Remove ads
penulis dan pemuisi Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Datuk Dr. Siti Zainon Ismail (lahir 18 Disember 1949 di Gombak, Kuala Lumpur) merupakan seorang pengarang, pengkaji seni budaya warisan Melayu, seniman, penyair, pelukis Malaysia dan tokoh Sasterawan Negara Malaysia yang ke-14. Beliau ialah peranakan keturunan Melayu - Minang - Batubara, Jawa - Banjar.
Sasterawan Negara Datuk Dr. Siti Zainon Ismail PMW (WP); PhD | |
---|---|
Kelahiran | Siti Zainon binti Ismail 18 Disember 1949 |
Pusat pendidikan | Institut Seni Indonesia (ASRI) |
Pekerjaan | penyair, pelukis |
Tahun aktif | sejak 1960-an |
Anugerah | Sasterawan Negara Malaysia (2019) |
Karier menulis | |
Bahasa | Melayu |
Genre | sajak |
Siti Zainon mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Setapak, Kuala Lumpur dan Sekolah Rendah Langgar, Kota Bharu (1956, 1957-1961) dan seterusnya ke Sekolah Menengah Aminudin Baki (SAB), Kuala Lumpur (1962-1968).
Beliau mula belajar mencolek kain batik di Kota Bharu. Di SAB beliau dilatih oleh guru senilukis Idris Haji Salam sehingga ia bergabung pula dengan Angkatan Pelukis Semenanjung (APS, 1964-1968). Oleh minatnya kepada seni lukis beliau melanjut ke pendidikan seni di Institut Seni Indonesia (ASRI) jurusan Seni Lukis (1970-1973). Beliau merupakan pelajar seni lukis yang kerap memenangi Anugerah Sketsa Kartini (1970-1973). Selama di ASRI turut bergabung dengan Sanggar Dewata dan turut pameran keliling Jawa. Pada bulan Februari 1974 pulang ke tanahair bertugas sebagai Jurulatih seni lukis di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (1974-1976). Seterusnya sebagai tutor di Universiti Kebangsaan Malaysia (1976) dan lulus Sarjana Sastera (UKM. 1980). Ph.D (UM. 1992). Beliau pernah mengajar di Pusat Bahasa. Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu dalam bidang kepakarannya Seni Budaya Warisan (kursus Kesenian Melayu Tradisional. Pemerian Budaya Benda, Tekstil dan Busana Melayu, Sejarah dan Teori Penghayatan Seni, Penulisan Kreatif). Beliau turut pernah menjadi Felow Penyelidik ATMA (1995-1996), Pengarah Kebudayaan UKM (1996-1999), Profesor di UKM dan juga Profesor di UMS (2014-2016).
Beliau adalah penyair pelukis wanita yang terus aktif. Kerap mewakili negara dalam membaca puisi, pameran lukisan dan seminar seni budaya seluruh tanahair dan juga di peringkat antarabangsa seperti di Filipina (1976); Bhopal, India (1985); Berlin Barat ( 1985, 2000) ;Seoul ,Korea Selatan (1986); Indonesia (Aceh, Bali, Jakarta. Jambi, Lombok, Makassar, Padang, Riau, Palembang, Yogyakarta 1983-1998); Thailand ( 1986,1989, 1990). Perancis (1986), Berlin (1986). London (1986,1990,1992); Australia(1993), Singapura (1990,1995); Hamburg (2000) dan Russia (2003).
Puisi-puisi dan cerpen beliau telah diterjemah ke pelbagai bahasa seperti Bugaria, Hindi, Inggeris, Korea, Urdu, Jepun, Perancis, Thai dan Russia.
& Anugerah Budayawan Gombak, PAKSI Selangor 2013
Anugerah Budayawan PAPTI 2016
Anugerah Srikandi GPMS 2018
Anugerah Sasterawan Negara Malaysia 2019[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.