From Wikipedia, the free encyclopedia
Hurikan Earl ataupun Ribut Taufan Earl adalah tekanan rendah tropika ketujuh, ribut tropika kelima, hurikan ketiga dan hurikan utama kedua musim hurikan Atlantik 2010. Ia terbentuk sebagai hurikan gaya Tanjung Cape klasik daripada satu kawasan luas tekanan rendah yang bersekutu dengan gelombang lekukan tropika umum pada 25 Ogos. Ia secara perlahan-lahan teratur dan menjadi ribut tropika pada hari yang sama berhampiran Kepulauan Tanjung Verde. It mengekalkan angin puncak 45 bsj (70 km/j) selama dua hari, sebelum perlahan-lahan menguat menjadi ribut tropika 60 bsj (100 kmjh). It mengekalkan kelajuan itu untuk 12 jam, dan kemudian menjadi hurikan ketiga musim tersebut. Pada 30 Ogos 11:00 am AST, Earl terus menguat kepada hurikan kategori 3, dan seterusnya kategori 4 pada petang itu.
Hurikan kategori 4 major (SSHWS/NWS) | |
Terbentuk | 25 Ogos 2010 |
---|---|
Reda | 5 September 2010 |
Angin terkuat | 1 minit berterusan: 145 bpj (230 km/j) |
Tekanan terendah | 928 mbar (hPa); 27.4 inHg |
Kematian | 3 langsung |
Kerosakan | $150 juta (2010 USD) |
Kawasan terjejas | Kepulauan Leeward, Puerto Rico, Bahamas, Pantai Timur Amerika Syarikat, Kanada Atlantik dan Quebec |
Sebahagian daripada Musim hurikan Atlantik 2010 |
Di Kepulauan Leeward, Hurikan Earl menyebabkan kerosakan sederhana sehingga $150 juta (USD 2010); seorang mangsa dilaporkan mati lemas akibat hurikan ini. Di Kanada pula, seorang lagi turut lemas, dan ramai penduduk kehilangan kuasa elektrik secara berpanjangan.
Di sepanjang Kepulauan Leeward, hujan lebat akibat ribut ini membanjiri kawaasn-kawasan rendah.[1] Pokok dan tiang elektrik tumbang, menyebabkan banyak penduduk tiada bekalan elektrik.
Secara keseluruhan, Hurikan Earl menyebabkan kerosakan sehingga $150 juta di keseluruhan Caribbean.[2]
Hurikan Earl bertemu daratan di Lunenberg County berhampiran Western Head, Nova Scotia pada 4 September sekitar 11 am, sebagai ribut kategori 1 besar dengan angin 75 bsj (120 km/j).[3][4]
Di seluruh kawasan terbabit, sekitar 220,000 tempat kediaman, hampir sejuta orang kehilangan bekalan elektrik akibat Earl.[5] Kira-kira 104,000 kediaman yang terlibat berada di kawasan metro Halifax. Bandar itu menerima antara kesan paling teruk ribut ini, dengan angin sekuat taraf hurikan pada 12:00 pm (waktu tempatan) pada 4 September. Di puncak ribut, Laluan Nova Scotia 207, 331 dan 333 ditutup akibat banjir dan talian elektrik jatuh.[6][7] Banyak pokok dan tiang elektrik runtuh, menghalan jalan dan merosakkan rumah.[8]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.