From Wikipedia, the free encyclopedia
Sos Béchamel [beʃaˈmɛl; bé-sya-mél] atau sos putih ialah sejenis sos kuah dibuat daripada adunan roux (mentega dan tepung) dan susu. Ia adalah salah satu ibu sos yang utama dalam masakan Perancis.[1]Ia turut digunakan sebagai asas menghasilkan sos lain seperti sos Mornay.[2]
Sos Béchamel | |
---|---|
Nama alternatif | Sos putih |
Eponim | Louis de Béchamel |
Jenis | Sos |
Tempat asal | Perancis |
Bahan utama | Mentega, tepung, susu, pala |
Keragaman/variasi | Sos Mornay |
sunting · sunting di Wikidata |
Sos ini mula wujud pada zaman Pertengahan dari Toscana, Itali sebagai dengan nama Balsamella[3] atau Besciamella is; banyak catatan resipi yang wujud pada zaman itu turut memberi nama sos ini sebagai Salsa Colla atau Salsa Colletta ("sos/kuah gam") kerana kelikatan kuah ini.
Ia dibawa ke Perancis oleh para tukang masak Caterina de' Medici, raja permaisuri Henri II pada tahun 1533. Sos ini dinamakan semula sempena Louis de Béchamel, seorang pembesar bergelar Marquis untuk kampung Nointel[4] yang turut berkhidmat sebagai ketua pelayan santapan diraja kerabat Raja Louis XIV; nama ini mula-mula dicatat dalam buku Le Cuisinier François, (1651) karya François Pierre La Varenne (1615–1678).
Sos ini pada asalnya adalah veal velouté dengan penambahan banyak krim.[5] Répertoire Saulnier membentangkan satu resipi seperti berikut: "Roux putih dibasahkan dengan susu, garam, bawang bersama cengkih, dimasak selama 20 minit."[6]
Seketul mentega dicairkan bersama tepung yang dibubuh sama banyak menghasilkan suatu roux [ru], roux ini dimasak di bawah haba rendah sambil dikacau dengan berhati-hati supaya ia tidak memerang.
Setelah itu susu dipanaskan dimasukkan secara beransur-ansur sehingga kuah terhasil tampak pekat dan lembut. Susu ini adakalanya diperisakan dengan mereneh bersama suatu bunjut ikat bawang sebiji atau sepotong disemat dengan seputik atau lebih cengkih dan sehelai dua daun salam sebelum susu ini ditapis. Nisbah roux dan susu menentukan kepekatan so, biasanya 1-3 sudu besar bagi setiap tepung dan mentega untuk setiap cawan susu:
Garam dan lada putih ditambah secukup rasa. Secubit serbuk pala juga lazim dalam sesetengah resipi tradisi.[7]
Sos Béchamel adalah asas untuk beberapa sos klasik lain dengan bahan-bahan tambahan ditambah termasuk:
Istilah "sos putih" atau blanche sauce juga boleh digunakan untuk sos yang mudah yang hanya terdiri daripada susu dan mentega cair, tanpa tepung atau rempah.[8]
Hidangan yang dibuat dengan sos Bechamel termasuk:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.