Remove ads
jabatan kerajaan Malaysia yang mengawal selia bahasa Melayu From Wikipedia, the free encyclopedia
bihun goreng
Rencana ini perlu dikemas kini. (April 2023) |
Matlamat penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) ialah:
"Bahasa Melayu Salah Satu Bahasa Utama Kepada Semua Masyarakat Yang Hidup Di Dunia Ini"
"Memartabatkan Bahasa Melayu"
"Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa"
"BAHASA JIWA BANGSA"
DBP ditubuhkan sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di Johor Bahru, Johor semata-mata untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Nama asalnya ialah "Balai Pustaka".
Setelah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bahru pada 16 - 21 September 1956, Balai Pustaka dinamakan sebagai "Dewan Bahasa dan Pustaka" atas cadangan kongres tersebut. Di samping itu, DBP juga dinaik taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaga sendiri.
Pada tahun 1957, DBP berpindah ke Kuala Lumpur, ketika ibu pejabatnya merupakan bekas wad sebuah hospital di Jalan Young. Melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, DBP dinaikkan taraf lagi menjadi sebuah badan berkanun. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi untuk:
Pada 31 Januari 1962, DBP berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Lapangan Terbang Lama (sekarang Jalan Dewan Bahasa). Kemudian pada tahun 1977, DBP mengembangkan sayapnya ke Malaysia Timur dengan pembukaan dua pejabat di Kota Kinabalu, Sabah dan di Kuching, Sarawak. DBP juga membuka pejabat di Brunei pada tahun 1963. Ini diikuti pula dengan pembukaan tiga buah pejabat lagi, iaitu:
DBP menyambut ulangtahun Jubli Emas 50 Tahun DBP dan perasmian Menara DBP pada 22 Jun 2006. DBP juga berjaya mencungkil bakat terpendam penulis-penulis muda. Antara penulis muda DBP yang terus menampilkan novel-novel berkarya tinggi untuk DBP adalah Cik. Siti Habsah Abdullah, Pn.Malardevi Margamuthu & En.Syed Satahkatulah Bin Mohamed Kalik.
Pada 6 Oktober 2009, Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 akan dipinda supaya dapat memberi lebih kuasa kepada DBP untuk menangani penggunaan 'bahasa rojak' dalam kalangan masyarakat Malaysia. Kuasa itu bukan untuk menghukum sebaliknya lebih kepada memberi pendidikan.[1]
Pada 8 Mei 2011, para pengiklan perlu merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terlebih dahulu sebelum memohon lesen memasang iklan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Menurut Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz, peraturan tersebut telah dilaksanakan sejak tahun lalu di bawah undang-undang kecil iklan PBT.
Menurut bidang kuasa yang diberikan, DBP akan melihat dari segi penggunaan bahasa dan visual pada iklan berkenaan terlebih dahulu dan apabila diluluskan, barulah pihak yang membuat permohonan iklan boleh memohon lesen daripada PBT sebelum iklan boleh dipasang.[2]
Mana-mana pihak yang membelakangi peraturan ini jika disabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda, penalti atau penjara mengikut undang-undang kecil PBT berkenaan.[3]
Dalam pada itu, Datuk Termuzi turut mengujar bahawa telah ramai pengiklan memohon iklan, dan mulai tahun 2011, akses perkhidmatan pengiklanan ke PBT turut dipaparkan di laman portal DBP.[4]
Di Malaysia, penggunaan bahasa asing khususnya bahasa Inggeris dalam pengiklanan dilihat lebih diutamakan berbanding penggunaan bahasa Melayu sebagai medium bahasa pengiklanan utama di negara tersebut. Walaupun undang-undang telah ada namun penguatkuasaan bahasa kebangsaan dalam pelbagai bidang utama seperti pendidikan, perniagaan, pengiklanan dan komunikasi masih banyak tidak diendahkan dan kurang diutamakan berbanding penggunaan bahasa Inggeris.[5]
Ahli Parlimen Barisan Nasional kawasan Gerik merangkap Pengerusi Institut Terjemahan Negara Malaysia ketika itu, Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh, telah menyifatkan Jawatankuasa Istilah Dewan Bahasa dan Pustaka "kemandulan minda" kerana dikatakannya bahawa jabatan tersebut terlalu meminjam perkataan bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu tanpa membuat penyelidikan untuk mencari atau mewujudkan istilah bahasa Melayu yang baharu terutamanya dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat.[6] Datuk Dr. Firdaus Abdullah, Ketua Pengarah DBP ketika itu, telah menafikan dakwaan Dr. Wan Hashim dengan menyatakan bahawa penghasilan istilah melalui suatu kaedah yang sistematik. ilaç Beliau turut menegaskan kemasukan istilah bahasa Inggeris dalam Kamus Dewan telah ditandai dengan label yang menunjukkannya sebagai bahasa percakapan dan tidak sesuai digunakan dalam konteks yang rasmi.[7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.