Sham Visa

Penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Rohisham Hashim (lahir 24 Februari 1971) atau lebih dikenali sebagai Sham Visa ialah seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia.[1] Menerima jolokan "Tony Stark Malaysia",[2][3] beliau terkenal sebagai vokalis kumpulan rock Malaysia, Visa, di mana beliau merakamkan dan menerbitkan tiga album bersama kumpulan itu — Visa (1992), Dalam Gerimis (1994) dan Ilham (1995). Sebagai pelakon, beliau pernah berlakon bersama Aida Aris dalam filem Debu-Debu Kasih pada 1995.[4][5][6]

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Sham Visa
Kelahiran
Rohisham bin Hashim

(1971-02-24) 24 Februari 1971 (umur 54)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, jurulatih keselamatan pekerja
Tahun aktif1992–2002
2018–kini
PasanganIla Fatimah
Anak-anak2
Kerjaya muzik
GenrePop, Rock
Alat muzikVokal
Kegiatan berkaitanVisa
Tutup

Pada tahun 2019, beliau ialah salah seorang peserta Gegar Vaganza musim keenam yang turut disertai oleh Jatt (Black Dog Bone), Noorshila Amin, Mazleela dan Wann. Beliau sebelum ini pernah bekerja di pelantar minyak.[7] Jumlah pengikut beliau di Instagram melonjak lebih 35,000 dalam tempoh dua minggu.[8]

Kerjaya

Gegar Vaganza (Musim 6)

Pada tahun 2019, Sham membuat kemunculan semula dengan menyertai Gegar Vaganza musim ke-6 dimana beliau adalah antara 13 bintang yang menyertai program tersebut. Berikut ialah persembahan beliau:

Maklumat lanjut Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza 2019, Konsert ...
Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza 2019
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Lagu Ke Artis? "Dalam Gerimis" Visa Ke-5
Minggu 2 CarMa (Cari Makan) "Untukmu Selamanya" Ke-3
Minggu 3 Yang Aneh Aneh "Sayang Sayang" Aliff Aziz Ke-11
Minggu 4 Haa... Tepuk "My Heart" (duet Marsha Milan) Irwansyah & Acha Septriasa Ke-6
Minggu 5 CurHat (Curahan Hati) "Terima Kasih Cinta" Afgan Syah Reza Ke-8
Minggu 6 Melets (Meletop) "Suratan Takdir" Gersang Ke-6
Minggu 7 Caras (Cara Sendiri) "Pergi" Aizat Amdan Ke-8
Minggu 8 Reset "Separuh Aku" Noah Ke-7
Minggu 9 (Suku akhir) Komposer Hebat Dahulu Sekarang "Dari Sinar Mata" Bumi Putra Rockers Ke-7
Minggu 10 (Separuh akhir) Fabulous "Usang" Rahim Maarof Ke-6
"Permata Untuk Isteri" (duet bersama Kopratasa) Kopratasa Ke-6
Minggu 11 (Akhir) Peluang Terakhir "Haruskah Diuji" Farish Pemenang Tempat Ke-6
"Angguk-Angguk Geleng-Geleng (Battle bersama Jatt) Ahli Fiqir Pemenang Tempat Ke-6
Tutup

Kehidupan peribadi

Beliau telah berkahwin dengan bekas peserta Dewi Remaja 1994/1995, Ila Fatimah dan dikurniakan dua anak. Sepanjang beliau tidak aktif dunia nyanyian sejak 2000 hingga 2018 Sham menghabiskan masa dengan bekerja bidang Gas & Minyak di beberapa syarikat petroleum berpengkalan di Terengganu seperti Petronas, Shell selain dilantik sebagai jurulatih NIOSH dan Sehingga sekarang masih aktif bidang tersebut walaupun kembali dunia nyanyian pada 2019 [9]

Diskografi

Visa

Solo

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Catatan
1994 Putera Dol Filem pertama, penampilan khas
1995 Debu-Debu Kasih Shamsul
1995 Kad Cinta Zul
1997 Gemerlapan Sam@Samad
2022 7 Minggu Sebelum Kahwin Anuar Riza
Tutup

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1995–1996 Sambal Karim TV3 Pelakon undangan
1998 Antara Dua Jiwa
2000 Dulang Wan Chu
2001 Mencari Jalan Pulang bergandingan dengan Uji Rashid & Janet Khoo
2002 Apartment 1-D
2018 Cekelat Honey Saiful Astro Citra
2019 Kasih Tak Terungkap TV Okey
2020 Family Spy Gagak Putih Astro Ceria
Bila Cupid Jatuh Cinta Hisham TV3
2021 A.I in Love Borhan TV2
Budak Intern Datuk M TV9
2022 Selamanya Suri Cinta Fairuz
2023 Bukan Lelaki Terhebat Dato' Shamsul Azri TV3
2024 Calar Cinta Dr Zarif
2025 Akad Yang Terlindung Azri
Tutup

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Nenek Aku Instafamous Mansor TV2 Telefilem pertama
2020 Main Kahwin-Kahwin Azam Astro Citra
Tutup

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2019 MeleTOP Artis Jemputan Astro Ria 9 Oktober
18 Disember
Gegar Vaganza (musim ke-6) Peserta Astro Ria Tempat ke-6
Konsert Throwback
2020 I Can See Your Voice Malaysia (musim 3) Artis Jemputan TV3 Episod 3
Melodi Raya 31 Mei
Gegar Vaganza Raya Level Lain Dirinya sendiri Astro Ria
MeleTOP Artis Jemputan Astro Ria 4 Mac
2022 Konsert Minggu Ini Artis Jemputan TV2
2025 Romeo Returns Dirinya sendiri Astro Prima
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.