3 September merupakan hari ke-246 (hari ke-247 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 119 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- 301 - San Marino, salah satu negara terkecil di dunia dan republik tertua yang masih wujud, diasaskan oleh Santo Marinus.
- 1189 - Richard I ditabalkan sebagai Raja England di Westminster.
- 1260 - Orang Mongol tewas muktamad buat kali pertama, kepada angkatan Mamluk Mesir dalam Perang Ain Jalut di Palestin, menandakan sempadan barat pengembangan Empayar Mongol.
- 1449 - Maharaja Zhengtong ditawan Mongol selepas tewas dalam Krisis Tumu, membawa kepada krisis pewarisan di China Ming.
- 1783 - Great Britain dan Amerika Syarikat menandatangani Perjanjian Paris, secara rasminya menamatkan Perang Revolusi Amerika.
- 1901 - Bendera Australia (gambar), sebuah Panji Biru yang ditambahkan dengan Bintang Komanwel dan Salib Selatan, dikibarkan buat pertama kali di Melbourne.
- 1976 - Kapal angkasa lepas Viking 2 mendarat di Utopia Planitia, Marikh dan mengambil gambar warna jarak dekat yang pertama permukaan planet tersebut.
- 2007 - Taufan Felix melanda Nicaragua sebagai taufan Kategori 5 dan mengakibatkan kematian 38 orang.
- 2008 - Taufan Gustav mula reda selepas menyebabkan sekurang-kurangnya 112 kematian di Caribbean dan Amerika Syarikat.
- 2010 - Hurikan Earl bertemu daratan sebagai hurikan Kategori 1 di Provinsi-provinsi Maritim, Kanada meninggalkan hampir sejuta orang tanpa bekalan elektrik.
- 2011 - Turki mengusir duta Israel selepas Israel enggan memohon maaf berkenaan serbuan 2010nya terhadap armada bantuan Gaza.