sepanyol merupakan ketua negara. Ketua kerajaan pula ialah Perdana Menteri yang mengetuai Majlis Menteri-menteri, iaitu Kabinet Menteri. Majlis ini dipilih daripada Parlimen Sepanyol selepas pilihan raya umum.
Parlimen Sepanyol (Cortes Generales) mempunyai dua dewan, iaitu Kongres Timbalan (Congreso de los Diputados) dan Senat (Senado).
Sepanyol dibahagikan kepada 17 Komuniti berautonomi dan 2 Bandar Raya Autonomi. Setiap Komuniti Autonomi dibahagikan pula kepada provinsi-provinsi.
Ekonomi
Menurut Bank Dunia, ekonomi Sepanyol adalah yang kesembilan terbesar di seluruh dunia dan yang kelima terbesar di Eropah. Pada tahun 2006, KDNK mutlak bernilai $1.084 trilion menurut CIA Factbook, (lihat Daftar negara mengikut KDNK (nominal)). PPP per capita dianggarkan pada $27,400 (2006), mengekori negara-negara berindustri utama G7.
Kerajaan berhaluan kanan-tengah pimpinan bekas perdana menteri José María Aznar menjayakan usaha memasuki kumpulan negara-negara yang melancarkan matawang euro pada tahun 1999. Kadar pengangguran berada pada 7.6% oada Oktober 2006, iaitu lebih baik berbanding banyak negara Eropah yang lain, dan juga banyak bertambah baik berbanding kadar yang mencecah 20% pada awal 1990-an. Kelemahan ekonomi Sepanyol yang berterusan termasuk inflasi tinggi,[15] ekonomi bawah tanah yang besar,[16] dan sistem pendidikan yang merupakan antara yang paling kurang memuaskan di kalangan negara maju, seperti yang dinyatakan dalam laporan OECD.[17] Namun begitu, adalah dijangkakan bahawa ekonomi Sepanyol akan terus berkembang berdasarkan kekuatan industri yang lebih besar, pertunbuhan ekonomi global dan perdagangan terbesar dengan Amerika Latin dan Asia.
Ekonomi Sepanyol dikenali kerana tidak pernah terkena kadar pertumbuhan sifar maya bagi sebilangan rakan dagang terpenting di EU.[18] Sebenarnya, ekonomi engara telah membuka lebih spearuh daripada semua pekerjaan baru dalam Kesatuan Eropah selama lima tahun sehingga tahun 2005.[19] Maka itu, ekonomi Sepanyol dewasa ini dianggap sebagai antara yang paling dinamik dalam EU, dengan menarik sejumlah besar pelaburan asing.[20]
Sejak tahun 1990-an, beberapa syarikatasal Sepanyol mula memperoleh status multinasional. Syarikat-syarikat ini mengembangkan pasaran mereka ke Amerika Latin yang mempunyai perkaitan budaya. Sepanyol merupakan pelabur asing kedua terbesar di Amerika Syarikat setelah Amerika Syarikat. Di Asia, perusahaan-perusahaan Sepanyol mencari pasaran di China dan India.[21] Syarikat-syarikat ini bersaing dengan perusahaan lain di Eropah.
Syarikat Sepanyol melabur dalam banyak bidang seperti bidang tenaga boleh diperbaharui (Iberdrola ialah salah satu syarikat-syarikat tenaga boleh diperbaharui terbesar dunia).[22] Bidang-bidang lain termasuk teknologi seperti Telefónica, Abengoa, Mondragon Corporation, Movistar, Hisdesat, Indra, penghasilan kereta api seperti CAF, Talgo, perusahaan tekstil seperti Inditex, perusahaan minyak seperti Repsol, serta firma pembinaan pengangkutan seperti Ferrovial, Acciona, ACS, OHL dan FCC.[23]
Pelancongan
Pada tahun 2017, Sepanyol adalah negara kedua paling banyak dikunjungi di dunia dengan angka kira-kira 82 juta orang pelancong, memecahkan rekod jumlah pelancong selama lima tahun bertutut-turut.[24] Ibu pejabat Pertubuhan Pelancongan Dunia terletak di Madrid.
Kedudukan geografi Sepanyol, kawasan pantai terkenal, landskap pelbagai, warisan sejarah serta budaya yang dinamik, dan infrastruktur yang sangat baik telah menjadikan industri pelancongan Sepanyol sebagai antara industri-industri pelancongan yang terbesar di dunia. Dalam lima dekad terakhir, bidang pelancongan antarabangsa di Sepanyol telah tumbuh menjadi yang kedua terbesar di dunia dalam hal pembelanjaan, dengan nilai sekitar 40 bilion Euro atau sekitar 5% KDNK pada tahun 2006.[25][26]
Tenaga
Sepanyol merupakan salah satu negara-negara utama dalam pengembangan dan penghasilan tenaga boleh diperbaharui. Pada 2010, Sepanyol menjadi pengeluar tenaga suria terbesar dunia, mengalahkan AS dengan stesen janakuasa suria La Florida di Alvarado, Badajoz.[27][28] Sepanyol juga menjadi pengeluar tenaga angin utama di Eropah. Pada 2010, penghasilan elektrik melalui kuasa angin menghasilkan 42.976 GWh, menyumbang 16.4% tenaga elektrik Sepanyol.[29][30][31] Sumber-sumber tenaga boleh diperbaharui lain yang digunakan di Sepanyol termasuk hidroelektrik, biojisim, dan tenaga laut (2 pembangkit dalam pembangunan).[32]
Tenaga tak diperbaharui yang digunakan di Sepanyol ialah tenaga nuklear (8 reaktor), gas, batu arang dan minyak. Tenaga daripada bahan bakar fosil menyumbang 58% tenaga elektrik Sepanyol tahun 2009. Tenaga nuklear menyumbang 19%, sedangkan hidroelektrik menyumbang dalam 12%.[33]
Demografi
Pada 1 Januari 2017, Spanyol memiliki jumlah penduduk sebanyak 46,528,966 orang, menurun sebanyak 0.5% sejak 2011.[34] Jumlah penduduk Sepanyol memuncak pada 2012 pada sekitar 46,818,216 orang, sebahagian besar kerana para imigran kembali ke rumah akibat krisis ekonomi dan fiskal Eropah.[35] Kepadatan penduduknya ialah 91.4 penduduk per km2, lebih rendah dari negara-negara Eropah Barat utama. Kecuali ibu kota Madrid, daerah yang paling padat penduduknya terletak di kawasan pesisir pantai.
Populasi Spanyol meningkat dua kali ganda selama abad ke-20, tetapi pola pertumbuhannya sangat tidak sekata kerana migrasi internal berskala besar dari pedalaman perkampungan ke kawasan industri, sebuah fenomena yang terjadi lebih lewat daripada negara-negara Eropah Barat. Tidak kurang 11 daripada 50 provinsi di Sepanyol mengalami penurunan populasi mutlak selama abad ini.
Budaya
Sepanyol merupakan negara yang bergunung-ganang di barat daya Eropah yang terdiri daripada pelbagai kawasan yang berbeza geografinya dan dikenali kerana warisannya yang pelbagai budaya kerana pernah dipengaruhi banyak negara lain dan tokoh-tokoh sepanjang sejarahnya. Budaya Sepanyol berakar umbi dalam budaya Celtiberia, Latin, Visigothik, Katolik, dan secara kecil-kecilan, Islam, serta perselisihan yang berterusan antara negeri pusat (yang didominasi sejak berabad lalu oleh kerajaan Castilla) dengan beberapa rantau dan golongan minoriti. Tambahan pula, sejarah negara dan persekitaran Mediterranean dan Atlantiknya banyak berperanan dalam membentuk budayanya.
Sepanyol mempunyai bilangan Tapak Warisan Dunia UNESCO kedua tertinggi di dunia, iaitu 40 kesemuanya, mengekori Itali.
Pendidikan di Sepanyol
Rangka pendidikan di Sepanyol dihuraikan dalam rencana ini. Pendidikan Negeri di Sepanyol adalah percuma dan wajib dari usia 6 hingga 16 tahun. Sistem pendidikan masa kini bergelar LOGSE (Ley de Ordenación General del Sistema Educativo).
Akademi Sepanyol
Real Academia Española ("Akademi Sepanyol Diraja"; RAE) ialah institusi yang bertanggungjawab untuk mengawal penggunaan bahasa Sepanyol. Akademi ini bertapak di Madrid, Sepanyol, dan digabungkan bersama akademi-akademi bahasa kebangsaan di 21 negara berbahasa Sepanyol melalui Persatuan Akademi-akademi Bahasa Sepanyol.
Seni Sepanyol
Kesenian Sepanyol ialah sebentuk seni yang penting dan berpengaruh di Eropah. Seni Sepanyol ialah nama yang diberi kepada disiplin dan karya kesenian yang berkembang di Sepanyol sepanjang masa, dan juga yang dibuat oleh pengarang Sepanyol di seluruh dunia. Oleh sebab kepelbagaian sejarah, geografi dan generasi, seni Sepanyol telah mengenali sebilangan besar pembawa pengaruh. Warisan Moor di Sepanyol, terutamanya di Andalusia masih jelas dilihat pada masa kini di bandaraya seperti Córdoba, Seville, dan Granada. Pengaruh negara Eropah lain termasuklah Itali, Jerman dan Perancis, khususnya ketika zaman Barok dan Neoklasik.
Kesusasteraan Sepanyol
Kesusasteraan Sepanyol ialah nama yang diberi kepada karya sastera yang dikarang di Sepanyol sepanjang zaman, dan oleh pengarang Sepanyol di seluruh dunia. Oleh sebab kepelbagaian sejarah, geografi dan generasi, seni Sepanyol telah mengenali sebilangan besar pembawa pengaruh dan, maka itu, banyak kepelbagaiannya.
Seni bina Sepanyol
Seni bina Sepanyol menyentuh mana-mana kerja seni bina yang dijalankan ketika mana-mana zaman di Sepanyol masa kini, dan oleh jurubina Sepanyol di seluruh dunia. Istilah ini termasuklah bangunan-bangunan yang dibina dalam batasan geografi Sepanyol sebelum nama ini diberi kepada wilayah-wilayahnya (sama ada bergelar Hispania, Al-Andalus, atau dibenutuk daripada beberapa kerajaan Kristian). Oleh sebab kepelbagaian sejarah dan geografinya, seni bina Sepanyol turut mengalami banyak pengaruh.
Contohnya, Cordoba ditubuhkan sebagai pusat kebudayaan ketika dinasti Umayyad. Serentak dengan itu, kerajaan-kerajaan Kristian beransur-ansur timbul dan memajukan gaya tersendiri, mula-mulanya banyak berasingan daripada pengaruh seni bina Eropah, dan kemudiannya bersepadu dengan aliran Romanesque dan Gothic, lalu mencapai kemuncak yang mengagumkan dengan berbilang-bilang contoh di sekitar seluruh wilayahnya. Gaya Mudéjar yang diamalkan dari abad ke-12 hingga abad ke-17, disifatkan sebagai campuran pengaruh budaya Eropah dan Arab.
Ketibaan Modernisme di arena akademik menghasilkan tokoh-tokoh seperti Gaudí dan kebanyakan seni bina abad ke-20. Gaya seni bina antarabangsa diterajui pergerakan seperti GATEPAC. Sepanyol sedang mengalami satu revolusi dalam seni bina kontemporari dan Arkitek-arkitek Sepanyol seperti Rafael Moneo, Santiago Calatrava, Ricardo Bofill dan lain-lain meraih perhatian seluruh dunia.
Muzik Sepanyol
Muzik Sepanyol sering disamakan oleh orang luar dengan flamenco, satu genre muzik Andalusia yang sebenarnya tida terkenal di luar rantau tersebut. Pelbagai gaya muzik rakyat rantauan terdapat di Aragon, Catalonia dan Castilla. Muzik moden seperti pop, rock, hip hop dan heavy metal juga popular.
Masakan Sepanyol
Masakan Sepanyol terdiri daripada beraneka hidangan yang tercetus daripada perbezaan geografi, budaya dan iklim, serta banyak dipengaruhi oleh makanan laut yang terdapat dari perairan yang mengelilingi negara, dan mencerminkan akar umbi Mediterraneannya yang mendalam. Sejarah panjang Sepanyol yang melihatkan banyak pengaruh budaya membawa kepada masakan yang unik.
Sukan di Sepanyol
Sukan di Sepanyol selama ini didominasi oleh bola sepak (sejak awal abad ke-20), lumba basikal dan lawan lembu (sejak abad ke-17). Kini, Spain ialah sebuah kuasa sukan utama di dunia, terutamanya sejak Sukan Olimpik 1992 yang dianjurkan di Barcelona dan melariskan beraneka sukan di negara ini. Industri pelancongan banyak membantu meningkatkan prasarana sukan, terutamanya untuk sukan air, golf dan ski.
Cuti umum di Sepanyol
Cuti umum yang dirai di Sepanyol merangkumi secampuran amalan-amalan keagamaan (Katolik), kebangsaan dan rantauan. Setiap majlis perbandaran dibenarkan untuk mengisytiharkan maksimum 14 cuti umum setiap tahun; sebanyak sembilan daripadanya dipilih oleh kerajaan negara dan sekurang-kurangnya kedua dipilih di peringkat setempat.
Lihat juga
- Garis kasar Sepanyol
- Bentuk muka bumi topografi Sepanyol
Nota
- Di Sepanyol, beberapa bahasa lain turut memperoleh taraf rasmi di sesetengah kawasan berdasarkan statut autonomi setempat. Dalam hal ini, nama panjang lazim dalam hal-ehwal antarabangsa dan yang paling lazim (Sepanyol: Reino de España , disebut: Sebutan Sepanyol: [ˈrejno ð(e) esˈpaɲa]) adalah seperti yang berikut:
- Bahasa rasmi Negeri ditetapkan dalam Seksyen 3 Perlembagaan Sepanyol sebagai Castilia.[2]Dalam sesetengah komuniti autonomi, Catalonia/Valencia, Galicia, Basque dan Occitan (secara tempatan dikenali sebagai Aranese) ialah bahasa rasmi bersama. Bahasa Aragon dan Asturia mempunyai beberapa tahap pengiktirafan kerajaan di peringkat wilayah.
- Sepanyol telah menjadi ahli Kesatuan Eropah sejak 1993.
- Peseta digunakan sebelum 2002.
Rujukan
Bacaan lanjut
Pautan luar
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.